Sunday 30 October 2011

Konvoi Kenduri di Bukit Istana, Kuantan

Besar juga keluarga kiter yer sayang..kita ada nenek yang cantik..sayang ader 12 sepupu..dan mama ada 8 adik beradik..bila semua balik rumah nenek memang meriah..kebetulan abah dapat cuti kter sume pegi kenduri anak buah nenek di Bukit Istana, Kuantan, Pahang..

aqil ngan abah..kiter singgah Cowboy jap..umi cari barang..
xcited tue tgk cat besor..abang waqiuddin seronok dpt naek maenan tue..aqil nnt besar br leh naek..


Aqil sayang mama sgt2 yer..mama sayang aqil n abah jugak..jadi anak yg soleh yer syg..muahh..


abah nie...cian aqil..aqil mmg xlh dok diam smpi abah kne pgg kepala nk pose dpn kamera..


Putera Aqil Harith didukung sepupunya, Raja Mohd Shahril..


seronok lar aqil tgk orang ramai2..cucu-cucu nenek tunggu giliran nak maen..
kalo ader masa baru kiter blh luang masa ngan abah kn sayang..jumpa pon skali sekala..aqil pon umo dh 6 bulan..mama akan usahakan smpi kiter dpt selalu cmni syg..selalu ader masa bersama keluarga kiter..

Moh Ler Ke Jengka

Salam dan bertemu kembali...


Jika ditanya apa ader di Jengka mama kadang2 memikirkan ape mercu tanda yang wajar untuk mama banggakan sebagai anak Jengka nie..bukan bermakna Jengka atau kini lebih dikenali Bandar Tun Abdul Razak Jengka tidak membangun cuma mungkin tidak sederas bandar laen..jika sebut Temerloh terkenal dengan ikan patinnyer..Maran dikenali Bandar Ayam Kampung..Pekan-Bandar Diraja..Rompin dengan Udang Galahnya..Jerantut dengan Taman Negara yang menarik untuk dilawati..sehari xckp nk teroka semuanya..Lipis dgn loghatnyer..Raub dgn Gulai Asam Rong..ape lg erk..Pahang mewah dgn warisan dan adat budaya masing2..

Ape lg daerah yg mama xsebut..tp mama masih berpikir2 aper yang mama ptt perkenalkan kpd org luar ttg kebanggaan dan mercu tanda Jengka..Jengka yang aman lg makmur..subur ladang sawit nan permai..bau asap kilang yg hitam..hik~~gurau ajer..


http://newzealandvillage.blogspot.com/2010/04/lagi-gambar-awal-nostalgia.html


blh tgk keadaan tanah rancangan masa mula2 penubuhan dulu tp sekarang Jengka pesat membangun..bangunan semakin rancak didirikan..malah tanggal 7 Julai 2011 Bandar Jengka  dinaiktaraf kepada bandar Tun Abdul Razak Jengka bersempana nama Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai pengasas tanah rancangan Felda juga bapa pembangunan Malaysia.


Dulu LKWJ kini MDM





Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Jika berkunjung ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka..

Kawasan Perbandaran Nadi Kota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Jika dahulu premis perniagaan seolah2 hidup segan mati tak mahu namun kini premis semakin maju malah bertambah menunjukkan kuasa beli penduduk Jengka semakin bertambah..faedah dapat dinikmati kedua2 pihak samada pembeli mahupon peniaga..sekarang turut wujud gerai mamak bagi yang suka masakan mamak, perkhidmatan perbankan, pejabat pos, terminal bas dan pelbagai lagi..

Terminal Nadi Kota sedang dinaiktaraf kepada Jengka Sentral
Jengka Sentral bakal ganti Terminal Nadi Kota


BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA – RM10 juta diumumkan Perdana Menteri untuk cadangan pembinaan Kompleks Pengangkutan Awam Bersepadu Bandar Tun Abdul Razak Jengka (Jengka Sentral) yang bakal menggantikan operasi Terminal Nadi Kota yang sedia ada kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, cadangan tersebut adalah untuk pembinaan semula juga menjadikan kawasan terminal berkenaan bukan semata-mata kawasan bas dan teksi sahaja.

Menurutnya, Jengka Sentral bakal menjalani transformasi menjadi hub perhubungan serta pusat match point di mana kawasan Jengka Sentral ini turut akan menjadi salah satu tumpuan aktiviti masyarakat di Bandar Jengka.

“Selain menjadi kawasan pengangkutan, pembangunan Jengka Sentral juga turut akan dijadikan kawasan tumpuan perniagaan, rekreasi dan rehat terutamanya untuk penumpang juga ahli masyarakat di sini.

