Tuesday 31 July 2012

Putera Start Meneroka


25 Julai 2012 (Rabu)

Genap Putera Aqil Harith 1 tahun 3  bulan..
pejam celik cepat anak mama nie membesar..
banyak karenahnyer..
makin lasak..

Masa umo  setahun Aqil dh boleh berdiri dan meniti sendiri..
boleh melangkah 2,3 tapak tapi terpijak botol bedak n jatuh pas2 terus serik nak jalan..
tapi minggu lepas Aqil dh mula nak belajar jalan sendiri semula..

Mula2 Aqil berdiri sendiri..
pas2 mama n abah tepuk lar tangan sebab Aqil dh pandai..
tapi Aqil start buat mengada2 lar..
Aqil bangun pas2 buat jatuh..
pas2 bangun balik, n then buat2 jatuh..
macam2 keletah budak cerdik nie..


skrg Aqil dh terror..
dlm rumah nak berjalan jer..
kat luar pon nak jalan sdri..
mujur lar syg..
mama pon tak larat nak dukung Aqil lama2..
beratt..hik~~

Rabu ari tue g klinik jpe nurse..
makan ubat cacing..
nurse ckp Aqil naek 200 g jer..
pas2 tgk rekod last month Aqil demam 2x..
tonsil bengkak ari tue demam lama so mayb sbb tue berat naek tak memberangsangkan..
but nurse ckp it's ok as long as die mkn ok..
aktif n yang penting Aqil cerdik..

Nurse bg tempoh smpi umo 2 thn utk Aqil sambungkn 2 patah perkataan bermakna..
cth 'Nak Susu'..'Nak Makan' tp jangan pelat..
Aqil pon dah pandai cakap tp sepatah-sepatah lar..
lolly for lori..
bang for kapal terbang..
bah for abah..
panggilan mama sgt jarang nak dgr dr mulut Aqil..
tp kalo ape2 mmg mama lar Aqil cr dulu..huhu..

kalo dah kenyang Aqil pandai geleng tanda dah tak mau makan..
nak susu pandai cr botol bg kat mama..
Alhamdulillah..semoga Aqil membesar dengan sihat,kuat..jd anak yg Soleh..

balik rumah nenek untuk sambut 1st Ramadhan
ader lak kitty kat umah nenek..
suka sgt lar Aqil sbb kucing yg besar tak mau ngan Aqil..
ganas sgt tarik ekor..

Mama saje nak ajar Aqil tido bawah..
sblm nie malam jer Aqil tido bawah..
so skg Aqil dh tak bergantung kt buai sgt dh..
sng kalo nak pegi umah org nnt..
tp janji senyap dan sunyi,Aqil blh tido lena sdri jer..
tak payah mama dodoikan..
mama buat susu, bg kat Aqil..
suruh baring n pejam mata..
mama buat juadah berbuka..
sedar2 tgk anak teruna dh lena kt dpn tv..

Ustaz Aqil nak balik kg..
last week balik kg lg smbt ramadhan ke-8 kt kg..
every week Aqil blk kg..
tp kali nie blk ngan abah skali..
Aqil pinjam kopiah abah..
mama jgn lupa beli songkok n kopiah untuk Aqil raya nanti yer..hik~~

Kat umah Tok Ma..
Semua org tunggu waktu berbuka..
so Aqil mama letak atas bouncer..
elok lak tue nak duduk..
masa kecik tak mau duduk..
skg bouncer Aqil mama dh bg kat baby Humairah..
drpd dok dlm stor jer..membazir mama beli..hik~~
mujur baby Humairah ok jer dok atas bouncer..


