Monday, 28 November 2011

Usrah sempena Aidiladha 1432H

Assalamualaikum WBT...

Perkataan usrah berasal dari kalimah Arab, (الأسرة ( yang bermaksud keluarga. Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, keluarga bermaksud kaum, saudara mara, kaum kerabat, sanak saudara atau pun ia disebut sebagai Famili. Di dalam kamus al-Munjid Fi al- lughatu Wa al-A’lam adalah mufrad kepada (أسر ) iaitu satu kumpulan yang mempunyai hubungan yang kukuh.


Begitu jugalah hasrat mama semoga hubungan yang kukuh ini juga wujud dalam keluarga kita..

Sempena Aidiladha 1432H lalu kita semua telah berjaya melaksanakan ibadah korban juga aqiqah..kesempatan berkumpul ini dinikmati sebaiknya semua adik beradik yang sebelum ini tidak berkesempatan untuk bertemu muka dan bertegur sapa..

hanya hari-hari kermaian sebegini dapat kita berkumpul dan eratkan ukhuwah bersama..semua lapan beradik, 14 cucu ada bersama dan semoga keluarga besar kita terus bahagia dan diredhai oleh-Nya..

Salam Aidiladha 1432H/2011 dan salam Maal Hijrah 1433H..



Aqil di pagi Aidiladha 1432H bersama sepupunya abg hadif dan abg muhaimin..



Aqil, abah dan mama g raya di umah kak long di Jengka 2..


Aqil tak mau dok diam..


rimas dah..nak tanggal kopiah dah..


Putera Aqil ngan mama..boolat mama..hu~~


ehh..ini mak tam ngan cik su aqil lar..cantik ker??


pagi tue kita semua terus bertolak ke Kg Peragap,Temerloh..rumah ayah long dan tempat semua laksanakan ibadah korban juga aqiqah..alhamdulillah..dpt laksanakannya..




aktiviti pertama sebaik sahaja semua berkumpul, masing-masing ada tugas sendiri..haa..abah, ayah ngan ayah ngah aqil ngah kait buah petai tue..hu~~pakai batang buluh..mmg mencabar stamina..


haa..ini lah buah petai yg abah aqil nak kait tue..


yang kanak-kanak lak ader aktiviti mandi manda..tapi aqil xleh mandi kolam sbb aqil selsema..


pastue kat dapur lak mak long, ayah ngan abg shafiq ngah isi beras pulut dlm buluh utk buat lemang..ptg tue bakar lemang dan kaum ibu msk rendang dan perap daging utk aktiviti bakar daging di sblh malamnya..seronok bla ramai2..


abg shafiq tue pandai ker buat lemang???


haa..ini namanya puding triffle kalo xclp..ini adik mak long yg buat..mama aqil pon ader amik resipi nie..bla ntah mama nak buat..kalo mama buat nama puding nie mest berubah jd puding trouble..hu~~~


abah aqil control api utk bakar lemang..steady lar abah aqil..


asyik borak jer..bila lemang nak masak nie..hu~~


ayah long ngah jaga lemang..sedapp lemang ayah long bakar..


haaa..jgn keliru yer..ini bukan mama aqil..ini ibu ngan ayah kakak farhana ngan kakak farzana..hu~~sama kn muka ngan mama aqil..


abah aqil ngah basuh periuk..hu~~aqil ngah tgk abah wt keje..


aqil ngan mama on da way blk ke Jengka dr Temerloh...nak g kenduri pertunangan kwn mama plak..


ini kwn mama aqil..aunty aimi..slmt bertunang aunty..semoga kekal hga jinjang pelamin yer..


aqil bla dpt stering kete mmg teruja..dh tak pandang kamera dh..drive carefully yer sygg..

Friday, 25 November 2011

Penyamun Tarbus Ditangkap..

Asslamualaikum WBT..

Lama sudah rasanya mama tidak mencoret..kurang kelapangan kerana sibuk sedikit..kebetulan selasa lalu mama ada mesyuarat di Kuantan..ekoran mesyuarat abes lewat mama kita stay umah pak lang kt Batu 11, Kuantan.

keesokan harinya mama ingt nk trn lwt sket tp pagi2 dpt kol ada kes samun lagi di Felda Jengka 10..bergegas mama siap utk blk ke Jengka..nenek dan aqil pon ader..mama anto aqil blk rumah dlu sblm terus ke tmpt kejadian..

tdk clp mama baru jer 12 hari sblm nie mama cover kes samun melibatkan peneroka Jengka 10 jgk..cedera kene libasan parang..xsmpi dua minggu, ada lagi kes samun..kali nie menyebabkan tiga mangsa tercedera dan tiga penyamun yg cabut lari tetapi berjaya ditumpaskan hasil kerjasama orang kampung dan polis sendiri..

