Tuesday, 10 July 2012

Lelaki amuk guna pedang samurai di JPM ditembak

9 Julai 2012 (Isnin)

Dengar gempak kn..
tp keadaannyer lg gempak..
buat aku kelam kabut..dah ler hujan ptg tue..
tiba2 bos mintak kompomkan  tentang sebaran maklumat mengatakan pasangan lelaki dan wanita ditembak ketika mengamuk cuba ceroboh Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya..

Apa lagi..ku terus minta hubby confirmkan maklumat..
sebab tak pernah lg Putrajaya kecoh begini..
mana lar tau simulasi jer kot..

so hubby confirmkan kejadian sah!!hahaha..
bermula lar kisahku yg tak cukup kakitangan..
anakanda di rumah BS menagih minta di pick-up..
mujur hubby msk keje malam so ajak dia ke balai..
pada asalnya nak amik gambar jer..
sampai sana dpt tau dr kwn hubby ader Press Conference(PC)

Kutinggalkan anakanda di dalam kereta bwh jagaan hubby sementara ku hadiri PC dengan memakai seliper jepun sebab hajat nak amik anak pas2 singgah Alamanda beli Big Apple tapi cancel..hu!!

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid buat PC..
mama ngan seliper jepun terus meluru msk meeting rum balai..
skali PC dh abes lar..

Mujur lar Bernama TV smpi lmbt jgk..
so memaksa OCPD buat PC skali lg..hik~~

siap ada byline..hik!!!!kredit to abah sebab bantu mama..

Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki bersenjatakan pedang samurai tue penganggur dan mengaku dirinya 'Imam Mahadi' mengikut keterangan isterinya yang hadir bantu siasatan..

Suspek perempuan tue lak takdek sebarang hubungan ngan lelaki berkenaan dan baru seminggu mengenali suspek berdasarkan keterangan suaminya yang hadir bantu siasatan..
Perempuan tue x-student UIAM umur 28 tahun dan penganggur..

Haisshh..mcm2 dunia nie..apabila manusia bertindak tidak melalui akal yg waras..Wallahualam...

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang apabila suspek lelaki dan wanita ini cuba menceroboh masuk ke Kompleks B, JPM dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai..

dihalang oleh polis bantuan yang jaga pos tp dihunuskan pedang di leher..
polis bantuan tersebut terpaksa melepaskan masuk..

Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, 2 mengenai suspek lelaki dan 1 mengenai suspek wanita ekoran keadaan kecoh dan tidak terkawal apabila proses memujuk suspek gagal malah suspek turut bertindak menyerang anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dan Cawangan Unit Peronda (MPV) dan merosakkan dua kenderaan polis dengan menetak cermin hadapan kereta polis guna pedang samurai..
Tindakan pantas dan cekap polis berjaya mengawal keadaan bagi mengelakkan suspek mencederakan orang awam juga kakitangan JPM yg ader di situ..
kedua-dua suspek dibawa keluar kira-kira jam 4.00 petang untuk menerima rawatan di Hospital Putrajaya..
bagaimanapun suspek lelaki berkenaan dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Mencabar kerjaya sebagai polis nie..risiko ada di mana-mana..
semoga suamiku dan rakan sekerjanya dilindungi oleh-Nya dalam melaksanakan tugas untuk negara dan bangsa..aminn..

Keadaan salah sebuah kenderaan yang dirosakkan suspek selepas menceroboh masuk ke JPM..
Kenderaan milik kakitangan di JPM..
dua kenderaan milik orang awam juga kakitangan JPM dirosakkan manakala dua kenderaan waja milik polis turut rosak..


No comments:

Post a Comment