Tuesday 7 August 2012

Keletah Aqil Nak Jadi Abang


Biarlah orang kata apa asalkan kita bahagia kan sayang..
manusia nie macam2..

ada jer yang nak dikomplennyer dan tak puas hati dengan rezeki dan kegembiraan org lain..
bila tak kawen lagi ditanya bila nak kawen..
bila dh kawen ditanya bila nak ada anak..
bila dah ada anak ditanya bila nak tambah..
bila ditambah tanya lak bila nak tambabh dan tambah lagi..

ada yg kata we want quality not quantity..
lain org lain ragam lain pendapat..
semoga Allah permudahkan urusan kita sekeluarga dan semoga kehadiran bakal baby baru nie melimpahkan rezeki buat keluarga kita..
aminn..

berbalik kepada al-kisahnya..setahujer mama nie preggy..
si Aqil lak perangai manja menjadi2..
siang malam nak melekap kat dada..
pas2 dia dah pandai berjalan..
kejenyer berjalan jer selagi tak penat..
mama yg penat melihat..hu~~

semalam lak saja tak hantar aqil kat BS sbb abah keje malam..
mak tam ada tlg jaga..
tp ptg mak tam balik puchong tgl lar kita bertiga..
mama nak buat berita so abah jaga Aqil..
dalam dok jaga tue abah tertido..
Aqil pon mula buat 'kerja rumah'..
rasanya abes stgh botol bedah ditabur dek si putera mama nie..
sapu lak kat pipi..mmg ini habit dia lepas mandi amik bedak sapu pipi..
clever boy..
buat muka tak bersalah...sabo aje lah...
dh macam putera kapoor ngan tepung gomak dah..
ok..jom blah..kita cari port lain lak nak membedak..
ini kalau dia sorg2..tak dek kawan..
nanti dah ada adik,dapat lar aqil buat kawan..


Resipi Rendang Tok Ma


Sejak duduk berumahtangga dgn hubby nie macam2 resipi dah cuba..
macam tak percaya aku nie ader bakat terpendam..
(masuk bakul angkat sendiri)

hubby nak makan rendang..
so ape lagi tepon MIL tanya resipi..
tapi kali ni adjust sket..
resipi mertua rendang ayam pencen..
aku guna ayam biasa jer..

bahan-bahan:

Ayam dipotong sedang (jangan kecik sangat nanti hancur)
Santan
kelapa (untuk buat kerisik)
daun kunyit
asam keping

bahan dikisar halur:
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
serai
cili padi
kunyit


cara-caranya:
1-tumis bahan yang dikisar dengan minyak yang sedikit..kalau tak mau tmuis pon boleh..
2-masukkan ayam dan santan..
3-tunggu mendidih dan naik minyak
4-masukkan kerisik,asam keping dan daun kunyit yang disiat2..
5-siap..

p/s:kalau guna ayam pencen kena masukkan buah keras untuk lembutkan daging ayam tue
Kerisik better buat sendiri baru wangi..gorengkan kelapa sampai kekuningan pas2 tumbuk sampai kuar minyak


kebetulan minggu lepas dapat dua berita gembira sekaligus..
aku pregnant dan adikku dapat dean list..
so aku terus buat pulut kuning..
pulut nie direndam sekejap dengan serbuk kunyit dan asam keping sebelum dikukus dan diangkat, masuk santan dan kukus buat kali kedua..

tadaaa...Rendang Tok Ma made in Putrajaya..hu~~at least kalau kena beraya kat sini, dapat jugak makan rendang tp nak buat ketupat belum lulus..hik~~


Sepetang di Pusat Jagaan Nur Hasanah


17 Julai 2012 (Selasa)

Lepas PC di IPD Kajang kes samun n dadah OCPD Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab bgtau ptg nie ada lawatan dan sumpangan ke Pusat Jagaan Nur Hasanah, Penempatan Pesakit-Pesakit Terdampar Tanpa Waris Kg Sesapan Kelubi, Beranang, Kajang.
Kes samun n dadah..byk kn dadah..

So lawatan sblm nie dah terlepas kali nie jgn terlepas lg lar..dah lama tak follow program.