“Cadangan pembinaan kompleks meliputi arkib, bazaar, gerai juga stesen teksi serta kaunter tiket bas malah turut dicadangkan untuk pembinaan pusat bowling bagi tujuan rekreasi,” katanya.

Wan Salman berkata, turut dicadangkan untuk diwujudkan gerai makanan segera (fast food), food court serta kemudahan wi-fi dan penghawa dingin untuk penumpang serta pengunjung kompleks berkenaan kelak.

“Pembinaan Jengka Sentral inbi turut bertujuan untuk membuka peluang perniagaan kepada masyarakat di sini terutamanya dan bukan semata-mata tertumpu kepada kemudahan pengangkutan tetapi turut membuka peluang kepada peniaga serta bakal mejadi tumpuan pengujung,” katanya kepada Sinar Harian.


Sumber: Sinar Harian Pahang

Apa lagi ada di Jengka???


1- Segitiga Jengka



Gugusan Jengka merupakan gugusan Felda terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 rancangan Felda yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25.

2 – Bandar Bumiputera

Dengan adanya tanah-tanah rancangan Felda ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai 100 peratus oleh masyarakat Melayu iaitu Bandar Jengka.Bandar Jengka merupakan inspirasi mantan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak untuk mewujudkan Bandar Bumiputera.

Bandar Jengka kini dikenali Bandar Tun Abdul Razak Jengka.


3- Bandar Tun Abdul Razak Jengka



Bandar Tun Abdul Razak Jengka dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka merupakan sebuah bandar utama dan menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka.

Pada 7 Julai 2011 semasa Hari Peneroka 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menamakan semula Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena memperingati jasa Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas Felda.

Bandar Jengka kini dikenali Bandar Tun Abdul Razak Jengka bakal membangun apabila turut menerima peruntukan bersepadu lebih RM250 juta oleh Perdana Menteri sempena pengisytiharan bandar tersebut baru-baru ini.

4- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang kampus Jengka (Khazanah Alam)


Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan kawasan seluas 1,000 ekar di tepi Bandar Jengka untuk dijadikan kampus tetap UiTM Pahang.

Diikuti dengan kelulusan tersebut, Menteri Besar Pahang ketika itu yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyifatkan kelulusan itu sebagai usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih banyak lagi pusat pengajian tinggi membuka cawangannya di Pahang untuk kemudahan pelajar-pelajar negeri ini.

Kini warga UiTM Pahang termasuklah para pelajarnya mencecah 10,000 orang dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.

5-Mercu View Resort

Salah satu kemudahan penginapan di Bandar TAR Jengka untuk kemudahan pengunjung
Mercu View Resort Bandar Jengka merupakan salah satu penginapan yang terdapat di bandar Jengka. Jaraknya dari Bandar Jengka adalah 1.5 kilometer sahaja. Hal ini memudahkan pengunjung yang berkunjung ke Jengka.

Antara kemudahan asas yang terdapat di Mercu View Resort ialah chalet, restoran dan trek jogging. Selain itu, terdapat juga beberapa motel di sekitar Bandar Jengka bagi pengunjung yang menyediakan bajet rendah.

6-Jengka Street (Pasar Panas)


Satu lagi tarikan utama Bandar Jengka ialah Jengka Street yang sering menjadi tumpuan para peniaga samada sekitar Jengka mahupun dari daerah terdekat juga luar dari Pahang.

Jengka Street merupakan pasar membeli belah yang menjual pelbagai barangan secara borong dan runcit, terutamanya kain, pakaian, tudung dan lain-lain barangan.

Waktu operasi adalah pada setiap hari Sabtu dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang pada setiap minggu.

Pelbagai barangan boleh didapati pengunjung pada harga yang berpatutan di Jengka Street malah mampu jadi salah satu produk pelancongan Bandar TAR Jengka.

7 – Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Salah seorang pengusaha IKS di Felda Jengka 20

Kerajaan Negeri Pahang berhasrat untuk menjadikan Bandar Tun Abdul Razak Jengka sebagai Bandar Pembangunan Bumiputera yang termoden. Ini menjadikan kebanyakan perniagaan dan perusahaan di bandar ini dimiliki oleh golongan bumiputera. Pelbagai perusahaan kecil dan sederhana seperti pembuatan songkok, perniagaan kuih tradisional, makanan ringan dan kerisik dijalankan.


