Monday, 19 March 2012

Sebak Dengar Kisah Hero..

Sebelum nie mama hanya dengar kisah kucing bernama Hero dari blog http://kakimotong.blogspot.com/ dan juga majalah Mastika, liputan akhbar..

Namun semalam Mama berpeluang jumpa dengan Hero yang sangat bertuah ini..bila diimbas kembali, mama sebak baca kisah Hero..

Hero dijumpai oleh Papa Hero (PH) masa tue berlumuran darah dipercayai angkara kekejaman manusia yang sanggup potong kaki depan Hero..

Mujur ada yang sanggup bantu Hero..tahniah kepada Papa Hero yang terus memperjuangkan hak haiwan ini yang berhak menikmati kehidupan yang baik..

Papa Hero terus menentang kekejaman terhadap haiwan dan percaya setiap haiwa yang kita selamatkan membawa rezeki kepada tuannya..

InsyaAllah..semoga terus murah rezeki mereka yang memelihara haiwan ini daripada terus menjadi mangsa kekejaman manusia..

Me n Hero..masa ditemui Hero umur 4 bulan..skrg dh almost 7 years PH jaga Hero..
Berebut bila PH angkat bekas makanan tue..sekarang kat rumah PH tue ada lebih 25 ekor kucing jalanan yang dijaga dan juga utk free adoption..

Tujuan PH buat free adoption untuk 'Rehome' si comel jalanan ini semua kerana mereka juga berhak disayangi kan..sokong usaha PH nie..

memberikan perlindungan kepada haiwan yang memerlukan serta mengelak daripada terus menjadi mangsa kekejaman manusia.

Hero berusaha/mencuba capai tangan PH sebab ada makanan..aktif even serba kurang..
Hero manja ngan adik-beradiknya yang lain..

dedicated this song to Hero..

Namun Ku Punya Hati 

Senyum ku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua

Hero mungkin tidak secergas dulu..namun Hero mengingatkan kita semua kepada hak mereka (haiwan) untuk sama-sama hidup di bumi Allah ini..

Mari kita sama-sama Fight Animal Cruelty..

No comments:

Post a Comment