Sunday, 16 December 2012

Salam 1 Kemas

Salam 1 Malaysia...Salam 1 Kemas..

HU...kelas uolss...sejak jd org Kemas nie mmg kemas sentiasa..
Bermula lar kisah aku melangkah ke alam KEMAS..

Hari pertama mendaftar masuk ke Kursus Orientasi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) Taska Siri 1/2012 di Kem Permata Resort Alor Gajah, Melaka pada 29 Oktober hingga 4 November 2012.

En hubby amik cuti hantar ke Melaka.Kami tak tau kt mana kem tue so kami turun awal pagi..Aqil dah selamat dihantar ke kg.Walaupun sedey berpisah dengan Aqil namun ini pengorbanan yg kita perlu lakukan for a better life tomorrow..ececehh..

Ready to go..mencari destinasi..Alor Gajah, Melaka..

Punya lar turun awal takut sesat kan..pendaftaran jam 2.00 petang tp kami sampai kol 10 pagi..so kami pusing pekan basuh kereta dulu..kelass uolss...basuh kereta kat Melaka..

Yeayy...lepas jer register terus ader pre-test..terkejutt eden..hu~~blur jer..

So malam tue kami dibahagikan kepada 20 kumpulan..bilangan peserta yang register tak silap hanya 248 yang dtg..termasuk Sabah dan Sarawak..Kami kumpulan 11..malam tue kami tak tidur..ditugaskan untuk buat bendera, nama kumpulan, slogan, visi, misi, lagu dsbgnya..hu~~

Ini lah hasilnya..ini kumpulan kami..Star Warriors..ini masa LDK & modul..
Antara games yg memerlukan pemikiran kreatif dan kritis..hu~~hu~~
Mujur lar masih ku ingat tekniknya..hu~~
Our best buddies..Lilian, Kak Aina, Hawa, Ain, Aishah, Mila, Isma, Aive, Nell, Anita and me Sue..hik~~
Tiba lar sesi masak..hu~~msk cm dlm hutan tp kami msk tepi tasik..
Ain ready nak tambah garam dalam masakan..hu~~
Ecah cuba menghidupkan api..profesional..anak bapak..hik~~
Ini lar hasilnya...
Da next day..
Rambo nak masuk hutan..hu~~
Mendaki bukit....
Pose dulu...hu~~
Selepas trekking lebih 5km, kne berendam lak..

Seterusnya tibalah malam perpisahan selepas seminggu kami dikumpulkan di sini..
selepas ini kami akan dibahagikan kepada empat pusat latihan..
Surprise yang propa sangat..
sedih jer bersalam ngan fasilitator masing-masing..
Beg dah bersusun untuk ke destinasi seterusnya..
Kami dapat Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir, Terengganu..
all da way to Terengganu...

Teruskan perjuangan untuk dua bulan di Terengganu..

Tukar Kerjaya Demi Keluarga..

Assalamualaikum WBT...

Lama kiranya mama tidak bersiaran di sini...
Rindu rasanya nak mencoret di blog nan indah ini..chewahh..
Last mama update blog nie 1 Oktober lalu..
Itu pon ketika masa kritikal kerjaya lepas..
Masa tue agak sibuk kan dengan berita lagi..
Namun kini mama dah bertukar kerjaya..

29 Oktober lalu mama dah masuk Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi membolehkan mama menyandang jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Taska) S27.

Mama sendiri tidak menyangka akan diterima untuk jawatan ini memandangkan yang dipanggil intebiu sama dengan mama pon dekat 200 orang namun yang berjaya hanya 40 orang bagi kawasan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya.

Lebih 20,000 permohonan diterima seluruh Malaysia hanya 3,000 yang KEMAS panggil untuk ditemuduga dan hanya 250 ditawarkan untuk ikuti kursus ini sebelum ditawarkan menjawat jawatan ini.So, mama perlu bersyukur mama diantara 250 yang terpilih itu.

Mama resign kerjaya sebagai wartawan 24 jam ekoran tawaran untuk mengikuti latihan tersebut pon mama terima 2 hari sebelum Hari Raya Aidiladha lalu.

Dalam rasa hati yang berat..habis segala pertimbangan mama buat untuk menerima kerjaya baru dan meninggalkan kerjaya lama dengan hati yang agak berat..

Namun setelah berbincang dengan suami, keluarga dan untuk jaminan masa untuk keluarga dan anak-anak mama terima risiko untuk menggalas tanggungjawab memajukan anak-anak dan masyarakat dalam skop kerja baru kelak.

