Wednesday 28 March 2012

Telur separuh masak

Test..test..123..mama try test post dr tab mama..
last week sibuk uruskan p'pndhn tmpt checkup putera..
pegi presint 3 ngan 11 tp kt sne khas utk yg ddk p10,p11,p14,p15..

so utk kter p8 kne g klinik presint 9..
1st day pg tkr almt n dptkn trkh apptmnt..
next day g checkup utk 10 bln even time tue aqil dh 11 bln..
so amik trkh utk cck sthn terus..

nurse soh bg aqil mkn telor nk tgk alergik ke tak..
kbtln klinik dkt ngan mamak so kter sgh breakfast kt situ..
abah order telor sprh msk utk aqil..


mama xsuka telor sprh msk..
so mama tkg suap je lar..

Wednesday 21 March 2012

MasyaAllah..kena khianat??

MasyaAllah..kita rasa kita hidup dah selesa dalam negara yang aman,masyarakat yang bertolak ansur namun masih wujud beberapa golongan yang ketinggalan zaman..low minded..

Konon duduk di kawasan elit lar..style nak apartment tp minded setinggan sangat..

Al-kisahnyer begini..Ahad lepas(19 Mac 2012) lepas buat tinjauan banjir di Hulu Langat, saya park kereta Sinar Harian tue seperti biasa di belakang Blok Teratai D3 dan C3..so far sblm nie tiada masalah..

Selepas kereta saya dpt notis alihkan akibat parking di depan tangga blok kami, so saya dh lebih sebulan alih ke belakang blok..

so far pihak JMB pon dimaklumkan malah tiada sebarang aduan..pihak JMB pon cakap tak dek mslh park kt blkg tue..

Nak dijadikan cerita, tengahari tadi selepas bwk putera ke klinik n hantar ke rumah Mak Ngah, sy nak keluar kerja seperti biasa..

Terkejut saat melibat wiper dan bengkok/tercacak jer tak boleh nak turunkan dah..Tepon hubby n die soh buat repot kebetulan mmg sy nak ke balai..

masa nak naik kereta baru sy perasan side mirror sebelah kanan turut dipecahkan..sy hangin dan panas lar..mtk hubby temankan ke balai..sedey tau..

kereta tue lar modal sy cr makan tapi dikhianati org..ape salah saya dan kereta tue..kalau tak puas hati, kenapa???tak boleh cakap elok2 ker??tuhan bagi mulut kan soh cakap..

bukan suruh cakap guna kaki..ini lar akibatnya sampai pecah abes side mirror org..saya mmg tak terkata..tepon bos nanges2..kecewa sgt..tepon OCPD,die ckp mungkin org xpuas hati..sy pon tak pasti dengan syarikat sy or sy sdri..

Kalau cakap baik2 sy blh terima tapi bila melibatkan kerugian dan emosi sy,mmg sy rasa melampau..sy tak tak blh terima tekanan cmnie...ganggu prestasi kerja sy..

mujurlah twrn kuarters di Putrajaya tue smpi tepat pd masa dan ketikanya..esok kalau sempat setel urusan api dan air, blh terus amik kunci..kemas ape yg patut dan pindahh..

Semoga insan yang membuat dajal kepada keretaku itu mendapat hidayah-Nya..insaf dan cuba bertoleransi/tolak ansur/komunikasi dgn baik..

ingatkan kerja budak2 nakal tlg angkat wiper,skali bengkokkan besi..kuat tue kudrat,bkn kerja budak2 nie..

side mirror pon kne pecah..keji betol perangai..

biasa parking nie mmg sederet penuh ngan kereta kedua..tapi dh tengahari kn,kete sy jer ader..hu~~so far mmg xamik parking org sbb ini free parking..grr..mental problem betol di pengkhianat itu..

Monday 19 March 2012

Sebak Dengar Kisah Hero..

Sebelum nie mama hanya dengar kisah kucing bernama Hero dari blog http://kakimotong.blogspot.com/ dan juga majalah Mastika, liputan akhbar..

Namun semalam Mama berpeluang jumpa dengan Hero yang sangat bertuah ini..bila diimbas kembali, mama sebak baca kisah Hero..

Hero dijumpai oleh Papa Hero (PH) masa tue berlumuran darah dipercayai angkara kekejaman manusia yang sanggup potong kaki depan Hero..

Mujur ada yang sanggup bantu Hero..tahniah kepada Papa Hero yang terus memperjuangkan hak haiwan ini yang berhak menikmati kehidupan yang baik..

Papa Hero terus menentang kekejaman terhadap haiwan dan percaya setiap haiwa yang kita selamatkan membawa rezeki kepada tuannya..