8 – Aktiviti belia di Jengka

Antara produk pelancongan yang terdapat di Jengka melalui aktiviti anak-anak Felda melalui sukan permotoran seperti aktiviti motocross dan penganjuran Sprint Test dan Drag Challenge yang bakal dijadikan aktiviti tahunan bandar ini.










Malah seni mempertahankan diri “Muay Thai” atau tomoi semakin terkenal di kalangan penduduk di Bandar Jengka malah rata-rata tanah rancangan telah mempunyai kelab tomoi mereka sendiri.



Moh Ler Ke Jengka!!!

Kisah "Felda Gurl" dan Aku Anak Jengka

Assalamualaikum WBT..


Jengka..ada sesuatu yang mama sayangkan di Jengka..Jengka seindah kata semanis bicara..betul kata orang tak kenal maka tak cinta..Jengka masih lagi menyimpan kenangan, menggamit memori, mendamaikan bagi yang memerlukan..


Ada sesuatu yang mama rindukan di Jengka..yang mungkin tiada di kawasan lain..Jengka yang unik..ader 37 tanah rancangan dinamakan sempena nama bunga..menarik..setiap tanah rancangan dari Jengka 1 hingga jengka 25 tidak tersusun seperti nombor yang kita hitung..


Jengka tempat mama dilahirkan dan dibesarkan..dulu pernah jugak rasa segan untuk memperkenalkan diri ini b'asal dari Jengka..kdg2 org pandang rendah dgn anak2 Jengka tetapi tidak kini..Jengka banyak melahirkan golongan yang berjaya..malah mama bangga dan tidak lagi malu menggelarkan mama "Anak Jengka Sejati"..hik~~~


pernah satu ketika dulu,seorang remaja perempuan...anak jati Felda Jengka..ibu dan arwah ayahnya peneroka..namun nasib menyebelahi dia apabila dia diterima memasuki Asrama Semai Bakti Felda dkt Keramat xclp masa tue..sekitar tahun 1992.dia b'sekolah di Sekolah Menegah (P) Methodist Girl School..Sekolah tue ader gereja..malah majoriti pelajarnya adalah bukan Islam..selalu dan kerapkali remaja perempuan ini diejek samada di dalam kelas mahupun di sekolah..digelar "Felda Gurl"..baik guru mahupon anak2 murid sama2 mengejeknya..


semakin hari, dia semakin rasa rendah diri..apa salahkah aku jika aku dari Felda??hinakah aku jika aku dari Felda??tidak layakkah aku duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kalian yang tinggal di bandar2 besar..ibu bapa kalian ahli perniagaan juga bangsawan kiranya..sehingga pernah satu ketika remaja itu sendiri sering mengadukan mslh kpd ibu di kampung malah mahu berhenti bersekolah di situ dan ingin pulang ke Jengka namun ibu tunggal itu kerap kali menasihatkan supaya dia bersabar..Allah sentiasa bersama org2 yg sabar..


ibu tunggal itu tidak pernah  lenguh dan tidak putus berdoa agar Allah menabahkan hati anak perempuannya..biar sesusah mana sekalipun dia akan berusaha agar anaknya mendapat pendidikan sempurna biarpun sudah bergelar anak yatim..biar setanding dengan anak-anak orang lain yang masih punya ibu dan ayah..ibu tabah ini tidak mahu anaknya rasa kekurangan..syukur pada sesiapa yang punyai ibu setabah ibu tunggal ini..Ya Allah..Kau murahkanlah rezeki ibu ini..ampunilah dosa2nya..


Jika dahulu tinggal di tanah rancangan Felda ini susah..jika mereka yang belajar jauh pulang ke tanah rancangan, landrover Felda akan ambil di terminal bas..jika kini kita gelar shutter bus..dh mcm angkut pekerja ladang lak..tp itu yg seronok..adik2 yg tunggu kakak n abang mereka pulang dr hostel meloncat teruja bila landrover Felda berhenti dpn rumah turunkan penumpang..salah seorang penumpang landrover tue remaja perempuan anak ibu tunggal tadi..


Alhamdulillah..berkat kesabaran,ketabahan dan doa ibu tunggal tersebut, remaja tersebut berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya walaupon diperkecilkan dengan gelaran "Felda Gurl"..malah kini telah berjaya pun duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan mereka yang berasal dari bandar besar dan ibu bapa mereka ahli perniagaan kiranya..


Kejayaan seseorang bukan terletak pada asal usul mereka namun usaha yang pasti..walaupun digelar 'Felda Gurl' oleh golongan cetek minda namun berkat doa dan usaha, kita mampu buktikan bahawa anak-anak Felda ini mampu berjaya..seperti mereka yang laen..


kisah ini kisah benar yang  diceritakan semula kepada mama..