Tuesday 17 July 2012

Miss My Hometown Jengka


Nak masuk tujuh bulan duduk berumahtangga dengan hubby..
Pindah dari Jengka ke Kajang-Putrajaya..
Bila Ramadhan bakal menjelang,hati rasa teringat sangat kampung..
Sangat2 teringat kampung..
rindu masakan ibu..rindu nak order2 makan ngan ibu..
rindu ibu gerakkan sahur..
rindu berbuka ramai2 kat kampung..
rindu nak g Bazar Ramadhan kat kg..
even xsmpi 10 orang berniaga tapi tetap meriah..

kalau nak meriah lebih n byk pilihan sket blh g simpang Jengka 6..
kat situ byk leh pilih..
nak beli bubur lambuk pon sdp ngan sorg makcik tue..
dulu kalo hubby balik slalu g smph Jengka 6 bwk MIL n FIL..
tapi ibu tak suka g bazar..hu~~

rindu bau air NIra/tuak yg ibu suka minum..
abg n hubby pon minat sgt..
tak tau ler ngape dowg minat sgt..

actually daku dalam proses memujuk hubby benarkan ku pulang ke kampung awal Ramadhan nie utk sambut ngan adik beradik laen n ibu..
hubby tak menegah mahupun melarang tp ayat sentap hati jer..

"hmm...xpe lar..first pose abg sahur sorg2..berbuka sorg2.."
serba salah tapi minggu nie jer adik beradik balik rumah ibu..
kalau tak,raya nanti je lar baru jumpa..

itu pon cuti raya ngah berkira lagi nie..wa!wa!

Saturday 14 July 2012

Nyaris Accident Bcoz of Blindspot


Adakah kita benar-benar tahu apa itu 'Blindspot'?

Blind spot adalah daerah yg tidak terlihat pada spion kita biasanya daerah ini berada di sisi kiri dan kanan kita - www.yamaha-vega.or.id

Blind spot diartikan sebagai area penglihatan pengguna jalan dimana area tersebut tidak dapat dipantau dengan sempurna karena terhalang suatu Objek. Objek penghalang bisa merupakan pengguna jalan yang lain,sarana-prasarana lalulintas, dan sebagainya. - http://fanderlart.wordpress.com

Blind Spot adalah area yang tidak terlihat secara langsung oleh kaca spion tengah, kanan ataupun kiri - www.toyota.co.id

Blind spot adalah suatu bidang pandang yang tidak terlihat akibat terhalang oleh sesuatu obyek - www.kcdj.org


sumber gambar : www.rta.nsw.gov.au

Nak dijadikan cerita semalam lepas asigment di tasik Putrajaya, hubby yang tengah mamai/pening tasik sebab naik bot terus drive menghala ke Puchong nak pickup adik

Lepas susur MEX Highway,sebuah Caldina Hitam menghimpit ke lorong kami (kiri) dari link kanan Highway Putrajaya menghala Puchong..

aku yang tengah asyik menaip berita tak perasan apa yang jadi sedar2 hubby brek kecemasan dan terus ke tepi..caldina tue pon berhenti..aku terhentak ke dashboard..

Dalam keadaan marah dan BB masihb di tangan aku terus keluar nak snap gambo kete tue takot die blah..tapi xclear lak..
terus amik DSLR camera lar ape lg..

Hubby dah meluru ke kereta tue..aku yg tangan n kaki sakit pon terus ke situ..boleh dia cakap 'sory kami tak nampak'..dia cakap nak reverse sebab terlepas susur nak naek MEX Highway..aku pon saound lar..'Ini macam boleh bawak mati lar amoii'..n terus aku blah sakit kaki n tgn..
Hubby ngah berbicara ngan driver yg mengalami blindspot tue

mujur masa tue aku tak pickup anak kt BS lg..amik adik dulu br ingt nak pickup anak..kalau tak, aku ngan anak dua2 dah terperosok bawah dashboard..

sebab itu lar betapa pentingnya Car Seat..kadangkala kita amik mudah biar jer anak duduk atas riba tapi in case jadi cmnie, menyesal tak sudah..

Aku pon kadang2 malas nak buat turun car seat sebab umah tingkat 5,mana nak pegang anak(kalo hubby tak dek)..nak tolak stroller (kalau bawak)..

So sekarang malas ke rajin tetap kena pastikan anak duduk dalam car seat dan pastikan pakaikan belt dia ckp biar cmtue jer..
ok..ready to go..jangan beli saje jer car seat pas2 simpan dalam stor..peringatan untukku jgk..hik~~
rindu masa Aqil kecik..saat nie tak reti meronta lagi sebab tak mau duduk car seat..tapi sekarang kena umpan lar..