Habis PC balik rumah ketuk story n get ready nak pegi Beranang..
Kebetulan hubby msk keje malam minta hubby teman..
Jauh jgk nak sampai Beranang..nak cr rumah tue lg..

sampai2 OCPD dh abes berucap pon..pas2 pengerusi pusat jagaan lak berucap..


Pengerusi pusat jagaan tersebut, Mohiadin Bahado berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan dan sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu lebih 25 penghuni di pusat jagaan tersebut.

“Pusat ini dikelolakan oleh Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia bagi mengendalikan kes pesakit terdampar di hospital kerajaan tanpa waris, yang tidak diterima waris mahupun gagal untuk menjejaki waris.

“Penubuhan awal tujuh tahun lalu hanya mempunyai tujuh orang penghuni namun bilangan dan keperluan semakin meningkat sehingga kini mempunyai 25 penghuni dan sepanjang tempoh ini 15 penghuni telah meninggal dan diuruskan di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohiadin berkata, pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi sukarelawan di pusat jagaan malah turut memerlukan sumbangan untuk keperluan penghuni seperti makanan harian, rawatan, penyelenggaraan, pakaian dan sebagainya.

“Setiap tahun lebih RM200,000 diperlukan oleh pusat jagaan ini bagi menampung semua kos yang terlibat dan sumbangan sangat diperlukan.

“Pusat ini baru sahaja menerima sumbangan berupa van daripada Bank Islam malah pihak Touch n Go juga turut bersetuju menyumbangkan RM1 bagi setiap penjualan kad Touch n Go bermula Julai hingga Disember ini kepada pusat ini,” katanya.

Menurut Mohiadin, 99 peratus barangan dan keperluan di pusat jagaan ini adalah sumbangan orang ramai samada dalam bentuk baru mahupun terpakai ekoran keperluan penempatan yang meningkat, sebuah lagi pusat jagaan orang Islam baru dibuka di Sungai Sekamat, Kajang,

==================================================
so bagi sapa-sapa yang ingin memberi sumbangan dalam apa jua bentuk boleh terus ke Pusat Jagaan Nur Hasanah, Lot 842, Lorong Datuk Dagang Hj Tahir, Kampung Sesapan Kelubi, 43700 Beranang, Selangor.

Atau hubungi terus pengurusan pusat terbabit di talian 03-8766 8100.
semoga sumbangan kita dapat membantu golongan yang memerlukan.

sedih bila berkongsi cerita dengan penjaga dan sukarelawan di sini.ada warga emas yang ditempatkan di sini tidak diterima keluarga ekoran sakit terdampar yang menyukarkan mereka menjaga pesakit.

Kebanyakan sukarelawan di sini adalah pegawai sosial hospital sekitar selangor so penghuni di sini adalah pesakit yang dah discharge dari hospital kerajaan tapi tidak dituntut keluarga/waris mahupun waris gagal dihubungi.

so sementara pihak pegawai jejaki waris, pesakit akan ditempatkan di sini.ekoran jumlah pesakit yang tidak dihirau waris semakin bertambah, membuatkan pusat jagaan ini mewujudkan sebuah lagi pusat baru.

nanti sy update lawatan saya ke pusat jagaan baru yg daif dan amat perlukan sumbangan dan sokongan org ramai samada dalam bentuk barang mahupun bantuan fizikal (bantu kemas/gotong royong).
Tuan ocpd sampaikan sumbangan kepada penghuni pusat jagaan..baju raya..
pakcik yg baju purple tue bekas penyanyi vetera..
penjaga pusat bgtau..
pakcik nie lak dh cerai lebih 20 tahun..
menghidap asma kronik yang memerlukan dia bergantung dgn mesin 24 hours..
dia cakap, dia gagal jejak anak dan dan cerai lebih 20 tahun..
dia tepon anak tp xdpt..
mayb anak die ddk oversea katanya..
dr percakapan pakcik nie educated jgk..
dlu die kje salesman jer..
penghuni ini lak dilaporkan hilang oleh family dia
orang jumpa kat ladang sawit tgh terpinga2..
dia tak ingt nama dia sdri so org kt pusat pgl daud
family dia dpt dijejaki..
family dia perlu masa utk bwk pulang memandangkan penghuni nie krg sihat lps hilang..
nama sebenar dia tak cilap sudirman..
dia langsung tak pernah cakap lepas dijumpai di ladang..
dia seolah dengan dunia dia sdri..
tuan ocpd menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dapur, bantal,selipar dan pelbagai lagi keperluan lain..
pakcik nie lar bekas penyanyi veteran tue..
dah lama dia duduk sini..
tapi ingatan dia kuat lg..
sempat dia persembahkan 4 buah lagu untuk kami..