Jika hari ini masih ada yang menggelar "Felda Gurl" pada anak2 Felda yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lbh tinggi,maka mereka ketinggalan zaman.Felda atau khasnya Jengka sudah berbeza dan semakin membangun setanding dengan kawasan luar bandar yang lain..malah akan semakin maju satu ketika nanti..dan tidak mustahil Jengka juga boleh digelar sub-town..


Dan sekarang mama tahu apa yang patut mama ceritakan tentang Jengka..Jengka unik..mama bangga mama anak Jengka..Jengka turut melahirkan insan2 yg b'jaya dalam pelbagai bidnag..tidak kurang anak2 Felda yang menjawat jawatan2 besar samada di sektor awam mahupon swasta..mereka ini wajar ditabalkan sebagai insan yang berjaya..kesempitan dan kesulitan hidup di tanah rancangan satu ketika dulu tidak menghalang mereka 'memerdekakan' diri mereka dengan 'perlabelan' 'anak Jengka' yang tiada arah tuju..


Dahulu mungkin anak2 Felda juga Jengka dipandang enteng namun tidak lagi kini..kami layak berdiri semegah yang laen..bukan niat untuk bermuka namun menegakkan hak yang nyata..kita manusia makhluk yang sama di sisi tuhan..hanya amal yang membezakan..jangan bangga hanya kerana harta juga taraf hidup yang konon dibesarkan di bandar yang serba moden dan canggih namun akal secetek unta di padang pasir..hik~~


Bercerita mengenai tanah tumpah darah kita memang tidak habis..semoga segala usaha yang kita lakukan diberkati oleh-Nya..aminn..marilah berkunjung ke Jengka..Bahagia Senantiasa..


gambo pinjam..ini rumah peneroka masa mula2 msk tanah rancangan..air paip pon kongsi.
masa tue menurut cerita nenek..susah..peneroka nie bekerja pagi petang..yg lelaki kerja potong buah..yg perempuan kahwinkan debunga sawit..kutip buah relai..jalan tanah merah masa tue..nak keluar ssh sbb masing2 xdk kenderaan..b'gantung kpd land rover Felda ketika itu..mama xsmpt rasa susah itu namun mama sempat rasa keseronokan ikut nenek kutip buah sawit relai kt ladang..mama dgn mak tam selalu naek basikal g ladang..nenek pg naek moto..kami kemas ladang..pak lang dgn ayah long racun semak n tebas semak..kami kutip, kumpul dan bakar..bawak bekal n berkelah dlm ladang..seronok..kat ladang nenek ader parit kecik..ada anak ikan..tapi skrg dah xberani nak g sendiri ladang..xmacam dulu..


Rumah salah seorang peneroka Felda Jengka 1, Salmiah @Hamidah Ismail, 70, bernilai lebih RM1.2 juta hasil kelapa sawit. 
Haa..ini pulak rumah warga peneroka Felda sekarang..berbeza dari 30 tahun dulu..dinding kayu, atap adex(xtau nk eja cmne)..peneroka Felda sekarang lebih baik malah jika tak b'gelar peneroka Felda mungkin mereka sendiri tidak mampu untuk memiliki kediaman mewah seperti ini, anak2 yang berjaya..kehidupan yang selesa..bersyukurlah dengan apa yang kita nikmati sekarang..jangan pernah lupa kesusahan yang dilalui dulu kerana itu membuatkan kita lebih menghargai kehidupan ini..peneroka sekarang lebih senang malah sampai ada yang buat telahan peneroka nie pantang ada yang duda mahupon janda cepat dikebas org..kalah anak dara n teruna..hahaha..gurau jer..


wassalam..jumpa lagi..

Saturday 29 October 2011

Hepi 6 Months My Prince Aqil Harith..mama love u so muchh..

Salam anakku Putera Aqil Harith..