Tahniah atas keprihatinan penduduk untuk terus menjaga keharmonian dan keselamatan kampung mereka..harap kampung-kampung yang lain juga dpt contohi dan terus memberi sumbangan untuk menjaga keselamatan kawasan kita dari terus diceroboh..aminn..

Ini liputan kes pertama untuk kes samun di Jengka 10 yang mama buat..dapat muka hadapan Sinar Harian 7 September 2011..kes pecah rumah dan samun..menyebabkan mangsa juga peneroka tercedera akibat tetakan parang dan menerima lebih 50 jahitan..

namun daripada maklumat yang mama dapat, kes ini merupakan kes ketiga dilaporkan kepada pihak polis melibatkan penduduk Jengka 10.


Kes kedua yang mama buat turut melibatkan peneroka Felda Jengka 10.Muka hadapan Sinar Harian pada 11 November 2011.

Mangsa tercedera dan menerima lebih lima jahitan.Penyamun sengkek tersebut hanya berjaya membawa lari tiga biji telefon bimbit sahaja yang nilainya sekitar RM1,000.

Ini kes samun terbaru juga melibatkan peneroka Jengka 10.Namun apa yang istimewanya kes ini adalah apabila penyamun tersebut turut berjaya diberkas hasil kerjasama penduduk juga sokongan anggota dan pegawai polis yang terlibat.

Dari pengamatan mama berdasarkan cerita mangsa, penyamun ini seolah-olah nekad untuk tetap menceroboh mana-mana rumah pd malam kejadian walaupun rumah sasaran pertama mereka gagal diceroboh ekoran tuan rumah tersebut masih belum tidur dan sedar kehadiran penyamun tersebut sblm bertindak menghubungi penduduk kampung agar berkumpul untuk menangkap penyamun kira-kira jam 3 pagi.

dalam mereka sdg b'kumpul di hdpn rumah sasaran penyamun tersebut, tuan rumah cuba b'tdk utk menghubungi jiran yang tinggal selang dua buah rumah untuk memberi amaran bahawa terdapat penyamun namun tanpa mereka sedar rupanya rumah tersebut telahpun dinaiki penyamun dan penghuni rumah sdg b'gelut dgn penyamun .

Ketika penyamun b'tdk melarikan diri melalui pintu blkg rumah, pddk kampung yang sdg b'kumpul tdk jauh dr rumah t'sebut nampak dan terus mengejar suspek sblm berjaya menahan salah seorang drpd 3 suspek berkenaan kira-kira 100 meter dr rumah mangsa.

suspek kedua berjaya ditangkap orang kampung di dalam ladang sawit kira-kira jam 1.20 petang pada hari yang sama manakala suspek ketiga berjaya diberkas di kawasan Jengka 10 juga hasil bantuan pihak polis.

tangan mangsa yang tercedera akibat bergelut dengan penyamun.

Senjata yang digunakan penyamun yang juga dikenali Geng Lan juga merupakan warga asing.penyamun kini mmg nekad menyerang jika kemahuan mereka gagal dipenuhi.

Pada pandangan mama jenayah seperti ini tidak layak hanya ditudingkan pada sebelah pihak shj.Mari kita lihat secara keseluruhannya..ada sesetengah warga asing yang datang untuk bekerja namun sesetengah majikan mengambil kesempatan atas kesempitan diri mereka (pendatang tanpa izin tanpa pasport dan segala kebenaran lain) dengan mengerah tenaga dan kudrat warga asing ini tanpa upah mahupon gaji.

Mana perikemanusiaan majikan tersebut apabila penat jerih buruh-buruh ini tidak dibayar.Rentetan daripada tindakan tersebut, sbg manusia yang mempunyai akal,nafsu..mereka memerlukan makanan untuk meneruskan hidup..jika majikan gagal memberikan wang/gaji,maka mungkin ada di kalangan warga asing ini bertindak liar mencari rezki mudah dengan melakukan jenayah.

Namun tidak kurang juga warga asing yang datang sememangnya mengambil kesempatan atas kebaikan orang kita melayan mereka sehingga ada yang bertindak liar melakukan jenayah ekoran terlalu mudah ataupun kita sebagai penduduk emmberikan mereka peluang untuk melakukan jenayah apabila kita sendiri tidak endah akan keselamatan diri,saudara,keluarga juga masyarakat sekeliling.

