Saturday, 26 May 2012

Ais Krim 1 Malaysia Che' Leha


Haa...sape Che' Leha??
My Mum lar Mak Cik Leha..
Kalo org kt kg panggil Che'..

Cucu2 panggil nenek/tok che'..
ari tue cucu nenek kt Klang bg resipi ais krim..
soh nenek buat..

bagus kan cucu..huhu~~
cucu sulong nenek lar tue..
si Raja Shafiq tue..

Nenek pon buat ler..
confirm ler jd rebutan cucu2 nenek..

Ais Krim nie pon blh buat pakai susu tepung anak2 kita..
best jer..anak pon blh makan..

Bahan:

2 biji telur
1 tin susu pekat
1 tin susu cair/santan
4 sudu besar ovelate
2 sudu kecil esen vanila
2 tin (susu) air suam

Cara:
1-Campurkan kesemua bahan dan putarkan hingga gebu
2-Simpan dalam peti (bahagian atas) untuk tempoh 2 jam
3-Keluarkan campuran bahan tadi dan putar lagi
4-Bahagikan kepada 3 bahagian (jika mahukan 3 kaler)
5-Warnakan ikut perisa yang disukai(jagung,asli, etc)
6-Letakkan dalam bekas dadih pon boleh..isi berselang seli..
7-Simpan dalam peti kat bhgn atas yer..
8-siap untuk dihidang

*bahan di atas boleh buat 30 ais krim dalam bekas dadih.
*kalo nak buat sket,buat separuh jer dr bahan td.
*oleh sebab kat kg byk santan so my mum gantikan susu ngan santan..
lagi lemak dan berkrim jd ais krim tu nanti
*kalo tak dek santan blh ganti susu cair

haa..ini hasilnya Ais Krim 1 Malaysia Che' Leha..
Kejap2 cucu buka peti nenek nak amik Ais Krim..
sangat seronok balik kg jumpa nenek..

No comments:

Post a Comment

Post a Comment