Selamat Ulangbulan yang ke-6 sygku..hik~~menyaksikan kamu membesar di depan mata mama itu merupakan saat yang membahagiakan..every moment i spent with you is a moment that I treasure..semoga anak mama membesar dengan sihat dan jadi anak yg soleh..aminn...


sepatutnya selasa 29 okt 2011 aqil kne g klinik,cucuk utk 6 bulan tp mama xsmpt sbb cuti n kiter g melawat abah kt putrajaya..jumaat, 28 okt 2011 br g cucuk b4 mama g keje..anto aqil g klinik..nenek pggkn aqil..alhamdulillah..aqil melalak kejap jer..aqil mmg anak yg baik..sepadan dgn namamu putera yang bijak dan terpelajar juga kuat dan berusaha..aminn..


mari ibu-ibu,bapa-bapa..doakan semoga Allah SWT beri perlindungan kpd anak kita..semoga mereka membesar jadi anak yang berguna..anak yang soleh dan solehah..anak yang membanggakan ibu dan ayah..abah dan mama..umi dan walid..anak yang memberikan perlindungan kepada adik2nya..anak yg bakal jd ketua keluarga..anak yg bakal jd pemimpin negara kelak..InsyaAllah dgn izin-Nya..amin..


doa mama mengiringi kamu sygku Putera Aqil Harith b Mohd Hafizi..

Dari Ibnu Abbas r.a., dia berkata : Adalah Rasulullah SAW, berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca : 








Maksudnya 
Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

amin..amin ya rabbal alamin...
anak kebanggaan mama dan abah

Selamat Berkursus..Mama Tahu Apa Yang Perlu Mama Lakukan.

Assalamualaikum wbt utk anak mama..

Lama mama xupdate blog mama rasanya..kurang b'kesempatan dan laptop mama br kuar wad..minggu lepas mama kena hadiri kursus Sehati Bersama anjuran syarikat mama bekerja Sinar Harian yang bernaung bawah Karangkraf Sdb Bhd..alhamdulillah..walaupun mama gusar untuk meninggalkan putera sulong mama nie namun  mama dapat menamatkan Kursus Teambuliding Sehati Bersama Sinar Harian Siri 4 di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang dengan jayanya..

Pada asalnya mama berat hati untuk meninggalkan putera mama dan menghadiri kursus tetapi ini merupakan tuntutan kerja..ini juga amanah mama sbg pekerja..ape2 pon dalam rela dan terpaksa mama dapat apa yang mama perlu lakukan..yang selama ini mama resah dan berbelah bagi..mama nekad..mama mesti dahulukan kebahagiaan rumah tangga mama di samping kerjaya ini..jika mama diduga utk b'jauhan dengan abah mesti ada hikmah tetapi mama perlu usahakan sesuatu untuk lihat kita terus bersama sayang..tidak perlu dengar apa orang kata..iyer..mama perlu teruskan langkah dan jangan hanya menerima sahaja..usaha sesuatu untuk keluarga kita sayang..

berbalik semula kepada kursus yang mama hadiri..mama dah lamaa sgt tak hadiri kursus..seronok pulak bila ader aktiviti luar camnie..walaupon sakit badan tetapi berbaloi..eratkan hubungan kami yang bernaung di bawah bumbung yang sama tetapi jarak memisahkan kita..jumpa kawan2 satu batch..rakan2 wartawan dari negeri lain juga HQ..

apa yang mama dapat..mama lebih menghargai kerjaya mama sebagai wartawan juga bersyukur dapat menjawat jawatan ini dan nekad untuk terus berkhidmat seikhlas hati untuk masyarakat..aminn..semoga Allah permudahkan segala urusan..sebagai anak, isteri, ibu, wartawan juga rakan, kakak, adik yang mahu membahagiakan semua..aminn..

ini ahli kumpulan mama..ada wartawan dari kelantan, shah alam juga kakitangan bahagian advertising yang terlibat..nama kumpulan power fighters tue spontan mama n ahli kump fikirkan..masa facy bg 15 minit utk slogan, hakka, bendera..kelam kabut buat logo sume..tp ini mengajar kami erti kerjasama..ada yang fikirkan hakka pas2 sama2 kaler bendera..

ini antara games terawal yang kami main kt sane..masing2 perlu menggerakkan gelung tue tanpa pegangan tangan terputus sesama rakan..dapat lihat lagi kerjasama masing2..

mama(skuad Jengka)..aunty ain (skuad jerantut) dan aunty jijah (skuad bera)..hik~~di hari pertama kursus masih lagi blh t'senyum riang..

malam tue dah start games..ini joki(cmni ker sebut die)..dan kuda..dpt tengok masing2 ghairah b'taruh utk menang p'lumbaan..ape2 pon strategi penting..hu~~lagi satu jgn t'buru2 buat keputusan..fikir dgn baik..kalo semua bekerjasama..mest sume leh menang tp sbb masing2 terburu2..ada yang menang dan ada yang kalah..hu~

first time mama pgg senapang paintball nie..berat jgk..pd aslnyer strategi dh baek kami susun utk b'perang dgn phk lawan..tp bla start jer games, blm smpt mama tembak, kami dh dihujani peluru dr phk lawan..tak smpt nk pasang strategi..moral of this games yg mama dpt..kdg2 ape yg kita rancang xdpt dilaksanakan sebaik mungkin..kehidupan ini penuh panca roba..phk lawan sentiasa mencari peluang utk jatuhkan kita..kita perlu sentiasa bersedia..