Walaupun gaji yang akan mama terima tidak lar sebanyak gaji ketika bergelar reporter dulu namun mama bersyukur diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai Penjawat Awam...

Mama berpegang kepada satu..apa yang kita hilang Allah gantikan dengan perkara yang lebih baik..
Bezaan gaji yang mama hilang apabila mama sandang kerja Guru Taska nie digantikan dengan cuti Sabtu dan Ahad dengan tenang bersama keluarga dan anak tanpa memikirkan bebanan stok berita dan urgent case yang datang secara tiba-tiba..

Jika dulu mama perlu akur dengan tanggungjawab sebagai wartawan sehingga mungkin ada pengabaian kepada keluarga dan anak mama namun mama janji akan mama tebus sayang..semoga dipermudahkan urusan kita dan terus dimurahkan rezeki..

Malah apabila mama fikirkan kembali setiap perkara yang Allah SWT tetapkan ada hikmahnya..
Mama disahkan menagndung Ogos lalu namun mama keguguran selepas 7 minggu.
Memang sedih namun ada hikmahnya..mama hilang anugerah cahaya mata kedua namun mama dianugerahkan kerjaya yang lebih mesra keluarga..Guru Taska..at least perkembangan Aqil mama boleh lihat..

Sepanjang lebih dua bulan setengah di dalam Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir, Terengganu pelbagai ilmu tentang perkembangan kanak-kanak mama peroleh.
Kadang-kadang sayu hati mama apabila ada perkembangan tersebut tidak sempat mama rakamkan dan perhatikan ekoran kesibukan bekerja dahulu namun InsyaAllah mama janji dengan diri mama..peluang yang Allah bagi kali ini akan mama gunakan sebaiknya untuk putera kesayangan mama .

Perasaan rindu pada anakanda tidak dapat diungkap dengan kata-kata namun mama perlu kuatkan semangat untuk keluarga kita syg..
Alhamdulillah..berita baik sentiasa mengiringi perjalanan mama dan keluarga kita..

Minggu lepas mama menerima panggilan permohonan mama untuk rumah di Pahang diluluskan malah kehendak mama nak rumah corner lot pon dapat atas budi baik seorang insan..
Satu jer mama pegang kalau kita buat baik pada orang, orang akan balas baik pada kita..Owner rumah tue dengan rela hati melepaskan corner lot tue pada kita sebab title "Wartawan Sinar Harian" yang mama pernah pegang sebelum ini..dan dia kenal mama sepanjang 2 tahun mama bertugas di Pahang..

Alhamdulillah...Syukur dengan limpah rahmat kurniaan-Mu Ya Allah..InsyaAllah..tahun depan siap lar rumah kita..

Semoga kita akan terus dimurahkan rezeki..aminn..

Monday, 1 October 2012

Puding Roti Kukus Aqil

Haha..nak juga ada nama aqil kat puding tue sbb aqil suka..
Kurang manis..
Mama amik resipi nie dari Mak Ngah..
Pas2 cr kt tenet jgk..

Bahan:
7-10 keping roti dipotong dan di sapu planta dan disusun dalam loyang
1 tin susu sejat
3 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung
kismis ditabur atas puding

Cara:
1)Pukul telur dan gula
2)masuk esen vanila dan susu
3)masuk tepung jagung
4)tuang kt dlm loyang yang telah disusun roti tadi
5)kukus dalam tempoh 20-30 minit
siap untuk dihinang minum petang
mudah kan...cepat disediakan..

rupa sebelum dikukus..hu~~
siap..dah habis pon separuh..hubby cakap semua ok cuma satu jer..
kenapa buat sikit..hu~~~



Kek Lapis Asam Manis


Kek Lapis Asam Manis

Dulu kalo kat kampung ada sorg akak nie amik tempahan buat kek lapis nie..
tapi tak ingta dah berapa dia jual..mak amik resipi dengan akak nie..
akak nie guna biskut petak2 yang kecik tue..
pas2 dari hari ke hari ada inovation ke atas resipi nie..

resipi nie aku amik dr kakak ipar..tak pasti dia amik resipi nie dr mana..