Diving With Syabas at Tasik Putrajaya



13 Julai 2012(Jumaat)


Selepas selesai asignment MCA Bahagian Serdang cover Elephant Man n Elephant Lady ku terus bergegas pulang untuk siapkan story ini dahulu


Sebab jam 3.00 petang ada satu lagi asignment: Pemeriksaan Jajaran Paip SYABAS di Dasar Tasik Putrajaya..berkumpu di Balai Polis Marin Putrajaya, sebelah Kelab Tasik Putrajaya.


Kebetulan hari nie hubbyku off so dapat temanku untuk melaksanakan tugas merangkap photograferku..hik~~mekasih sayangku.


Rupanya diver Syabas dah berkampung masuk hari ketiga kat Tasik Putrajaya nie sebab nak cek samada ada kebocoran atau tak kat jajaran paip dasar tasik nie..


bukan kerja senang dan hanya pakar jer dapat lakukannya sebab kadangkala even bubble kuar kat jajaran paip tue blm tentu paip tue bocor..perlu cek betol2..


sedikit petikan storyku:



PUTRAJAYA-Syabas buat kali ketiga melaksanakan pemeriksaan selepas 2008, 2010 ke atas dua jajaran paip jenis mildsteel berukuran 1,800milimeter serta satu jajaran paip 1,600 milimeter merentasi Tasik Putrajaya sepanjang 3.76 kilometer.
=====================================================
Menurutnya, ketiga jajaran paip ini menyalurkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Semenyih kepada kira-kira 400,000 unit kediaman di 194 kawasan di Putrajaya, Sepang,KLIA, Kuala Langat dan sebahagian kawasan Petaling.
=======================================
Ini kalau ada bocor yang serius,naya rumah aku pon tak dek air..sebab kapasiti agihan air dari jajaran paip nie luas..

sampai jer bot pertama sampai so mereka nak bawa photografer dulu ke lokasi diving untuk amik gambar n hubby follow lar..dia dh cakap awal takot mabok melambung2 nanti..

So kami tunggu giliran bot kedua tapi memandangkan keadaan dah suntuk n dah petang kami decide xperlu pergi tempat diving tue sebab kami juz nak tulis berita jer..jurufoto dah pergi itu pon dah cukup.apa yang lebih penting adalah Press Conference (PC) ok..

Hubby sampai kat jeti dah pening2..hu~~~
Pemandangan Masjid Putra dari pangkalan Balai Polis Marin Putrajaya yang sempat di snap hubby masa naik bot..
Lapan anggota unit penyelam Syabas yang terlatih telah membuat selaman ke dasar Tasik Putrajaya memasuki hari ketiga hari ini bagi mengesan sebarang kebocoran dan kerosakan paip menerusi kaedah menandakan lokasi penemuan kerosakan menggunakan pemberat dan pelampung.






Friday 13 July 2012

When Elephant Man meet Elephant Lady

13 Julai 2012  (Jumaat)

Hari nie, mama dapat asignment untuk cover pertemuan Elephant Man ngan Elephant Lady
Diaturkan oleh MCA Bahagian Serdang..
Turut serta Ketua MCA Serdang, Datuk Liew Yuen Keong
Ketua Wanita MCA Selangor, Chew Lee Giok
Naib Pengerusi MCA Bahagian Serdang, Datuk Hoh Hee; Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Serdang, Allan Liu

 Pada 2 Julai ari tue mama dah pernah cover kisah 'Elephant Man',
Leong Chee Ming, 42 menderita penyakit saluran kapilari membengkak menyebabkan sebahagian besar mukanya membengkak.

Malah kisahnya mendapat perhatian Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang hadir melawat dan memaklumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Panel Doktor untuk kaji berkenaan penyakit ini dan rawatan yang terbaik untuk pulihkannya.