games trust me nie mencabar jgk...oleh kerana peserta pompuan ramai, kami diarahkan pilih 15 org yg ringan2 utk diusung cm dlm gmbr tue..of coz mama ant yg dipilih...mama peserta plg ringan..hu~~berat 39kg mmg org xcaya..tp games nie mengajar kita utk mempercayai rakan mahupun org lain..ye lar, kalo xpcya org, xlh hdp..ddk sorg2 dlm hutan..hik~~

apa yang penting..kerjasama...hik~~acara berakit nie mtl2 menagih kerjasama yg amat sgt ant ahli kumpulan..mcmtue lar kita hidup dlm keluarga mahupun yg bernaung dlm satu syarikat juga masyarakat..perlukan kerjasama..

rakit tenggelam xnmpk..yg nmpk kami jer terapung2..ape2 pon kerjasama yg diberikan mmg terbaik..team mama menang..walaupun ada yg fobia dgn air namun mereka berjaya tangani sume tue demi beri support pada rakan..

penangan kena peluru paintball...lebam tue..mujur mama defender terbaik..hahaha...

ehh...team mama juara malam seribu bintang..dgn lagu dondang dendang nyanyian siti nurhaliza dan noraniza idris serta sketsa hasil perahan otak, maka berjaya kami menggondol gelaran juara..berbaloi..aksi spontan dan idea spontan..

ada hikmah di sebalik sesuatu yg Allah SWT tlh tetapkan utk kita..walaupon brt hati mama nk g khss nie tp ader hikmah di sblk..mama jumpa kwn satu batch yg lbh 2 thn xjumpa..mama relax spnjg kursus even risau tinggalkan aqil yg xpnh b'pisah ngan mama..mama lakukan semua utk kita syg..

too xcited sbb kursus dh abes..mama pose maut..ape2 pon..mama lega abes dgn jayanya..slmt tinggal Dusun Eco Resort..walaupon liputan telefon mcm hampeh kt cnie tp semua itu mengajar kita erti sabar..bla ader jer line tepon perkara pertama yg mama buat, mama tepon nenek tanya aqil ok ke tak..mama syg anak mama..semoga jadi anak yg soleh ye syg.....aminn..

Tuesday 18 October 2011

Monday 17 October 2011

Manusia Semakin Hilang Perikemanusiaannya


sedih tgk berita hari nie..budak umur 2 tahun digilis van dan lori dan ditinggalkan lebih 10 minit tanpa dibantu oleh lebih 18 orang yang lalu lalang kt situ..Ya Allah..mana lar sifat perikemanusiaan manusia2 tue..binatang pon ader sifat kebinatangan dowg..pernah tgk tak video harimau bintang selamatkan anak monyet..haa..itu binatang tapi ini manusia..www.youtube.com/watch?v=7mjwKexotlg

mereka ibarat melihat satu nyawa yang tidak bernilai..ibarat melihat anak kucing kene langgar kt tengah jalan jer.. www.ammboi.com/.../video-budak-dua-tahun-digi...

lepas jer berita budak di China kena gilis, kat Malaysia lak..kat Sarawak budak umur 16 tahun bersalin sorang2 kt asrama sekolah die..lepas tue die amk pisau kelar anak die sendiri..masyaAllah..sakit melahirkan pon xhilang lagi..xkan xdk lagsung kasih dan sayang dia kat anak tue even anak tue anak yang tak diundang..anak sebelum nikah..Ya Allah..peliharalah kami..zuriat-zuriat kami..aminn...


 pinjam gambo..hu~~monyet nie pon syg kt anak susuan die..hik~~comell..

