Assalamualaikum WBT..
Permulaan hari ini indah seperti hari-hari sebelum ini..abah aqil dah habis cuti dan mama kemaskan brg2 utk abah blk ke putrajaya..hajat mama nak freekan hari nie..tbe2 dpt panggilan kes samun di Felda Jengka 10..
Bergegas mama ke sana..kebetulan cik su xdk kt umh..cian lak nk tgl aqil sorg2 kt nenek..nenek kne ngasuh aqil sorg2..aqil dh start lasak,nenek xlarat..tapi krn tugas mama perlu tglkn aqil kejap yer..
seingt mama, mama baru jer buat liputan di sini beberapa bulan yg lalu kes samun jgk..rumah peneroka dinaiki penyamun melalui tingkap..kejadian pada awal september 2011 lalu menyebabkan tuan rumah dicederakan dan menerima lebih 30 jahitan..suspek lak mcm tau yg tuan rumah nie br dpt duet jual buah sawit..hmm..
suspek dipercayai memasuki rumah mangsa melalui tingkap yang diumpil nie..mknenyer suspek nie kcik orgnyer yer..hmm..
isteri mangsa menunjukkan darah yg b'lumuran di lantai dapurnya ekoran suaminya tercedera ketika bergelut dgn penyamun.
mangsa menerima lebih 30 jahitan ekoran kecederaan bergelut dengan penyamun.
sedikit petikan Sinar Harian 7 september 2011 lalu (Rabu):
H: Peneroka disamun dan ditetak
JENGKA 10 – Seorang peneroka kerugian sekitar RM4,000 dan menerima lebih 30 jahitan apabila tercedera ekoran ditetak dalam kejadian samun di rumahnya dekat sini kira-kira jam 7.00 pagi semalam.
Mangsa, Ismail Jelani, 73, berkata, dalam kejadian tersebut dia ke bahagian atas rumahnya untuk mengira wang hasil jualan kelapa sawitnya yang diterima sehari sebelum kejadian selepas solat subuh di bahagian bawah rumahnya.
Menurutnya, dia mengira wang yang diterima daripada hasil jualan kelapa sawit sekitar tujuh tan dan bercadang untuk menyimpan wang tersebut di dalam bank dan digunakan untuk membeli sedikit keperluan.
“Selepas solat subuh di bahagian bawah rumah saya ke tingkat atas untuk mengira wang untuk disimpan di bank sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berparang dari belakang pintu.
“Dia menyerang ketika saya sedang mengira wang dan saya cuba menepis serangan parang menggunakan tangan menyebabkan tangan, leher dan kepala saya luka,” katanya.
H: Penyamun sengkek pakai tudung
SH:Hanya sempat larikan tiga telefon bimbit
O: TUAN NUR SUHAILA RAJA MUHAMMAD
JENGKA 10 – “Shhhh…”. Hanya itu butiran yang dapat didengar oleh seorang peneroka dekat sini apabila rumahnya dinaiki dua penyamun kira-kira jam 3.00 pagi , semalam.
Mangsa, Habib Abdullah, 63, berkata, dia, isteri, ibu mertua juga anak bongsu berdepan situasi cemas apabila diacukan pisau oleh penyamun malah dia turut menerima lima jahitan di atas bahu sebelah kiri apabila tercedera ketika bergelut dengan penyamun.
untuk berita lanjut sila dapatkan Sinar Harian Edisi Pahang esok (11/11/11)...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penyamun sekarang semakin berani..jika dulu mayb mereka menyamun sahaja tanpa mengancam nyawa org lain tetapi sekarang siap acu pisau,parang kt tuan rumah..keadaan semakin berubah..risau..
kita sebagai masyarakat/tuan rumah perlu ambil langkah berjaga-jaga..
1)pastikan kediaman berada dalam keadaan selamat sbg contoh grilkn tingkap dan pintu.
2)pastikan semua pintu dan tingkap berkunci sblm msk tidur.
3)kalo nak tgl rumah pesan kt jiran mtk tgk2kn rmh so kalo ader sbrg kecurigaan,jiran leh maklum polis trus.
Sekian tinta mama menulis...sehingga berjumpa lagi..
No comments:
Post a Comment