Kisahnya dipaparkan dalam Sinar Harian 29 Jun 2012..Kawan mama Hidayah Hairom wartawan KL buat story nie..
Foto:Mohd Hafizi Jaafar (my luvly hubby)
Ketika lawatan Datuk Seri ke rumah Chee Ming.
Betapa terharunya ibunya,  Hee Thye Tai, 66 dan berharap anaknya akan sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

So selepas kisah Chee Ming dapat liputan media, seorang bapa menghubungi Datuk Liew (Ketua MCA Bahagian Serdang) memaklumkan anaknya turut mengidap penyakit yang sama.

Satu pertemuan diaturkan dan media turut dijemput bersama.
Secara kebetulan wanita yang menghidap penyakit bengkak muka ini turut menghadapi simptom yang sama seperti Chee Ming, lahir pada tahun yang sama dan tidak pernah bersekolah.

Jarak kediaman mereka tidak sampai 1 km namun mereka tidak pernah bertemu antara satu sama lain.

Chan Moong Ping, 42 menghidap penyakit nie sejak kecil apabila badanya dinaiki bintik2 merah namun semakin teruk sekitar umur 12 tahun.

Bapanya, Chan Hoong Yee, 67 berkata, ekoran faktor kewangan anaknya tidak pernah mendapat sebarang rawatan sebelum ini dan amat terharu dengan bantuan yang dihulurkan MCA Serdang.

Isterinya dimasukkan ke Hospital Serdang sejak 2 Julai lalu kerangan serangan jantung dan strok dan sepanjang tempoh tersebut tiada orang yang menjaga Moong Ping memandangkan dia terpaksa bekerja.

Namun dia berterima kasih kepada jirannya seorang mandur bengkel yang bantu menjenguk anaknya dan membelikan makanan dalam tempoh dia bekerja.

Jirannya, Kanan Velasamy berkata, dia rasa bertanggungjawab untuk membantu jirannya memandangkan keadaannya sukar tambahan isteri sakit di hospital.

Terharu memang wujud masyarakat penyanyang 1 Malaysia.
Foto:Mohd Hafizi Jaafar
When Elephant Man meet Elephant Lady
Kedua-dua menyimpan hasrat yang sama agar wajah dapat dipulihkan dan menjadi sihat untuk jalani kehidupan sebagai orang normal

Foto;Mohd Hafizi Jaafar 
Selepas kisah lelaki yang derita muka bengkak ini dapat liputan media, pelbagai pihak termasuk orang awam salurkan bantuan.

So setakat nie panel doktor belum beri keputusan rawatan dan Chee Ming akan jpe pakar pada 18 Julai 2012 (Rabu) untuk tahu keputusannya.

Thursday 12 July 2012

Dominos Pizza VS Big Apple



mama peminat setia lar donut big apple dan pizza dominos..
xsuka pizza hut sebab cepat muak..
makan sekeping jer dh kenyang..rugi..
dominos sedap..
mkn berkeping2 pon xmuak lg..
tp mushrum sup pizza hut tak leh tanding lar..

al-kisahnyer ari tue mama order lar dominos kt umah mak ngah kt bandar Tasik Selatan
Order dalam kol 8...mse tue Aqil demam so tido sne..
mse dok Kajang lg..
Order dalam jam 8.00 malam..
sementara tgu abah blk kje kol 11 mlm..
bese dlm 1/2 jam smpi..
tunggu punyer tunggu xsmpi2 lg..
tepon lar semula..
rupanyer ada mslh server down..

so dia ckp nnt pizza smpi xperlu bayar ape2..
siap dpt kupon free pizza sbb lambat..
kalo skjp xpe tp ini dkt 2 jam..kol 10 lbey br dpt..
mama order mse tue RM79++..kira dkt RM80 lar..
ngan chickn wings lg..
mcm2 lg..
dh mmg rejeki nk dpt free..

dh licin..lama sgt tgu pizza free..
mama suka supe supreme ngan meat mania..
xtra cheese..
sorry..we were late..
so dpt pizza free..
tp ntah kt mne anakanda ltk kupon nie..
hilang sudah..xdk rejeki..

