Friday, 30 May 2014

Kisah Si Putera

Telah kubaca kisah Fynn Jamal dan Arjuna Betanya.Itupun setelah lebih dua tahun kisahnya dipapar.Setelah diingat seorang rakan minta ku dengar lagu ciptaan ibu muda ini menceritakan tentang anakandanya.

Jika aku juga punya bakat menulis lirik akan kupapar cinta dan hatiku dlm bentuk lagu namun apakan daya tiada upaya aku mencipta namun ingin ku luah juga walau dengan kata tanpa bicara juga muzik iringan.

Iya..kisah kita ada yang serupa walau lain dari segi cara.Aqeef.. Putera kedua anugerah Ilahi kepada kami untuk menguji iman diri sendiri.Maafkan mama sayang, lambat ku sedari kamu punyai masalah sendiri.

Saat anak kecil kami disahkan menghidap masalah jantung (Large PDA in failure), hati kami bagai disentap.Kami cuba bertenang dan ambil nasihat doktor iaitu pembedahan jalan terbaik untuk Aqeef.Ketika itu jangan disebut soal wang dan kosnya jika tiada sekalipun kami akan cuba wujudkan.

Cuma kami bertuah kerna suami penjawat awam dan Guarantee Letter (GL) boleh digunakan untuk kos pembedahan cuma kami hanya sediakan bayaran wad dan rawatan susulan menurut doktor tersebut.

Kos pembedahan RM35,000 untuk menutup lubang yang sepatutnya tertutup di jantung Aqeef.Biarlah dari mana datangnya wang tersebut walau istilahnya GL atau pinjaman sekalipun kami tidak kisah asalkan yang penting pembedahan jantung untuk Aqeef dilaksanakan dahulu.

Walau ditolak dari wang persaraan suami kelak itu tidak mengapa.Apalah erti wang dan ringgit jika mahu dibanding dengan nyawa anak.Kami rela lakukan apa sahaja untukmu Putera.

Walau banyak halangan namun kami redha kerana setiap itu ada hikmah kenapa Allah menguji dan sengaja melambatkan rawatan kerana ingin melihat sekuat mana kami.

Kami bersyukur medium sosial menyatukan kami.Ramai yang jauh menjadi semakin dekat.Yang dekat bertambah rapat dan yang rapat terus erat hanya kerna kamu si Putera.Anak yang bertuah dianugerah Allah kepada kami ibubapa yang kurang sempurna.Doa mereka tidak putus sepanjang perjalanan kami malah ada yang sentiasa bertanya khabar dan tidak kurang yang datang melawat di hospital.

Benar..memang benar..pembedahan jantung pembedahan yang sangat besar dan besar juga risikonya. Perumpamaan dia senang..Jika solat itu tiang agama, jantung pula tiang/nadi manusia.Pentingnya kebergantungan mereka.

Kerna itu menurut doktor bagi menjalani pembedahan pesakit perlu betul-betul stabil dan bebas daripada sebarang jangkitan bagi mengelakkan sebarang komplikasi ketika atau selepas pembedahan.


Malah keadaan Aqeef pula semakin tidak baik dari hari ke sehari.Pengalaman berada di wad Institut Jantung Negara (IJN) bertemu pelbagai lapis masyarakat dengan pelbagai masalah jantung yang mereka hadapi membuat kami mengucap syukur yang tiada henti kerna kami sentiasa mendapat perhatian yang Esa dipermudah setiap jalan untuk kami.

Menurut salah seorang bapa yang anaknya juga mempunyai masalah jantung.Umur anaknya 2 tahun.Dapat dikesan ketika dalam pantang namun ekoran masalah kesihatan dimana setiap kali pembedahan ingin dijalankan anaknya demam,selsema dan terpaksa ditangguh tidak termasuk tiada slot kosong untuk pembedahan sehingga anaknya berumur 2 tahun baru boleh dijalankan pembedahan.

Katanya,anak yang sakit jantung nie nampak aktif diluar tetapi di dalam kita tidak tahu.Iya..benar katanya..seperti keadaan Aqeef yang membimbangkan doktor apabila lebih 2 kali tertunda pembedahan.Hasil X-Ray jantung Aqeef masih bengkak dan pembedahan sangat perlu.

Alhamdulillah..tiada perlu lagi aku mengungkit kisah yang lalu kerna kini semuanya telah berakhir dan Puteraku Aqeef Hazim juga selamat menjalani pembedahan dan kini dalam tempoh pemulihan.Doakan Aqeef cepat sembuh.

Seperti yang telah aku maklumkan pembedahan jantung pembedahan ysng besar kerna itu sangat tidak digalakkan pelawat, bimbang membawa sebarang jangkitan untuk pesakit.

Satu sahaja nasihatku kepada sesiapa sahaja,jangan jadikan melawat pesakit itu satu pesta bak kata Dr Zubaidi dalam salah satu penulisan blognya, dalam kita tidak sedar kitalah penyumbang kepada penyebaran bakteria dan virus.Jika pesakit itu hanya demam atau sakit biasa dan dirawat di wad mungkin tidak mengapa jika kita adakan rombongan melawatnya tetapi bagi pesakit jantung perlu tunggu dia betul-betul pulih untuk melawat.