Bahan:
1 Buttercup
11/4 gula kastor
7 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 bungkus biskut Hup Seng
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan susu pekat
3 jenis pewarna
coklat asam duit-duit (bahan utama)


Haa..ini rupa coklat asam duit-duit tue..sedapp..
Cara:

1)Pukul butter dan gula
2)Masuk telur dan esen vanila
3)Biskut tue diblend halus sampai jadi macam tepung yer
4)masuk susu
5)masuk biskut yang telah diblend
6)Bahagi kepada tiga bahagian dan setiap satu diwarnakan ikut pewarna yang kita dah sedia tadi
7)loyang dan sapu dengan butter sket
8)pakai sukatan satu sudu untuk satu lapisan
9)pengukus dah dipanaskan
10)kukus satu lapisan dalam 3-5 minit
11)angkat dan susun coklat duit2 lepas tue letak lagi selapis warna yang lain
12)ulang langkah di atas sampai siap
selamat mencuba

masa aku buat nie pewarna ada dua jer..pas2 abes satu putrajaya aku pusing cari coklat duit2 tp tak jumpa..
so aku beli jem buah dan lapiskan..
jadi jugak tp lembik sikit..
hu~~~

Tuesday, 25 September 2012

Tinjauan bersama Presiden PPj ke Tasik Putrajaya


Selepas MC 2minggu, sudah tiba masanya kembali bekerja seperti biasa..Mula kerja dah kne followup kes pelajar Malaysia maut di Jordan.Semoga roh arwah dicucuri rahmat..Takziah kepada keluarga arwah yang sgt tabah terima berita ini.

14 Sept 2012 (Jumaat)

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) tan Sri Aseh Che Mat nak meninjau keadaan Tasik Putrajaya yang sudah cetek dan sebabkan perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya (CTP) tak boleh lalu..

My News:

H:Kerja dalamkan Tasik Putrajaya mula November
SH:Januari 2013 dijangka laluan boleh digunakan

O:TUAN NUR SUHAILA RAJA MUHAMMAD

PUTRAJAYA-Bagi Meningkatkan kualiti perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya (CTP) Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang di dalam proses untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan (dredging) di Tasik Putrajaya.

Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata,ini kerana sebahagian daripada Tasik Putrajaya berhadapan Presint 17 dan 18 telah menjadi cetek akibat hakisan di kawasan pinggiran tasik dan akibatnya CTP tidak dapat membawa pelancong dan pelawat melalui kawasan tasik tersebut.

 Menurutnya, kerja mendalamkan semula kawasan Tasik Putrajaya yang cetek di mana kedalaman kurang daripada satu meter dan tidak mampu dilalui CTP akan dilakukan bermula pertengahan November ini dan bakal disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Kita jangkakan bermula Januari 2013 akan bermula era baru perkhidmatan CTP yang tergendala sejak 2007 di mana akan kembali menyusuri tasik sejauh 10.4kilometer mengelilingi Putrajaya.

“Buat masa ini laluan tersebut terpaksa dipendekkan ekoran CTP terpaksa berpatah semula apabila kira-kira satu kilometer laluan tasik di kawasan hadapan Presint 17 dan 18 cetek dengan kedalaman kurang 0.8meter,” katanya selepas membuat tinjauan ke Tasik Putrajaya,semalam.

Aseh berkata, ekoran hakisan di kawasan pinggiran menyebabkan keadaan tasik semakin cetek dan CTP gagal untul melepasi laluan tersebut sejak 2007 memandangkan sekurang-kurangnya memerlukan kedalaman empat meter untuk CTP melalui laluan tersebut.

“Kita akan menjadikan Tasik Putrajaya sebagai tarikan utama bukan sahaja kepada pengunjung luar negara malah juga kepada pengunjung tempatan,” katanya.

Aseh turut bercadang untuk menurunkan harga tiket pada masa akan datang agar lebih ramai pengunjung dapat mengikuti perkhidmatan CTP dan menikmati keindahan Putrajaya.

Habis//

Tan Sri Aseh (kanan) dengar taklimat daripada main kontraktor (Putrajaya Holdings) pasal kerja mendalamkan semula Tasik Putrajaya.
ok..media grup dah amik tempat masuk bot..



Kami naik dari Pusat Maritim Presint 5..
Dekat sejam jugak naik bot keliling Tasik Putrajaya..berjaya lar merakam view-view menarik nie..
Cantik kan lalu bawah jambatan..hu~~
Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat tengah cek kecetekan Tasik Putrajaya..hu~~
jalan-jalan lagi..kupon Cruise Tasik Putrajaya (CTP) yg dah xpired tue boleh lagi diguna..dah cakap ngan en zul, bos cruise tasik sdri..bila2 jer dia soh dtg..nanti lar bawak Aqil jalan2..hik~~sibuk sgt mama nie..


Sunday, 9 September 2012

Pantang Miscarriage Lebih mencabar dari pantang bersalin??