gaji ari tue rse nk mkn pizza..
order 2 regular padahal 2 org jer mkn..
tp jgn xpercaya..
even abah ngan mama jer mkn, abes jgk..
itu pon buat breakfast esoknya..
mama order,abah bayar..
kali nie dominos tak lmbt dh..
on time lak tue..
mayb dkt jer..
dominos kt pasar presint 8 tu jer..
ekoran abah malas nak g beli..
so delivery je lar..
hmm..kali nie super supreme n xtravaganza..
mama bese order classic hand tossed utk crust..
sbb xdk lar kering sgt..
dh sejuk pon xdp lg nk mkn..
kali nie ader crust baru..

extreme edge..
lebey lg mozzarella cheese..
yummy..
add on lar breadstix..
bg anakanda..
yezzaa....ini lar extreme edge..
mmg memikat habess..
terasa mozzarella cheese tue dikunyah dan ditelan..
hmmm...sedapp..

senang jer..kalo lapo..tepon jer 1-300-888-333
tgu 30 minit,order anda akan sampai..


Tuesday 10 July 2012

Memborong di My Dear Warehouse Sales



My Dear buat Warehouse sales lagi buat kali keduanya tahun nie..
last sales mama tak sempat pegi..
so kali nie mama dah book abah awl2..
mama nak pegi jgk cmne pon..

Hajat nak g hari Khamis (28 Jun 2012) first day tp tak sempat..
Abah ckp pergi hari Sabtu (30 Jun 2012) je lar..
kebetulan abah off day..

Pergi amik cik su kat Puchong n terus ke gudang My Dear..
mama malas pegi ari cuti takot ramai org..
so far ramai jgk org tp ttp blh rebut2..

tgk nasib lar..kalo brg display dia akan jual murah lebih 70% dr harga asal..
tp kne cek jgk msh dlm good condition atau tak..

so masuk2 jer mama terus ke bahagian stroller..
coz mama mmg niat dh nak belikan stroller utk baby Humairah..
mcm2 jenis ada dr harga serendah RM50 hingga RM150..

berebut2 mama ngan org akhirnya mama dpt stroller comei n kukuh binaannyer pd harga RM80..
harga asal dalam RM180++ tak cilap..
hanya satu barang pada satu harga..
bla jumpa terus grab kalo tak nanti org laen amik..



abah lak borong kete control utk aqil..
tapi abah yg maen..hu~~
Tak sabar Mak Su nak tunggu Humairah naek stroller..

Mcm2 brg pada harga yang rendah..
jualan nie besenyer 3x setahun..
kalau barang baru dpt kot diskaun dr 30% hingga 50%..
memang berbaloi utk bakal2 ibu, ibu baru or ibu lama..hik!! 
dtg grab brg kat sini..

stroller,walker,car seat, bouncer, baby carrier, baby cot, toys, safety gate n byk lg..
pd harga yg lbh murah dr harga biasa..
tp hanya utk 11 hari jer..
tp pd pndpt mama, kalo nk beli baju better kt Shoping Mall or GM..
sebab harga lebih kurang jer..
tapi sales dh abes lar kelmarin..
sama tarikh ngan Floria Putrajaya 2012..
mama ingat nak pergi lg ahad lepas tp balik kg..
tak sempat nak jenguk ke sana semula..

mama terliur kolam budak RM40 jer..boleh lar setakat Aqil nak berendam dlm bilik air mama n abah..
kalo bilik air Aqil tak muat..hu~~

Haa..ini baby Humairah Mak Su..
cepat besar erk syg..
nnt blh abg Aqil tolak dlm stroller..


Beli Barang dapur di Tesco



Last week lepas anakanda baik demam kuar beli barang dapur n rumah di Tesco kajang..
sajer nak try kat Tesco lak nak tahu ok ke tak..
b4 nie bese ke Mydin n Giant jer..
kat Giant pon blh tahan..
simple brg msk bonet pon xsmpi sprh lbh RM300..

so try kt Tesco..
lebih kurang jer..
tp ada bbrpa barang Tesco mrh dr Giant..
tp xdklak spesifik brg sbb ari tue juz tuju brg yg nak amk jer..
Hyee...sy ready nak g jenjalan dh nie..
saja letak dlm basikal dulu sebab aqil dok ngamok tak sabar nak kuar rumah..
kalo kuar shoping mall mama prefer bwk stroller dr basikal..
coz sng Aqil nak baring n tido nanti..
kalo mama jalan kat Shoping Mall kan lama..
takot Aqil bosan..