Saya banyak berbual dengan jururawat juga pesara jururawat ICU.Menurut mereka kadang mereka dimarah waris kerana tidak membenarkan mereka lawat pesakit terutama di ICU tapi kita kena faham keadaan pesakit kritikal memang tidak digalakkan pelawat.

Kami ibu bapa sendiri jika dibenar dekat kami tidak mahu merisikokan lagi anak kami.Jika benar-benar stabil baru kami dekat malah walau dibenar pelawat luar,kami sebagai ibu bapa yang tidak mahu terima.Maaf kata,bukan apa.Kerna semua sebab di atas.Kerna Putera Aqeef anak bertuah anugerah Allah kepada kami.InsyaAllah..membesarlah sayang menjadi anak yang soleh.amin.

Mama Putera
3.15am

Wad Melor 1, IJN

Putera Aqeef Hazim ketika 26 minggu di dalam rahim.
Putera Aqeef Hazim dah 6 bulan

Monday, 19 May 2014

Journey to IJN Days 32 Part 2

19 Mei 2014
5.35pm
Days 32,Hosp Putrajaya

NO VISITOR ALLOWED!!!

Haaa.....amaran keras dr specialist.dia cakap.."Mummy i'm worried lar mommy.sskit jantung tdk bagus.perlu operation lar mummy.kita nak hantar mummy by this wednesday..mummy doa byk2 mummy jangan ada halangan lagi"..

Doktor Charlotte clear sgt org dia dan akan jelaskan pada kita sehingga kita paham.sorg lg specialist dr ong (chinese women) juga sgt friendly dan suka berborak dgn baby mse dia cek baby.

So result MRSA dah keluar..Alhamdulillah..all -ve tp kne repeat blood test rabu..InsyaAllah kali ini tiada lagi tangguh harap-harap.Dapat lah kami terus jer ke IJN.Doktor risau dlm tempoh dua hari nie ada anasir-anasir kuman jahat dtg blk sbb tue dia tak bagi pelawat..NO VISITOR ALLOWED!!!



Sehingga petang nie sahaja dah tiga kali Aqeef kena amik darah..sakit jgk hati mama..kesian kt Aqeef.kali kedua xblh baca..kali ketiga nie dia ckp blood ape ntah..intern doctor they feel very happy to take others blood mayb..huhhhh...sian anak mama..

Dukacitanya beray Aqeef turun hari nie.last timbang Khamis lepas 4.94kg..tapi hari nie 4.83kg..ye lar Aqeef batuk dan muntah plak nie dlm 2,3 hari nie..iu doktor bimbang kuman lain lak dtg..

Dari tghari menunggu result mcm2 ragam si Aqeef..sia cuba nak menerap tp tak dapat..mama pon tolong lar dia..hu!Harapnya result arah semua cantikk d kita boleh ride to KL bebehhh....

sampai tertido Aqeef..tak sempat mnm susu..sedih esak amik darah tiga kali..amik neb terus tido..sian anak mama..mama marah doktor nie..

Journey to IJN, Days 32 Part 1

19 Mei 2014
8.45am
Days 32,Hosp Putrajaya

Testing!!testing...lebih setahun mama lupa password and gagal utk log in blog mama so skg mama try buat posting smla.Mama update di sini je lar..FB nanti pjg berjela plak.Dah ler mama nie mmg jenis suka mengarang/menulis tp blm tahap blh buat novel lg.hu!

Dari malam td mama sakit kepala dan hidung start nak selsema..dah tiga kali bangun bg susu dekat Aqeef tp tetap sakit kepala tak hilsng.biasa kalau mama sapu minyak angin aroma therapy dr Indonesia tuw berkesan tp initak makan saman.

Terpaksa beralah mtk panadol dr misi.mama telan tahan sket.Aqeef sangat behave sbb dia tahu mama krg sihat.

Hari nie hari yang dijanjikan.tadi tiba2 intern doktor (doc akmal) masuk dalam jam 8.00pagi tnye Aqeef dh mkn ker??mama mcm blur sekejap??i means dh minum susu ker..mama ckp dh jam 6.00pagi..oooo...nak amk sampel kahak..kebetulan ada misi tgh cek aqeef.mamackp ler knpa xckp awl..misi pon ckp cmtue tiba2 dia nak hangin lak..dia ckp dia dh ckp smlm..

aikk!!!!bila masa lak dia ckp.smlm dh amk sampel kahak.xkn ari nie amk lg..arghh..pelik2 dorg nie.MO smlm xckp ape pon mse dtg tgk Aqeef so intern doc plzz jgn nak pandai2 lak.

Misi pesan td kalo result dh kuar ckp siapkan Aqeef comei2 lak mcm nk g jln.mcm last week yg kecewa tue.huhu!buat biasa2 jer.ok..pasnoe mama buat biasa2 jer.xyh beroa siapkan aqeef lgpn kita naik van laju kan xsempat nak melaram pon.sedar2 dh sampai jer..

so just tunggu je lar skg..