Bagi aku pantang gugur lebih mencabar dari pantang bersalin.Dugaan dan kita kne double kuat mental n fizikal tambah lak anak sulung nie kecik lagi dan tengah mengerat (nak menempel jer ngan kita) so kita kne kuat.Orang pantang ada baby kita pantang sendiri.

Anak lak nak berdukung jer tp kita tak boleh dukung berat2 lagi..ibu tak bagi..nanti peranakan jatuh rasanya..nak angkat barang pon tak boleh berat sblh..makan pon macam pantang masa bersalin lar..
lauk wajib ikan bakar, sambal ikan bilis ngan lada hitam.sayur air (xdk dlm gambar).nasi panas2 mkn ngan sambal lada hitam tue syok woo..(nak sedapkan hati)..
Bermula lar misi habiskan Pati Ikan Haruan.aku pilih Harwany sebab terpikat iklan Imam Muda Asyraf.iklan tue ckp tak hanyir tp bila aku nak minum mmg tak hanyir tapi bau kuat dan rasa sumthin tak sedap masa mengalir dlm tekak so tutup hidung dan terus aku sulankan dengan minum Bidadari DCL.sedap sket rasa.RM35 untuk tujuh botol.
Bidadari DCL..ada kawan yg suggest makan nie.dia pon ada pengalaman miscarriege so dia ckp ok utk pulihkan badan n tak lama lepas tue dia pon lekat balik(pregnant semula).so far sedap badan aku makan nie.harga tak silap RM70 sebotol.
baru sehari abah tinggal kita kat kampung kita dah rindu abah.Mak Tam punyer kerja lar nie pakaikan tudung.
Abg Aqil yang cerdik..baca buku orang nak amik lesen moto, nampak gambar orang naik moto, dgn automatik dia terus buat tangan pulas minyak sambil bunyi "vroomm,vroomm",,pandai anak mama nie..
Keletah anak mama lar pengubat lara mama.
Ngamok nak ais krim.ais krim yg dlm bekas tue dh abes so bg lar ape yg ader dlm peti..ada ais krim potong jer perisa cendol n kacang merah.nak pegang sendiri tp bila lama2 tangan dia sejuk, dia ngamok lak.pas2 ais krim tue lak mencair kt tgn die.letih melayan, mujur nenek ada..hu~~
Lapas makan ais krim, baju abes comot, tido kekenyangan..anak mama nie..hilang penat tgk keletah syg..
Five done two to go..chaiyokk..walau rasamu tidak enak namun ku perlu gagahkan jua untuk pulihkan badan nie n get back my energy..selama nie aku tak pernah fikir tentang kesihatan sendiri, bila dh jadi cmnie mula lar fikir macam2..
Lepas seminggu hubby dtg amik.baki cuti berpantang kat rumah sendiri.pati Ikan haruan Harwany dh habes so teruskan dengan Air Haruan Ajaib Perlis marii..Kakak ipar yg kenalkan dengan air nie sebab ramai kawan2 die minum, badan kurus tambah berisi..so memang aim aku sekarang untuk naikkan badan dan beri tumpuan kepada kesihatan diri.mayb sebab aku terlalu kurus kn, bermasalah..InsyaAllah..kita berusaha..
Buah Keranji..sebelum balik sini sempat singgah pasar tani kat Jengka 2 setiap hari Jumaat beli nie...memang aku minat sgt ngan buah nie..ssh nak cari tapi sedap..ralik sgt kalo dok makan depan tv..
Lepas pegi Pasar Tani, terus bawak mak n MIL g Bandar Pusat sebab mak nak ukur buat gigi palsu..sblh klinik lak ada kedai basikal, melompat lar si Aqil.Tok Ma bawak masuk kedai, Aqil boleh tak mau keluar..aqil berjaya memujuk dan mengepau Tok Ma sebijik lagi basikal..padahal kat rumah dah ada basikal..aqil..Aqil..
Kebosanan balik rumah sendiri..ye lar dok kg dok berulang rumah Tok Ma ngan umah nenek..rumah Tok Ma ada abg hadif, adik Humairah, mak teh, tok ayah..kat rumah nenek ada ma, abah, abag alif, nenek, mak tam n cik su...seronok lar ramai melayan..
balik rumah, dok ngan mama jer, kebosanan melanda lar..mujur ada basikal Tok Ma beli.

Sekarang kena get ready utntuk masuk keje minggu depan..12/9 nie kne jumpa doc lg..topup balik energy sblm struggle everyday cari berita di bumi asing ini.hu~~InsyaAllah..semoga dipermudahkan segala urusan.