Hari nie habis jer asignment di Bangi
aku pulang ke rumah makan nasi
b4 turun g asignment di Kajang
Minta hubby temankan ptg tue..
habis asignment..park kete..
semasa melalui rumah jiran baru..
nampak kelibat mereka sibuk mengemas..
aku meramahkan diri menegur makcik berpurdah tersebut
beliau adalah ibu kepada lelaki yg pernah kuceritakan
jiran baruku yang kudung kedua-dua belah kaki
minggu lalu ketika aku berselisih dgn mereka,
kami tak smpt berbual panjang
mse tue aku sebak saat melihat
kesetiaan seorang ibu
menemani anakandanya yg OKU
melawat kuarters yg baru diperoleh..
saat itu pelbagai perkara bermain di mindaku
adakah lelaki tersebut OKU sjk kecil??
sifat ingin tahu membuak2..
bukan bermakna aku memandang mereka pelik
namun bersimpati..
mungkin ada cerita sedih di sebalik kisah mereka
kerna di saat aku menegur ibu tua tersebut
anak lelakinya hanya diam tanpa kata..
mungkin kerana aku perempuan..
keterbatasan itu ada..
berbalik kepada cerita jiran baru sdg kemas rumah..
aku berhenti sekadar bertanya khabar
mereka hanya dtg mengemas
kerana masih belum ada air
bil tertunggak pemaju tak bayar.
lebih RM300 bil air kuarters tersebut
walaupun belum pernah ada penghuni sblm ini.
hanya sekadar berborak di muka pintu..
iye lar,kami pon mahu cepat ketika itu..
hanya singgah bertegur sapa..
aku cuba bertanya anaknya dari kementerian mana
kerana di sini jika berselisih mmg soalan wajibnya
"kerja di jabatan mana??"
walaupun soalan itu tiada kaitan dgn aku
jawab aku,aku keje swasta ajer..hik~~
anaknya baru sahaja disahkan jawatan di sebuah kementerian..
selepas tujuh tahun berkhidmat secara kontrak..
daripada lebih 100 pekerja kontrak,mereka mahukan 40 shj kktgn tetap..
dan hanya 10 diserap menjadi tetap..
dan antara 10 itu termasuk anak lelaki OKUnya.
Alhamdulillah syukur bagi ibu tua ini..
namun berkongsi rasa kecewa anaknya dan rakan pekerja kontrak yang lain
apabila selepas tujuh tahun berkhidmat
tdk diserapkan..
namun kouta lagi 30 diambil dari kalangan orang luar..
aku hanya mengangguk tanda mengiyakan kisah tersebut
lalu memberanikan diri menanyakan sejarah di sebalik kisah duka seorang OKU ini.
adakah lelaki ini cacat sejak kecil??
Ibu tua ini sangat ramah dan tenang menjawab soalan wartawan cabuk ini
sudah namanya wartawan,banyak betol soalannya
ibu ini menceritakan anaknya baru sahaja 6 bulan kehilanagan kedua-dua belah kaki akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja..
sayu hatiku saat mendengarnya..
anaknya kemalangan motosikal dengan bas..
kedua2 belah kaki dari paras peha terpaksa dipotong..
kini lelaki OKU tabah tersebut pergi dan balik kerja dijemput bapanya..
menaiki van usang berwarna biru..
mereka tinggal menyewa di rumah saudara di Kinrara..
namun saudaranya kini ingin tinggal di rumah tersebut..
Alhamdulillah tatkala kesulitan melanda Allah dtgkn perkhabaran baik apabila permohonan anaknya untuk menduduki kuarters diluluskan..
ketika mereka pergi untuk mengambil kunci,masih belum pasti tingkatnya..
malah ibu tua itu memaklumkan kepada kakitangan yg terlibat
"sekiranya awk beri tingkat atas,lif rosak,awk tgg lar anak sy tak dpt pegi keje"
Mujurlah mereka dpt tgkt bwh skali namun ada mslh lain pulak..
design dlm rumah tdk mesra OKU..
dua2 toilet tak boleh masuk kerusi roda..
menurut kata makcik tue,sdgkn kerusi roda anaknya saiz paling kecik..
brapa inci aku lupa dh td..
ibu tua tue akan tgl dgn anak bujangnya..
dia bgtau td..
dia ckp dh order brg2 rumah yg baru..
tunggu brg sampai jer..
dia ckp nk beli yg selesa utk anak dia sbb anak die bkn blh duduk mcm org biasa.
sedih lar hati aku saat dia cerita tue..
tp air muka ibu tua nie tenang setenangnya..
dia sempat memaklumkan kes anaknya masih lagi belum diputuskan lagi di mahkamah..
sdg menunggu tarikh utk dibicarakan lg..
pemandu bas tersebut mengaku tidak bersalah..
"Anak makcik bukan gila nak saja2 letak kaki suruh bas langgar"
itu lar luahan ibu tua tue..
sedih berganda hati kecil aku nie..
sebelum aku minta izin untuk beransur..
sempat aku mempelawanya ke rumahku di tingkat lima..
InsyaAllah nanti kalau ada masa aku melawat lg..
tp segan jgk sbb anak bujangnya teruna..
kalo anak dara,tak dek lar terbatas sgt..
tapi ape2 pon,kita jiran..saudara Islam..
tak dek yg menghalang untuk ziarah menziarahi..
No comments:
Post a Comment