Oleh itu, betapa pentingnya kita sebagai masyarakat perlu berganding bahu mempertahankan keselamatan kawasan kita daripada terus diceroboh orang luar/penjenayah.

p/s:mama kesian kadang-kadang tgk buruh kasar buat bangunan malah ada buruh wanita.kalau kita kata kita susah,ingatlah..ada yang lebih susah dari kita..Oleh itu,bersyukurlah atas nikmat kurniaan yang kita miliki sekarang..

Kenyataan dan coretan di atas atas maklumat daripada penduduk juga pihak polis..juga pandangan peribadi mama dan tidak ada kena mengena dengan syarikat tempat mama bekerja..TQ..

Sunday, 20 November 2011

Aqiqah Putera Aqil Harith dan Aidiladha 1432H di Kg Peragap, Temerloh

Assalamualaikum WBT..

Salam keceriaan daripada mama untuk semua..Pada Aidiladha 1432H pada 6 November 2011 lalu, mama dan abah ambil peluang ini untuk melaksanakan Aqiqah untuk anak mama..

Untuk perkongsian dgn semua:

1. MAKSUD AQIQAH : 
Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.


2.       HUKUM :   

·         Sunat muakkad

·         Bagi lelaki    = sunat 2 ekor kambing

·         Bagi perempuan       = sunat 1 ekor kambing.

·         lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian

3.       WAKTU AKIKAH :               

·         Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )

·         Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )

4.       SYARAT SAH :       

·         niat akikah ketika sembelih

·         tidak cacat serta cukup umur

·         ikut syarat sah sembelihan

5.       DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :

·         mestilah binatang an'am

·         tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin

·         sunat dimasak manis dan dibuat jamuan

·         sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong

6.       SUNAT AKIKAH :

·         berdoa ketika hendak menyembelih

·         menyembelih ketika matahari sedang naik

·         dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan

·         tidak mematahkan tulang binatang akikah

·         mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah

·         dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran

7.       HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :         

·         sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat

·         untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah

·         bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan

·         mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat

·         sebagai tanda menjalinkan kasih sayang ibu bapa dengan anak

·         menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata

·         mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

8.       CARA MENYAMBUT KELAHIRAN :

·         lafazkan azan di sebelah kanan dan qamat di sebelah kiri

·         baca doa di kedua-dua belah telinga

·         sapu lelangit dengan benda manis

·         menamakan anak dengan nama yang baik pada hari ke-7

info dari http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=sj83hio9rbite7lbo410sb9hn6&
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...selesai sudah..semua lapan beradik dapat berkumpul kebetulan sama2 melaksanakan ibadah korban dan aqiqah untuk cahaya mata masing2..lapan beradik bila berkumpul riuh juga..cucu nenek 14 semuanya..bergotong-royong siapkan juadah..alhamdulillah..erat ukhwah kita..



sunat daging aqiqah dimasak manis2 sblm disedekahkan..menu hari nie mihun/mee sup jer..





Thursday, 17 November 2011

Rindu MC221 2006-2009 UiTM Shah Alam..

Assalamualaikum WBT..

At this moment actually mama tbe2 t'lalu rindu moment2 masa study dulu..ape khabo lar kwn2 mama yer..lama tak jumpa..rindu sgt2..masa terasa cpt berlalu..mama pon skg dh ader aqil..team budak nakal pon masing2 dgn hal masing2 kn..

video nie dihasilkan masa team mama ditugaskan utk buat satu dokumentari berkenaan sains dan teknologi dan kump mama memilih tajuk lintah..eii..mama geli lintah..mcm2 cabaran dan dugaan yg kump mama hadapi..namun kami seronok dapat siapkan asignmnt nie..tapi mama terkilan rakaman asignmnt nie mama hilang..hard disk mama corrupt..kwn2 mama yg laen ada x lg video abe comei ngan lintah??hik~~


buat sahabaat dan rakan mama MC221 2006-2006 Faculty Masscomm UiTM Shah Alam..i'm missing uols lah..hu~~

Monday, 14 November 2011

Bawa Aqil ke klinik

Assalamualaikum WBT..

Hari nie mama tak blh tgu lg..mama bwk aqil ke klinik sbb kesian tgk aqil batuk teruk dgn kahak, muntah lg..malam jer bdn panas..mama tido2 ayam jer tgu aqil tdo..dugaan membesarkan putera..abah lak jauh..aqil mengamok tgh2 mlm, mujur nenek ader..nenek masuk tidur dgn kiter..hik~~dah abah xdk..

sabtu ari tue mama bwk tp klinik ttp..ari nie smpi2 ader notis yg klinik bkk jam 2.40ptg..kiter dh smpi awal..mama, aqil dan nenek lepak dlm kereta dulu..


biasa bkk jam 2..kter dtg awl kn..mayb ader kecemasan kot dowg bkk lmbt..bla klinik bkk jer kter trus msk n amk nombor..aqil no 52.tunggu doktor lak..

lama aqil ngan nenek tunggu kn..kne bwk byk toys supaya aqil tak bosan.kalau bosan nnt aqil ngamok..ssh nk pujuk..dh lar mama nk drive blk.sian kt nenek pgg aqil.itu aqil dongak tinggi sbb nk tgk tv..hik~~tv kecik sgt kt klinik..

cakkk...anak mama demam yer..kjp yer..ngah tunggu giliran msk blk rwtn..aqil ngan ladybird die..hu~~nenek tmn g klinik..aqil demam meragam..mama tak harap nk ltkkn aqil dlm baby seat.nnt aqil ngamok tgh mama drive,payah nk pujuk..nk kne bhnti tpi jln ler..hu~~

Alhamdulillah..doktor dh bg ubat..tapi anak mama nie payah betol mkn ubat..jgn cmnie erk syg..mkn ubat erk..nnt cpt sembuh..blh kter g jln2 kt abah erk syg..



Bila anak demam..Dos ubat untuk bayi..


Assalamualaikum WBT..

Alhamdulillah..
banyak maklumat yang mama dapat daripd rakan2 mommies yg laen ttg penjagaan baby bla demam..
sokongan mommies t'utamanya mommies Group We Are 2011 babies!..
thanks all coz kongsi info yg amat b'makna..

Sblm nie mama ada baca yang tak digalakkan beri ubat kpd baby ..
tapi mama dpt info jika beri paracetamol syrup yg utk baby 
mengikut dos yg disyorkn adlh tdk membahayakan baby.
paracetamol selamat utk baby. 
even baby boleh tolerate paracetamol lagi bagus dr org dewasa
 sbb badan baby bleh metabolise paracetamol lg hebat dr org dewasa.
lega dgr..skrg2nya kita usaha mencegah selain tuam dgn kain basah..

hari nie mama bwk aqil g klinik dan mtk nasihat dr doktor..
sblm nie mama ada dgr ttg ubat yg mskkn ikt bontot 
jika suhu anak t'lalu tinggi dan mama tlh pjgkn soalan kt doc..
mama ingt nk simpan ubt tue mana tau nnt aqil panas tba2 blh guna..
tp doc tak galakkan guna ubat tue..

rupanya ubat tue kalau iktkn hanya disyorkan 
kpd kanak-kanak umur 3 thn dan ke atas
sekiranya utk kegunaan di rumah..
kalau kt hosp mmg takde limit umur dgn pengawasan doktor..
sbb b4 nie pnh ada kes ubt nie diberikan kt baby
 umo lbh setahun stgh oleh mommy die 
pas2 suhu xtrn2 n baby tue xdpt diselamatkn..
so kpd mommies2 yg b4 nie selalu bg ubt 
msk kot bontot tue kt anak sblm umo 3 thn, elakkn erk..

doktor hanya sarankan tuam bdn dgn towel basah mengikut teknik yg betul..
1)ambil towel bsh dan ltkkn di leher kiri dan tgn..mknenyer ltk dua..
2)lps tue ltkkn kain bsh kt bwh ketiak b'hmprn dgn dada..ltk kt kiri dan kanan jgk..
3)ltkkn kain bsh di celah peha kiri dan kanan
4)slps dh wt sume tue, br tuamkn seluruh bdn ngan kain bsh td..

lebih kurang cmnie lar..kt bwh ketiak dua2 ltk..tp bese lar,bdk demam ngomelnyer byk..hu~~bkn nk ltk sume tue..

berkenaan dgn dos ubat untuk baby..
td ada mommies yg kongsi ngan mama cara pengiraan dos ubat
 mengikut berat baby sbb dos ubat nie diberi b'dsrkn berat bkn umur yer..
mama dpt mklmt bhwa bleh bagi panadol syrup,
 its the safest ubat for baby...even br lahir. jgn harapkn tuam2 je,
 ubat demam sgt pntg.
even 1'C suhu naik pn dh mcm2 imbalance dlm badan
 n bleh effect brain dan 
 jgn tunggu jmpa doc br nk bg ubat.
 simpan panadol syrup spare kt rmh. 
bila demam terus bagi, sementara jmpa doktor.

cara sukat dos ubat utk baby:

1) tgk botol ubat paracetemol tu, cari maklumat kandungan dia. 

