Assalamualaikum WBT..
Salam keceriaan daripada mama untuk semua..Pada Aidiladha 1432H pada 6 November 2011 lalu, mama dan abah ambil peluang ini untuk melaksanakan Aqiqah untuk anak mama..
Untuk perkongsian dgn semua:
1. MAKSUD AQIQAH :
Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.
2. HUKUM :
· Sunat muakkad
· Bagi lelaki = sunat 2 ekor kambing
· Bagi perempuan = sunat 1 ekor kambing.
· lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian
3. WAKTU AKIKAH :
· Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )
· Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )
4. SYARAT SAH :
· niat akikah ketika sembelih
· tidak cacat serta cukup umur
· ikut syarat sah sembelihan
5. DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :
· mestilah binatang an'am
· tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
· sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
· sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong
6. SUNAT AKIKAH :
· berdoa ketika hendak menyembelih
· menyembelih ketika matahari sedang naik
· dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan
· tidak mematahkan tulang binatang akikah
· mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
· dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran
7. HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :
· sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat
· untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah
· bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan
· mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat
· sebagai tanda menjalinkan kasih sayang ibu bapa dengan anak
· menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata
· mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.
8. CARA MENYAMBUT KELAHIRAN :
· lafazkan azan di sebelah kanan dan qamat di sebelah kiri
· baca doa di kedua-dua belah telinga
· sapu lelangit dengan benda manis
· menamakan anak dengan nama yang baik pada hari ke-7

info dari http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=sj83hio9rbite7lbo410sb9hn6&
----------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...selesai sudah..semua lapan beradik dapat berkumpul kebetulan sama2 melaksanakan ibadah korban dan aqiqah untuk cahaya mata masing2..lapan beradik bila berkumpul riuh juga..cucu nenek 14 semuanya..bergotong-royong siapkan juadah..alhamdulillah..erat ukhwah kita..
No comments:
Post a Comment