Sunday 16 October 2011

Anak Amanah Allah SWT yang Tidak Ternilai

assalamulaikum wbt..utk anak mama yang tgh lena dlm buai nie..kadang mengigau t'gelak sendiri dlm buai..menyaksikan aqil membesar dgn sihat dpn mata adalah saat2 indah yg sgt b'harga..

mama titipkan nukilan ini sebagai panduan untuk putera mama nanti..kehadiran aqil dlm hidup mama dan abah amat bernilai dan amat mama dan abah tunggu..aqil adalah anugerah Allah SWT kepada mama dan abah yang tidak ternilai dan aqil juga merupakan amanah kepada mama dan abah..semoga mama dan abah mampu menjaga amanah ini sebaiknya..semoga aqil membesar menjadi anak yang soleh, insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama..

kerisauan di hati mama ini tidak pernah  luntur setiap hari apabila melalui detik saat anak-anak remaja membesar dengan pelbagai karenah..zaman serba canggih, peredaran masa sgh cepat..sedar2 anak mama nie cpt membesar..

orang kata jaga anak perempuan lebih susah daripada jaga lembu sekandang..namun tidak kurang cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa untuk membesarkan anak lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga sekiranya abah/ayah/abi/walid/daddy dsbgnya tiada kelak..

anak lelaki yang bakal menjadi wali kepada kakak dan adik-adiknya..anak lelaki yang bakal menggantikan tugas ketua keluarga..semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh dan berguna..


                                                   mama sayanggggg Putera Aqil Harith..

Perjalanan 9 Bulan Putera Bersama Mama

Untuk tatapan anak mama..mama ingin berkongsi saat indah perjalanan 9 bulan mama dgn aqil dalam rahim mama..walaupun saat mama karang nie aqil dh lima bulan menjengah dunia tapi saat bahagia nie masih segar dalam ingatan mama..

saat mama buat pregnancy test dan resultnyer positif..mama orang paling bahagia dlm dunia..xsabar rasanya mama nak maklumkan dekat abah yang jauh kt putrajaya masa tue..bila mama cakap mama pregnant, abah tak terkata..kehadiran aqil dalam hidup mama dan abah amat ditunggu-tunggu.kebetulan hari itu, abah off..abah terus amik keputusan balik pahang nak jupe 'kiter'..abah cakap die bawak kete tayar xcecah jalan..punyer nak gambarkan betapa gumbiranya hati abah saat terima khabar mama pregnant.

28 Ogos 2010:kami pegi klinik utk sahkan berita ini dan doc skali lagi sahkan mama pregnant enam minggu ketika itu..abah senyum..bawak kete pon xmau laju..sayangnyer kami kat zuriat yang baru enam minggu dalam rahim nie..doc jangkakan aqil akan menjengah dunia 29 April 2011..tak sabar mama ngan abah tunggu saat itu..

mama alami alahan seperti ibu laen alami..mama terpaksa ambil cuti tanpa gaji selama dua bulan, amik MC, cuti tahunan sbb nak urus diri sdri pon mama xlarat ketika itu..bila kandungan mama masuk lima bulan lebey, mama mula ada tenaga untuk kembali bekerja..kerja mama menginginkan mama bergerak merata tempat, dh namanyer wartawan kan..


 masa nie mama amik cuti..pegi kat umah bujang abah kt putrajaya..abah bawak kita g jalan2..masa nie aqil dah 23 minggu dalam perot mama..


masa nie kita balik kampung abah kat pulau kerbau, machang, kelantan.masa nie aqil dah 28 minggu dalam belly mama...every moment i spent with you is a moment that I treasure..


masa nie mama pregnant 30 minggu..nak msk lapan bulan..masa nie function besar..Ketua Polis Pahang ketika itu dan kini dah b'sara..sblm b'sara beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Robiah Abdul Ghani turun ke UiTM Pahang..mama lupa lak function apa..kebetulan abah off ari tue..abah jd photografer mama..abah cian tgk mama yg sarat tp masih lg b'tugas as reporter,driver,photografer..

masa nie dah 33 minggu..mama br lps discharge ward..terus g KFC sbb rasa nk mkn KFC..hik~~mama kne admit ward sbb masa tue mama demam..panas sgt..pastu nadi mama laju..aqil pyer jantung pon agak laju..mayb sbb mama demam n aqil kt dlm belly mama pon demam..so kne admit, cck punggung 2 x dgn ubat matangkan paru2 baby in case kalo baby kuar awl..risau xckp bln..


masa nie mama dh 34 minggu..kaki mama edema (medical term utk bengkak)..sakit jgk nak jalan..masa tue nenek,ibu sume cakap aqil dh xsabar nak jengah dunia..



masa nie 34 minggu..mama amik cuti pegi umah ibu n kakak pajana n farhana kat puchong..nenek pon ikt skali..kaki bengkak pon mama gagahkan pusing Jusco Cheras Selatan sbb nak shoping brg baby..