2)Kalu yg biasanya dpt dr KK atau hosp..brand fenpril. Dia tulis 125mg paracetemol in 5ml, maksudnye strength ubat tu adalah 125/5 mg/ml ataupun kalu kita bahagikan, dpt 25mg/ml (*). 

3)dos utk anak adalah 15mg per kg. kalu berat anak 6kg…. 6kgx15mg = 90mg (#). untuk tau brape ml kita kna bagi…. Cara kira is 90 (#) / 25 (*) = 3.6ml. 

6kg=3.6ml
6.5kg=3.9ml
7kg=4.2ml

(kiraan ini sekiranya kndgn ubat t'sebut 125/5mg/ml)

nie cth ubat dpt kt KK..

b'dsrkn p'bincangan mama..ape yg diberitau kalu anak panas sket je,xdemam lg, bleh bagi kurang sket…like 3ml pn cukup. Ini utk elak demam. Tp kalu dh demam panas, bg 3.6ml. 

ada juga yg cr ubat dekat farmasi, yg tulis 250mg paracetamol in 5ml. sbb concentration dia lg tinggi, utk dptkan dos yg sama, kita bagi separuh je. 

So anak xdela kna makan byk sgt. Kalu yg 250mg in 5ml tu plak…. Kita akn dpt 50mg/ml. bila anak 6kg… kita kira 90 (#) / 50 = 1.8ml. so, kita bagi separuh je dr yg jenis satu lagi. Sng sket anak nk telan. 



p/s:thanks utk kak Hanisah Azhari coz kongsi info nie..


sekian yang mama boleh kongsi untuk semua..


Saturday, 12 November 2011

Aqil demam rindu Abah

Assalamualaikum WBT..

salam untuk anak mama juga sahabat mama di luar sana..ketika post ini dicoretkan, putera mama sedang lena di dalam buai..dari jam 3.30 pagi semalam aqil tak lena tidur..dua hari lepas masa hari last abah cuti, aqil batuk..

lepas tue aqil start selsema..mama ingt sbb mama mkn rambutan..sbb aqil still breastfeed (bf)..mama stop mkn rambutan tapi mama still minum ais sebab cuaca panas syg.tp nenek ckp xdk kaitan pon..mayb aqil nak boleh akal bak kata org tua-tua..maksud dowg tue bla baby demam samada dowg nak tumbuh gigi, nak dapat kaki (nak boleh b'jalan lar),nak pandai merangkak or etc..

apa yang meruntun hati mama bila aqil terjaga jam 3.30 pagi dok merengek-rengek gerak mama..sebut "..bah..bah.."..mama selalu ajar aqil sebut abahh..mama nak aqil selalu ingat abah walaupon abah ddk  jauh tapi abah sentiasa dekat di hati kita kn syg..abah ader tugas dan ini dugaan kita kerana terpaksa berjauhan kerana tuntutan kerja mama dan abah..

bila mama bwk kuar aqil dan letak dlm buai..aqil meragam..merengek.."..ma...ma.."..itu jer yg kuar dr mulut aqil..cerdiknya anak mama nie..sabar yer syg..mayb aqil demam nak membesar nie syg...semoga aqil cepat sembuh yer..jap g aqil bgn mama bwk g klinik yer syg..

mama pernah dgr fact yg mengatakan baby yg demam nie bagus..kita dpt tahu keberkesanan antibodi badannya melawan virus penyakit..sbb kalo baby yg xdemam langsung nie takot antibodi die kurang functional kot..maaf kalo mama slh fact..

Get well soon my dear Putera Aqil Harith..


mama letak coolfever sebab agak panas suhu aqil..37.4c..tp aqil marah2 mama ltk..itu yg senget tue..mama tak berani nak betulkan takot aqil terjaga..hu~~mama syg anak mama nie..cpt sembuh yer syg..nnt aqil sembuh kita g jln jumpa abah erk..InsyaAllah...

Thursday, 10 November 2011

Samun lagi..Tingkatkan Keselamatan Kediaman

Assalamualaikum WBT..

