Assalamualaikum WBT..
Jengka..ada sesuatu yang mama sayangkan di Jengka..Jengka seindah kata semanis bicara..betul kata orang tak kenal maka tak cinta..Jengka masih lagi menyimpan kenangan, menggamit memori, mendamaikan bagi yang memerlukan..
Ada sesuatu yang mama rindukan di Jengka..yang mungkin tiada di kawasan lain..Jengka yang unik..ader 37 tanah rancangan dinamakan sempena nama bunga..menarik..setiap tanah rancangan dari Jengka 1 hingga jengka 25 tidak tersusun seperti nombor yang kita hitung..
Jengka tempat mama dilahirkan dan dibesarkan..dulu pernah jugak rasa segan untuk memperkenalkan diri ini b'asal dari Jengka..kdg2 org pandang rendah dgn anak2 Jengka tetapi tidak kini..Jengka banyak melahirkan golongan yang berjaya..malah mama bangga dan tidak lagi malu menggelarkan mama "Anak Jengka Sejati"..hik~~~
pernah satu ketika dulu,seorang remaja perempuan...anak jati Felda Jengka..ibu dan arwah ayahnya peneroka..namun nasib menyebelahi dia apabila dia diterima memasuki Asrama Semai Bakti Felda dkt Keramat xclp masa tue..sekitar tahun 1992.dia b'sekolah di Sekolah Menegah (P) Methodist Girl School..Sekolah tue ader gereja..malah majoriti pelajarnya adalah bukan Islam..selalu dan kerapkali remaja perempuan ini diejek samada di dalam kelas mahupun di sekolah..digelar "Felda Gurl"..baik guru mahupon anak2 murid sama2 mengejeknya..
semakin hari, dia semakin rasa rendah diri..apa salahkah aku jika aku dari Felda??hinakah aku jika aku dari Felda??tidak layakkah aku duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kalian yang tinggal di bandar2 besar..ibu bapa kalian ahli perniagaan juga bangsawan kiranya..sehingga pernah satu ketika remaja itu sendiri sering mengadukan mslh kpd ibu di kampung malah mahu berhenti bersekolah di situ dan ingin pulang ke Jengka namun ibu tunggal itu kerap kali menasihatkan supaya dia bersabar..Allah sentiasa bersama org2 yg sabar..
ibu tunggal itu tidak pernah lenguh dan tidak putus berdoa agar Allah menabahkan hati anak perempuannya..biar sesusah mana sekalipun dia akan berusaha agar anaknya mendapat pendidikan sempurna biarpun sudah bergelar anak yatim..biar setanding dengan anak-anak orang lain yang masih punya ibu dan ayah..ibu tabah ini tidak mahu anaknya rasa kekurangan..syukur pada sesiapa yang punyai ibu setabah ibu tunggal ini..Ya Allah..Kau murahkanlah rezeki ibu ini..ampunilah dosa2nya..
Jika dahulu tinggal di tanah rancangan Felda ini susah..jika mereka yang belajar jauh pulang ke tanah rancangan, landrover Felda akan ambil di terminal bas..jika kini kita gelar shutter bus..dh mcm angkut pekerja ladang lak..tp itu yg seronok..adik2 yg tunggu kakak n abang mereka pulang dr hostel meloncat teruja bila landrover Felda berhenti dpn rumah turunkan penumpang..salah seorang penumpang landrover tue remaja perempuan anak ibu tunggal tadi..
Alhamdulillah..berkat kesabaran,ketabahan dan doa ibu tunggal tersebut, remaja tersebut berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya walaupon diperkecilkan dengan gelaran "Felda Gurl"..malah kini telah berjaya pun duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang berasal dari bandar besar dan ibu bapa mereka ahli perniagaan kiranya..
Kejayaan seseorang bukan terletak pada asal usul mereka namun usaha yang pasti..walaupun digelar 'Felda Gurl' oleh golongan cetek minda namun berkat doa dan usaha, kita mampu buktikan bahawa anak-anak Felda ini mampu berjaya..seperti mereka yang laen..
kisah ini kisah benar yang diceritakan semula kepada mama..
Jika hari ini masih ada yang menggelar "Felda Gurl" pada anak2 Felda yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lbh tinggi,maka mereka ketinggalan zaman.Felda atau khasnya Jengka sudah berbeza dan semakin membangun setanding dengan kawasan luar bandar yang lain..malah akan semakin maju satu ketika nanti..dan tidak mustahil Jengka juga boleh digelar sub-town..
Dan sekarang mama tahu apa yang patut mama ceritakan tentang Jengka..Jengka unik..mama bangga mama anak Jengka..Jengka turut melahirkan insan2 yg b'jaya dalam pelbagai bidnag..tidak kurang anak2 Felda yang menjawat jawatan2 besar samada di sektor awam mahupon swasta..mereka ini wajar ditabalkan sebagai insan yang berjaya..kesempitan dan kesulitan hidup di tanah rancangan satu ketika dulu tidak menghalang mereka 'memerdekakan' diri mereka dengan 'perlabelan' 'anak Jengka' yang tiada arah tuju..
Dahulu mungkin anak2 Felda juga Jengka dipandang enteng namun tidak lagi kini..kami layak berdiri semegah yang laen..bukan niat untuk bermuka namun menegakkan hak yang nyata..kita manusia makhluk yang sama di sisi tuhan..hanya amal yang membezakan..jangan bangga hanya kerana harta juga taraf hidup yang konon dibesarkan di bandar yang serba moden dan canggih namun akal secetek unta di padang pasir..hik~~
Bercerita mengenai tanah tumpah darah kita memang tidak habis..semoga segala usaha yang kita lakukan diberkati oleh-Nya..aminn..marilah berkunjung ke Jengka..Bahagia Senantiasa..
gambo pinjam..ini rumah peneroka masa mula2 msk tanah rancangan..air paip pon kongsi. |
Rumah salah seorang peneroka Felda Jengka 1, Salmiah @Hamidah Ismail, 70, bernilai lebih RM1.2 juta hasil kelapa sawit. |
wassalam..jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment