Telah kubaca kisah Fynn Jamal dan Arjuna Betanya.Itupun
setelah lebih dua tahun kisahnya dipapar.Setelah diingat seorang rakan minta ku
dengar lagu ciptaan ibu muda ini menceritakan tentang anakandanya.
Jika aku juga punya bakat menulis lirik akan kupapar cinta
dan hatiku dlm bentuk lagu namun apakan daya tiada upaya aku mencipta namun
ingin ku luah juga walau dengan kata tanpa bicara juga muzik iringan.
Iya..kisah kita ada yang serupa walau lain dari segi
cara.Aqeef.. Putera kedua anugerah Ilahi kepada kami untuk menguji iman diri
sendiri.Maafkan mama sayang, lambat ku sedari kamu punyai masalah sendiri.
Saat anak kecil kami disahkan menghidap masalah jantung
(Large PDA in failure), hati kami bagai disentap.Kami cuba bertenang dan ambil
nasihat doktor iaitu pembedahan jalan terbaik untuk Aqeef.Ketika itu jangan
disebut soal wang dan kosnya jika tiada sekalipun kami akan cuba wujudkan.
Cuma kami bertuah kerna suami penjawat awam dan Guarantee
Letter (GL) boleh digunakan untuk kos pembedahan cuma kami hanya sediakan
bayaran wad dan rawatan susulan menurut doktor tersebut.
Kos pembedahan RM35,000 untuk menutup lubang yang sepatutnya
tertutup di jantung Aqeef.Biarlah dari mana datangnya wang tersebut walau
istilahnya GL atau pinjaman sekalipun kami tidak kisah asalkan yang penting
pembedahan jantung untuk Aqeef dilaksanakan dahulu.
Walau ditolak dari wang persaraan suami kelak itu tidak
mengapa.Apalah erti wang dan ringgit jika mahu dibanding dengan nyawa anak.Kami
rela lakukan apa sahaja untukmu Putera.
Walau banyak halangan namun kami redha kerana setiap itu ada
hikmah kenapa Allah menguji dan sengaja melambatkan rawatan kerana ingin
melihat sekuat mana kami.
Kami bersyukur medium sosial menyatukan kami.Ramai yang jauh
menjadi semakin dekat.Yang dekat bertambah rapat dan yang rapat terus erat
hanya kerna kamu si Putera.Anak yang bertuah dianugerah Allah kepada kami
ibubapa yang kurang sempurna.Doa mereka tidak putus sepanjang perjalanan kami
malah ada yang sentiasa bertanya khabar dan tidak kurang yang datang melawat di
hospital.
Benar..memang benar..pembedahan jantung pembedahan yang
sangat besar dan besar juga risikonya. Perumpamaan dia senang..Jika solat itu
tiang agama, jantung pula tiang/nadi manusia.Pentingnya kebergantungan mereka.
Kerna itu menurut doktor bagi menjalani pembedahan pesakit
perlu betul-betul stabil dan bebas daripada sebarang jangkitan bagi mengelakkan
sebarang komplikasi ketika atau selepas pembedahan.
Malah keadaan Aqeef pula semakin tidak baik dari hari ke
sehari.Pengalaman berada di wad Institut Jantung Negara (IJN) bertemu pelbagai
lapis masyarakat dengan pelbagai masalah jantung yang mereka hadapi membuat
kami mengucap syukur yang tiada henti kerna kami sentiasa mendapat perhatian
yang Esa dipermudah setiap jalan untuk kami.
Menurut salah seorang bapa yang anaknya juga mempunyai
masalah jantung.Umur anaknya 2 tahun.Dapat dikesan ketika dalam pantang namun
ekoran masalah kesihatan dimana setiap kali pembedahan ingin dijalankan anaknya
demam,selsema dan terpaksa ditangguh tidak termasuk tiada slot kosong untuk
pembedahan sehingga anaknya berumur 2 tahun baru boleh dijalankan pembedahan.
Katanya,anak yang sakit jantung nie nampak aktif diluar
tetapi di dalam kita tidak tahu.Iya..benar katanya..seperti keadaan Aqeef yang
membimbangkan doktor apabila lebih 2 kali tertunda pembedahan.Hasil X-Ray jantung
Aqeef masih bengkak dan pembedahan sangat perlu.
Alhamdulillah..tiada perlu lagi aku mengungkit kisah yang
lalu kerna kini semuanya telah berakhir dan Puteraku Aqeef Hazim juga selamat
menjalani pembedahan dan kini dalam tempoh pemulihan.Doakan Aqeef cepat sembuh.
Seperti yang telah aku maklumkan pembedahan jantung
pembedahan ysng besar kerna itu sangat tidak digalakkan pelawat, bimbang
membawa sebarang jangkitan untuk pesakit.
Satu sahaja nasihatku kepada sesiapa sahaja,jangan jadikan
melawat pesakit itu satu pesta bak kata Dr Zubaidi dalam salah satu penulisan
blognya, dalam kita tidak sedar kitalah penyumbang kepada penyebaran bakteria
dan virus.Jika pesakit itu hanya demam atau sakit biasa dan dirawat di wad
mungkin tidak mengapa jika kita adakan rombongan melawatnya tetapi bagi pesakit
jantung perlu tunggu dia betul-betul pulih untuk melawat.
Saya banyak berbual dengan jururawat juga pesara jururawat
ICU.Menurut mereka kadang mereka dimarah waris kerana tidak membenarkan mereka
lawat pesakit terutama di ICU tapi kita kena faham keadaan pesakit kritikal
memang tidak digalakkan pelawat.
Kami ibu bapa sendiri jika dibenar dekat kami tidak mahu
merisikokan lagi anak kami.Jika benar-benar stabil baru kami dekat malah walau
dibenar pelawat luar,kami sebagai ibu bapa yang tidak mahu terima.Maaf
kata,bukan apa.Kerna semua sebab di atas.Kerna Putera Aqeef anak bertuah
anugerah Allah kepada kami.InsyaAllah..membesarlah sayang menjadi anak yang
soleh.amin.
Mama Putera
3.15am
Wad Melor 1, IJN
Putera Aqeef Hazim ketika 26 minggu di dalam rahim. |
No comments:
Post a Comment