Permulaan hari ini indah seperti hari-hari sebelum ini..abah aqil dah habis cuti dan mama kemaskan brg2 utk abah blk ke putrajaya..hajat mama nak freekan hari nie..tbe2 dpt panggilan kes samun di Felda Jengka 10..

Bergegas mama ke sana..kebetulan cik su xdk kt umh..cian lak nk tgl aqil sorg2 kt nenek..nenek kne ngasuh aqil sorg2..aqil dh start lasak,nenek xlarat..tapi krn tugas mama perlu tglkn aqil kejap yer..

seingt mama, mama baru jer buat liputan di sini beberapa bulan yg lalu kes samun jgk..rumah peneroka dinaiki penyamun melalui tingkap..kejadian pada awal september 2011 lalu menyebabkan tuan rumah dicederakan dan menerima lebih 30 jahitan..suspek lak mcm tau yg tuan rumah nie br dpt duet jual buah sawit..hmm..


suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui tingkap yang diumpil nie..mknenyer suspek nie kcik orgnyer yer..hmm..

isteri mangsa menunjukkan darah yg b'lumuran di lantai dapurnya ekoran suaminya tercedera ketika bergelut dgn penyamun.

mangsa menerima lebih 30 jahitan ekoran kecederaan bergelut dengan penyamun.

sedikit petikan Sinar Harian 7 september 2011 lalu (Rabu):


H: Peneroka disamun dan ditetak

JENGKA 10 – Seorang peneroka kerugian sekitar RM4,000 dan menerima lebih 30 jahitan apabila tercedera ekoran ditetak dalam kejadian samun di rumahnya dekat sini kira-kira jam 7.00 pagi semalam.

Mangsa, Ismail Jelani, 73, berkata, dalam kejadian tersebut dia ke bahagian atas rumahnya untuk mengira wang hasil jualan kelapa sawitnya yang diterima sehari sebelum kejadian selepas solat subuh di bahagian bawah rumahnya.

Menurutnya, dia mengira wang yang diterima daripada hasil jualan kelapa sawit sekitar tujuh tan dan bercadang untuk menyimpan wang tersebut di dalam bank dan digunakan untuk membeli sedikit keperluan.

“Selepas solat subuh di bahagian bawah rumah saya ke tingkat atas untuk mengira wang untuk disimpan di bank sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berparang dari belakang pintu.

“Dia menyerang ketika saya sedang mengira wang dan saya cuba menepis serangan parang menggunakan tangan menyebabkan tangan, leher dan kepala saya luka,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
itu kisah sebelum ini..dan hari ini berlaku lagi kes samun..tetapi mujurlah penyamun hanya sempat melarikan tiga telefon bimbit sebelum dihambat tuan rumah..


mangsa tercedera ketika bergelut dengan penyamun dan menerima lebih lima jahitan di bahu sblh kiri..

sedikit petikan Sinar Harian 11 nov 2011 (jumaat)..esok:

H: Penyamun sengkek pakai tudung
SH:Hanya sempat larikan tiga telefon bimbit

O: TUAN NUR SUHAILA RAJA MUHAMMAD

JENGKA 10  – “Shhhh…”. Hanya itu butiran yang dapat didengar oleh seorang peneroka dekat sini apabila rumahnya dinaiki dua penyamun kira-kira jam 3.00 pagi , semalam.

Mangsa, Habib Abdullah, 63, berkata, dia, isteri, ibu mertua juga anak bongsu berdepan situasi cemas apabila diacukan pisau oleh penyamun malah dia turut menerima lima jahitan di atas bahu sebelah kiri apabila tercedera ketika bergelut dengan penyamun.

untuk berita lanjut sila dapatkan Sinar Harian Edisi Pahang esok (11/11/11)...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penyamun sekarang semakin berani..jika dulu mayb mereka menyamun sahaja tanpa mengancam nyawa org lain tetapi sekarang siap acu pisau,parang kt tuan rumah..keadaan semakin berubah..risau..

kita sebagai masyarakat/tuan rumah perlu ambil langkah berjaga-jaga..

1)pastikan kediaman berada dalam keadaan selamat sbg contoh grilkn tingkap dan pintu.
2)pastikan semua pintu dan tingkap berkunci sblm msk tidur.
3)kalo nak tgl rumah pesan kt jiran mtk tgk2kn rmh so kalo ader sbrg kecurigaan,jiran leh maklum polis trus.

Sekian tinta mama menulis...sehingga berjumpa lagi..