Sunday, 16 December 2012

Tukar Kerjaya Demi Keluarga..

Assalamualaikum WBT...

Lama kiranya mama tidak bersiaran di sini...
Rindu rasanya nak mencoret di blog nan indah ini..chewahh..
Last mama update blog nie 1 Oktober lalu..
Itu pon ketika masa kritikal kerjaya lepas..
Masa tue agak sibuk kan dengan berita lagi..
Namun kini mama dah bertukar kerjaya..

29 Oktober lalu mama dah masuk Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membolehkan mama menyandang jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Taska) S27.

Mama sendiri tidak menyangka akan diterima untuk jawatan ini memandangkan yang dipanggil intebiu sama dengan mama pon dekat 200 orang namun yang berjaya hanya 40 orang bagi kawasan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.

Lebih 20,000 permohonan diterima seluruh Malaysia hanya 3,000 yang KEMAS panggil untuk ditemuduga dan hanya 250 ditawarkan untuk ikuti kursus ini sebelum ditawarkan menjawat jawatan ini.So, mama perlu bersyukur mama diantara 250 yang terpilih itu.

Mama resign kerjaya sebagai wartawan 24 jam ekoran tawaran untuk mengikuti latihan tersebut pon mama terima 2 hari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Dalam rasa hati yang berat..habis segala pertimbangan mama buat untuk menerima kerjaya baru dan meninggalkan kerjaya lama dengan hati yang agak berat..

Namun setelah berbincang dengan suami, keluarga dan untuk jaminan masa untuk keluarga dan anak-anak mama terima risiko untuk menggalas tanggungjawab memajukan anak-anak dan masyarakat dalam skop kerja baru kelak.

Walaupun gaji yang akan mama terima tidak lar sebanyak gaji ketika bergelar reporter dulu namun mama bersyukur diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai Penjawat Awam...

Mama berpegang kepada satu..apa yang kita hilang Allah gantikan dengan perkara yang lebih baik..
Bezaan gaji yang mama hilang apabila mama sandang kerja Guru Taska nie digantikan dengan cuti Sabtu dan Ahad dengan tenang bersama keluarga dan anak tanpa memikirkan bebanan stok berita dan urgent case yang datang secara tiba-tiba..

Jika dulu mama perlu akur dengan tanggungjawab sebagai wartawan sehingga mungkin ada pengabaian kepada keluarga dan anak mama namun mama janji akan mama tebus sayang..semoga dipermudahkan urusan kita dan terus dimurahkan rezeki..

Malah apabila mama fikirkan kembali setiap perkara yang Allah SWT tetapkan ada hikmahnya..
Mama disahkan menagndung Ogos lalu namun mama keguguran selepas 7 minggu.
Memang sedih namun ada hikmahnya..mama hilang anugerah cahaya mata kedua namun mama dianugerahkan kerjaya yang lebih mesra keluarga..Guru Taska..at least perkembangan Aqil mama boleh lihat..

Sepanjang lebih dua bulan setengah di dalam Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir, Terengganu pelbagai ilmu tentang perkembangan kanak-kanak mama peroleh.
Kadang-kadang sayu hati mama apabila ada perkembangan tersebut tidak sempat mama rakamkan dan perhatikan ekoran kesibukan bekerja dahulu namun InsyaAllah mama janji dengan diri mama..peluang yang Allah bagi kali ini akan mama gunakan sebaiknya untuk putera kesayangan mama .

Perasaan rindu pada anakanda tidak dapat diungkap dengan kata-kata namun mama perlu kuatkan semangat untuk keluarga kita syg..
Alhamdulillah..berita baik sentiasa mengiringi perjalanan mama dan keluarga kita..

Minggu lepas mama menerima panggilan permohonan mama untuk rumah di Pahang diluluskan malah kehendak mama nak rumah corner lot pon dapat atas budi baik seorang insan..
Satu jer mama pegang kalau kita buat baik pada orang, orang akan balas baik pada kita..Owner rumah tue dengan rela hati melepaskan corner lot tue pada kita sebab title "Wartawan Sinar Harian" yang mama pernah pegang sebelum ini..dan dia kenal mama sepanjang 2 tahun mama bertugas di Pahang..

Alhamdulillah...Syukur dengan limpah rahmat kurniaan-Mu Ya Allah..InsyaAllah..tahun depan siap lar rumah kita..

Semoga kita akan terus dimurahkan rezeki..aminn..

No comments:

Post a Comment