sempat jugak aku berborak dengan mama milah..
salah seorang sukarelawan juga pegawai khidmat sosial hospital..
menurutnya, sblm kita tuduh seorang anak itu menderhaka kerana membiarkan org tuanya terbiar, kita kena lihat sejarah kehidupan si ibu/bapa itu dahulu..
mungkin satu ketika dulu, si ibu/bapa itu sendiri menderhaka kepada anak dalam istilah mengabaikan anak sehingga anak sendiri tidak rasa sayang kepada ibu bapanya..
mustahil kalau anak yang dididik dan dijaga dengan penuh kasih sayang sanggup mengabaikan ibu/bapanya..
mesti mereka ingin berjasa di akhir2 hidup ibu bapanya..
wallahualam...

Thursday 2 August 2012

Alhamdulillah..Aqil Nak Jadi Abang


2 Ogos 2012 (Khamis)

Hmm..mana nak start yer..perasaan masih bercampur baur..
suka,terkejut,seram sejuk pon masih ada..

sebelum nie period tak teratur so tak expect lar bila lewat dua minggu nie ada 'isi'..
lagipun Aqil susu badan sebelum nie so biasa lar period tak teratur..
lagipun period datang masa Aqil 11 bulan..
patut lar sejak akhir2 nie perasan Aqil tak puas susu badan..
mesti dia nak sambung dengan botol..
rupanya mama dah carry satu lagi anugerah Allah terindah dlm belly mama..

AQIL BAKAL JADI ABANG!!!!

semalam 1 Ogos mama cuba buat pregnancy test..
beli yg brand biasa tue..sure & easy..
RM10.11 kat Guardian..
so pagi2 lagi dah cek...
da result is +ve..
terang lagi jelas double lines tue..
bila bgtau abah,masing2 tersengih sendiri..
tak perlu kata apa2..

pada mula mama was2 sebab mama baru jer makan jamu nak jaga badan kan..
jamu tue panas so risau kalau ape2 jadi kan..
mama terus stopkan amik jamu..

untuk confirmkan keraguan mama,sekali lagi mama pegi Guardian..
kali nie beli pregnancy test yang mahal sket..
Clearblue..accurate katanyer..
RM26.91 dengan 10% diskaun..
hik!hik!
siap blh bagitau bp weeks dah pregnant..
kena cuba nie..
sebab awal2 nie malas pergi klinik..dah confirm 2 bln nanti ingat baru nak g..hik~~

so dengan keterujaan mama double cek hari nie..
and da result is....
3+ meaning anugerah Allah nie mayb dalam 4 or 5 weeks dalam belly mama..
Alhamdulillah Ya allah...syukur..
semoga semuanya selamat..
masih di awal2 so kena berjaga2..

genap Aqil 1 tahun 3 bulan..
Aqil pandai berjalan..
kami dianugerahkan pula satu lagi berita gembira..
rezeki dan amanah Allah..

kalau ikutkan due date kali nie 21/3/2013..InsyaAllah...

semoga semuanya selamat hingga lahir..
harap pregnant kali kedua nie tak mabuk macam first dulu..
masa telefon nenek (ibu) bgtau Aqil nak jadi abang,terkejut..
hik~~hik~~tapi ok lar..Aqil cukup 2 tahun baru dapat adik..
macam mama jugak jarak ngan adik beradik lain..


masih terbayang saat dalam labour rum melahirkan Putera Aqil Harith..
adakah mama dah ready untuk lalui saat itu lagi??
iya sayang anak2 mama..
mama sentiasa bersedia..
anak-anak mama,buah hati pengarang jantung mama..

Semoga keluarga kita terus dimurahkan rezeki..aminn..
abg Aqil kena behave lar yer..jadi anak yang baik..
mama tak larat Aqil ngah lasak nie..hik~~