mama admit ward lagi..masa tue dh 37 minggu..agak b'debar..mama dh risau takot baby aqil nak kuar awl..mse tue baby krg aktif dlm belly..even dh ujg2 bln pon mama still muntah2..sbb tue kot baby x aktif dlm belly mama..or mayb sbb dh sempit sgt erk dlm tue..


abah yang setia menunggu masa mama admit kt Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoShas) Temerloh,,mula mama g ke Hospital Jengka pas2 dirujuk ke Temerloh...mama naik ambulan tau..kali kedua mama naik ambulan selepas tahun 2008 masa bljr kt UiTM Shah Alam sbb apendiks dulu..pengalaman pregnant beri 1000 kenangan yg xmungkin mama lupakan..abah byk kali amik cuti kecemasan sbb 'tanda-tanda palsu' nak b'salin nie..cian abah ulang alik putrajaya ke pahang tapi segala pengorbanan ini untuk aqil yang t'syg..abah tak tinggal mama..abah tido kat dlm kete kt parking..kami xtau pon jantina baby yang akan lahir ketika tue..kami redha gurl ker boy..

buat aqil..mama titipkan nukilan ini bukan mengungkit tetapi ingin berkongsi kebahagian kami menyiapkan diri menyambut aqil kedunia ini..love u so much syg..aqil n abah..tgu post mama saat2 kelahiran aqil lak..hik~~

Friday 14 October 2011

MeWaH DeNgaN SeNi BuDaYa

Hari ini seperti hari2 lain..mama bekerja seprti biasa cuma tidak dapat penuhi semua jemputan.mama terpaksa tolak jemputan ke Majlis Penyerahan Bantuan kepada OKU dan Orang Miskin oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Peneroka Bandar Jengka sebab penuhi jemputan ke Program Perkongsian Ilmu Kebudayaan Malaysia dan Perasmian Galeri Warisan anjuran Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Jempol, Maran, Pahang.

Majlis dengan moto "Warisi Warisan Cintai Khazanah Alam" ini cukup meriah dengan penglibatan pelajar pelbagai kaum yang mempersembahkan seni tarian. Pelbagai booth dibuka untuk pameran seperti booth sains dan matematik, booth ayam serama, booth badan beruniform, booth songket dan tenunan, booth kuih tradisional, booth adat istiadat melayu dan pelbagai lagi.

Tahniah kepada penganjur atas inisiatif menganjurkan majlis meriah sebegini dan usaha mereka memelihara seni warisan untuk tatapan generasi akan datang wajar dicontohi dan dipuji.

Persembahan tarian kaum cina dari pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jerik.

Persembahan tarian kaum india dari pelajar sekolah SJK (C) Sg Jerik..


 Lagi tarian kaum cina yang dipersembahkan..mama t'lambat utk tgk persembahan tarian joget pahang dari pelajar melayu SKUJ..


                                    Pelajar yang juga penari bergambar bersama tetamu kehormat.

Selain tarian daripada pelbagai kaum yang disajikan, hadirin turut dapat menyaksikan demonstrasi permainan tradisional yang mungkin lagi tidak dimainkan oleh kanak-kanak zaman ini iaitu batu seremban, congkak. Malah kewujudan Galeri Warisan yang diisi dengan pelbagai barangan lama seperti periuk tembaga, seterika arang dan pelbagai lagi menggamit memori zaman silam malah dapat menjadi tatapan anak-anak generasi akan datang.



Pelawat yang hadir dapat menyaksikan barangan antik/barangan yang digunakan zaman dahulu.

Permainan batu seremban dan congkak mungkin lagi tidak dimainkan oleh kanak-kanak generasi kini.

Adat berendoi dan berzanji yang diamalkan kaum melayu sebagai tanda kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata.

Adat merenjis mawar kepada pasangan pengantin antara adat yang masih lagi diamalkan masyarakat melayu kini.


                                       Pengunjung turut dapat mencuba teknik mencanting batik.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsudin mencuba alat menenum songket sambil diperhatikan Ahli Parlimen Maran, datuk Ismail Abd Muttalib di majlis tersebut.

Syabas sekali lagi saya ucapkan untuk SKUJ kerana berjaya membawa kami pelawat mengimbas kembali kesusahan masyarakat zaman dahulu serta membuat kami bersyukur atas kemudahan yang kami nikmati hari ini.Masa beredar namun peredaran tersebut wajar dirakamkan untuk tontotan masa hadapan.

Semoga generasi kini dan akan datang lebih menghargai dan bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang dinikmati sekarang..sekian pena mama menulis..wassalam..