kalau pegi taman or pasar malam br bawak basikal Duck Duck nie..hu~~
steady Aqil makan biskut sulam air masak..hik~~
umpan nak soh dok diam dalam kereta..
mama malas buat turun car seat..
hik!sbb dekat jer pon nak pegi..
sekejap jer dok dlm stroller dah ngamok..
last2 msk dlm troli..senang..
berlagak nak berdiri cam budak2 lain..
siap jumpa kawan lagi tue..

budak pompuan umur 4 tahun sgt petah..
cakap Aqil comel n nakal..hu~~
kelakar..
ini lar cayunk bucuk mama..
mama love aqil so much..


Shoping Terapi Demam


Yang demamnya anakanda..
last week dia demam lama smpi 9 hari..
pegi KK Presint 9 amik darah n ubat tp still tak elok..
doc ckp jangkitan kuman..
bila anakanda start muntah beberapa hari kemudian,abah n mama gelabah..
bwk ke Pusrawi, amik darah lagi..
n doc refer ke Hosp Putrajaya utk warded..

smpi kecemasan Putrajaya dia mskkn ubat bontot..
n tunggu doc..
jumpa doc n cakap it's a normal case..
in fact baby kalo kne tonsil mmg akan demam lama..

lorhh..anak mama kne tonsil lg..
so selagi bengkak tonsil tak hlg, selagi tue lar demam..
but doc bg antibiotik yg dose dia lg tgi kot..
amik 7 hari..
alhamdulillah anakanda skg dah senang nak makan ubat..

Bila anakanda dan beransur sihat,mama n abah bwk kuar lar..
terapi..(utk mama sbblama tak kuar coz anakanda demam)..hik!!

Lepas maghrib kuar Alamanda..
pusing2 jer..
hajat nak cr Big Apple jer..

anakanda teruja naek moto besar..
sampai tak mau turun..
Anakanda dapat topi, baju n botol..
nak try beli botol yg ada pemegang tepi..
tapi beli saje jer, sebab tak blh guna..
tak blh ttp rapat, susu keluar..
anakanda dh teruja nak guna tp xlh..
so membazir jer..simpan dlm almari..
Mekasih hubbyku syg..
ini hadiah anniversary lg??
woww..bestnyer setiap bln blh tuntut adiah..hik!

anakanda first rasmi n try mama punyer handbag..
suka sgt die menggeledah..
Pusing sekejap jer Alamanda dh dpt kutip byk mende..
hajat nak cr Big Apple..
haa..mcm2 apple mama angkut..hik!

xcited dpt baby gurl..mcm2 ler mama nak beli..
ini blm msk beli dress lg nie..hik!



Mari Menonton Karoot Komedia X


Mama pon tak sedar sejak bila anakanda minat sangat dengar Dikir Barat..
memang Kelantanese Boy betol..
tak dek orang ajar2 pon..

Mula Aqil suka tengok Karoot Komedia jer..
bila abes rancangan tue dowg sambung buat Karoot KOmedia X lak..
pantang dgr iklan tue, dr dapur or tgh maen kat bilik merangkak laju ke depan tv..
sambil tangan bertepuk tanda berdikir barat ler tue..

even tgh makan pon blh blah sekejap sbb nak dgr orang dikir..
budak dia pandai sendiri..

setiap kali azan mama ngan abah akan suruh diam sambil tangan buat isyarat dian (jari telunjuk kat mulut) dan bunyi Syhhhhh...
anakanda dgn sendiri pandai..
setiap kali azan duduk diam n lepas azan tadah tangan baca doa..
aminn..semoga anakanda jadi anak yg Soleh..aminn..

bab muzik lak pantang dengar lagu..nasyid ker, rock ker..semua joget..
keletah anakanda menghiburkan hati mama n abah..
tunggu Karoot Komedia X..
duduk dalam Ultraman..
macam2 lar anakanda sorg nie..
Ok...siaran dah mula..
tepuk tangan bila tgk 'awak-awak' tepuk tangan..
agak2 anakanda bosan dalam rumah mama kne lar pujuk..
tolak2 Duck Duck dia dalam rumah..
ye lar..seharian tak kuar rumah,kadang Aqil mengamok kebosanan..
minta bwk g jalan ler tue..

