Friday, 13 July 2012

When Elephant Man meet Elephant Lady

13 Julai 2012  (Jumaat)

Hari nie, mama dapat asignment untuk cover pertemuan Elephant Man ngan Elephant Lady
Diaturkan oleh MCA Bahagian Serdang..
Turut serta Ketua MCA Serdang, Datuk Liew Yuen Keong
Ketua Wanita MCA Selangor, Chew Lee Giok
Naib Pengerusi MCA Bahagian Serdang, Datuk Hoh Hee; Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang, Allan Liu

 Pada 2 Julai ari tue mama dah pernah cover kisah 'Elephant Man',
Leong Chee Ming, 42 menderita penyakit saluran kapilari membengkak menyebabkan sebahagian besar mukanya membengkak.

Malah kisahnya mendapat perhatian Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang hadir melawat dan memaklumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Panel Doktor untuk kaji berkenaan penyakit ini dan rawatan yang terbaik untuk pulihkannya.

Kisahnya dipaparkan dalam Sinar Harian 29 Jun 2012..Kawan mama Hidayah Hairom wartawan KL buat story nie..
Foto:Mohd Hafizi Jaafar (my luvly hubby)
Ketika lawatan Datuk Seri ke rumah Chee Ming.
Betapa terharunya ibunya,  Hee Thye Tai, 66 dan berharap anaknya akan sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

So selepas kisah Chee Ming dapat liputan media, seorang bapa menghubungi Datuk Liew (Ketua MCA Bahagian Serdang) memaklumkan anaknya turut mengidap penyakit yang sama.

Satu pertemuan diaturkan dan media turut dijemput bersama.
Secara kebetulan wanita yang menghidap penyakit bengkak muka ini turut menghadapi simptom yang sama seperti Chee Ming, lahir pada tahun yang sama dan tidak pernah bersekolah.

Jarak kediaman mereka tidak sampai 1 km namun mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain.

Chan Moong Ping, 42 menghidap penyakit nie sejak kecil apabila badanya dinaiki bintik2 merah namun semakin teruk sekitar umur 12 tahun.

Bapanya, Chan Hoong Yee, 67 berkata, ekoran faktor kewangan anaknya tidak pernah mendapat sebarang rawatan sebelum ini dan amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan MCA Serdang.

Isterinya dimasukkan ke Hospital Serdang sejak 2 Julai lalu kerangan serangan jantung dan strok dan sepanjang tempoh tersebut tiada orang yang menjaga Moong Ping memandangkan dia terpaksa bekerja.

Namun dia berterima kasih kepada jirannya seorang mandur bengkel yang bantu menjenguk anaknya dan membelikan makanan dalam tempoh dia bekerja.

Jirannya, Kanan Velasamy berkata, dia rasa bertanggungjawab untuk membantu jirannya memandangkan keadaannya sukar tambahan isteri sakit di hospital.

Terharu memang wujud masyarakat penyanyang 1 Malaysia.
Foto:Mohd Hafizi Jaafar
When Elephant Man meet Elephant Lady
Kedua-dua menyimpan hasrat yang sama agar wajah dapat dipulihkan dan menjadi sihat untuk jalani kehidupan sebagai orang normal

Foto;Mohd Hafizi Jaafar 
Selepas kisah lelaki yang derita muka bengkak ini dapat liputan media, pelbagai pihak termasuk orang awam salurkan bantuan.

So setakat nie panel doktor belum beri keputusan rawatan dan Chee Ming akan jpe pakar pada 18 Julai 2012 (Rabu) untuk tahu keputusannya.

No comments:

Post a Comment