Lelaki amuk guna pedang samurai di JPM ditembak

9 Julai 2012 (Isnin)

Dengar gempak kn..
tp keadaannyer lg gempak..
buat aku kelam kabut..dah ler hujan ptg tue..
tiba2 bos mintak kompomkan  tentang sebaran maklumat mengatakan pasangan lelaki dan wanita ditembak ketika mengamuk cuba ceroboh Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya..

Apa lagi..ku terus minta hubby confirmkan maklumat..
sebab tak pernah lg Putrajaya kecoh begini..
mana lar tau simulasi jer kot..

so hubby confirmkan kejadian sah!!hahaha..
bermula lar kisahku yg tak cukup kakitangan..
anakanda di rumah BS menagih minta di pick-up..
mujur hubby msk keje malam so ajak dia ke balai..
pada asalnya nak amik gambar jer..
sampai sana dpt tau dr kwn hubby ader Press Conference(PC)

Kutinggalkan anakanda di dalam kereta bwh jagaan hubby sementara ku hadiri PC dengan memakai seliper jepun sebab hajat nak amik anak pas2 singgah Alamanda beli Big Apple tapi cancel..hu!!

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid buat PC..
mama ngan seliper jepun terus meluru msk meeting rum balai..
skali PC dh abes lar..

Mujur lar Bernama TV smpi lmbt jgk..
so memaksa OCPD buat PC skali lg..hik~~

siap ada byline..hik!!!!kredit to abah sebab bantu mama..

Berdasarkan siasatan awal polis, lelaki bersenjatakan pedang samurai tue penganggur dan mengaku dirinya 'Imam Mahadi' mengikut keterangan isterinya yang hadir bantu siasatan..

Suspek perempuan tue lak takdek sebarang hubungan ngan lelaki berkenaan dan baru seminggu mengenali suspek berdasarkan keterangan suaminya yang hadir bantu siasatan..
Perempuan tue x-student UIAM umur 28 tahun dan penganggur..

Haisshh..mcm2 dunia nie..apabila manusia bertindak tidak melalui akal yg waras..Wallahualam...

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang apabila suspek lelaki dan wanita ini cuba menceroboh masuk ke Kompleks B, JPM dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai..

dihalang oleh polis bantuan yang jaga pos tp dihunuskan pedang di leher..
polis bantuan tersebut terpaksa melepaskan masuk..

Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan, 2 mengenai suspek lelaki dan 1 mengenai suspek wanita ekoran keadaan kecoh dan tidak terkawal apabila proses memujuk suspek gagal malah suspek turut bertindak menyerang anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dan Cawangan Unit Peronda (MPV) dan merosakkan dua kenderaan polis dengan menetak cermin hadapan kereta polis guna pedang samurai..
Tindakan pantas dan cekap polis berjaya mengawal keadaan bagi mengelakkan suspek mencederakan orang awam juga kakitangan JPM yg ader di situ..
kedua-dua suspek dibawa keluar kira-kira jam 4.00 petang untuk menerima rawatan di Hospital Putrajaya..
bagaimanapun suspek lelaki berkenaan dilaporkan meninggal dunia di hospital.

Mencabar kerjaya sebagai polis nie..risiko ada di mana-mana..
semoga suamiku dan rakan sekerjanya dilindungi oleh-Nya dalam melaksanakan tugas untuk negara dan bangsa..aminn..

Keadaan salah sebuah kenderaan yang dirosakkan suspek selepas menceroboh masuk ke JPM..
Kenderaan milik kakitangan di JPM..
dua kenderaan milik orang awam juga kakitangan JPM dirosakkan manakala dua kenderaan waja milik polis turut rosak..