InsyaAllah..semoga terus murah rezeki mereka yang memelihara haiwan ini daripada terus menjadi mangsa kekejaman manusia..

Me n Hero..masa ditemui Hero umur 4 bulan..skrg dh almost 7 years PH jaga Hero..
Berebut bila PH angkat bekas makanan tue..sekarang kat rumah PH tue ada lebih 25 ekor kucing jalanan yang dijaga dan juga utk free adoption..

Tujuan PH buat free adoption untuk 'Rehome' si comel jalanan ini semua kerana mereka juga berhak disayangi kan..sokong usaha PH nie..

memberikan perlindungan kepada haiwan yang memerlukan serta mengelak daripada terus menjadi mangsa kekejaman manusia.

Hero berusaha/mencuba capai tangan PH sebab ada makanan..aktif even serba kurang..
Hero manja ngan adik-beradiknya yang lain..

dedicated this song to Hero..

Namun Ku Punya Hati 

Senyum ku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mata ku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gaya ku perasaan
Hidup ku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan manja
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua

Hero mungkin tidak secergas dulu..namun Hero mengingatkan kita semua kepada hak mereka (haiwan) untuk sama-sama hidup di bumi Allah ini..

Mari kita sama-sama Fight Animal Cruelty..

Pindah Rumah Lagi

Hilang mood nak mencoret kt blog bila tak blh share ke fb pas2 kalau blh pon tak kuar pic..tp aper..blog nie pon dh mcm diari mama dh..

last week abah dpt tau yg permohonan kuarters lulus..kami mohon Jan 2011 lagi dan Februari 2012 baru lulus..tapi xper lar..at least dpt..

penat berpindah Dec 2011 ke kajang rasa belum abes lagi..nie kami bakal berpindah ke Putrajaya plak..

tapi mama rasa ini mungkin yang terbaik utk kami sekeluarga.mama akan cuba cari pengasuh dekat dengan rumah kiter at least mama ngan Aqil tak perlu travel everyday tempuh jem..

perjalanan 1/2 jam kalau jem blh smpi 40 minit kalau teruk sejam pon ader..Aqil dh menanges2 duduk atas baby seat.

Perjalanan pergi dan balik untuk hantar Aqil ke rumah Mak Ngah bukan sahaja melibatkan masa dan minyak malah turut perlu tempuh tol RM5.20 pergi dan balik.mama topup Touch 'n' Go RM50 bertahan hanya 9 hari..minyak kereta tak payah kira lar..sebulan mama spent lebih dari rm450 untuk minyak sahaja.

BUkan kedekut tapi kita perlu ambil langkah berjimat sayang..bukan juga berkira malah mama tak pernah berkira pon dengan sayang..tapi kita perlu berbelanja secara berhemah.

Mama harap dengan perpindahan ke Putrajaya nie perbelanjaan lebih jimat kot.kalau jumpa pengasuh dekat dengan rumah,blh cut cost sket n kita pon ada masa kualiti bersama.

Lagipun Aqil tak dek lar penat sgt hari2 naek kereta..membesor atas kete jer.

biar lar mama jauh sket berulang ke tempat kerja asalkan Aqil selesa..abah memang dekat lar nak g keje kalau kita pindah Putrajaya nanti.so kita akan ada lebih masa rehat.

Ehh..bas Nadi Putra..bayar 50 sen blh pusing Putrajaya..menggamit memori betol..bas nie lar menjadi kenaikan wajib mama ulang alik pegi keje Alamanda masa mama keje kat sana Nov 2005-April 2006..sampai lar mama diterima masuk UiTM Shah Alam.

Haa..yg depan tu blok yang bakal kita pindah nanti syg..Blok B..Jalan P8G, Parcel 8R2..Presint 8..dekat ngan pasar,bank,shell..

Paling penting dekat ngan tapak Pasar Tani n Pasar Malam Putrajaya kat Laman 1 Malaysia tue..biasa ape2 even pon kat situ so next year kalo pesta belon kita jalan kaki jer sayang..hik~~

Jambatan Seri Wawasan pon dekat..so far segalanya dekat lar.pas2 ada gelanggang futsal sebelah blok jer..blh lar abah exercise kan syg..hik~~

ada basement parking lak tue..kira ok lar kan..kita duduk sampai abah pencen..hahaha..nanti dah pencen, kita balik duduk Pahang.


Tuesday 6 March 2012

Buah-Buahan Nadir

Pertama kali mendengar istilah buah-buahan Nadir aku agak confius namun setelah dijelaskan gelaran ini adalah merujuk kepada buah-buahan yang semakin jarang ditemui antaranya buah-buah hutan..

Kebetulan ketika pelancaran Karnival WOW! Putrajaya 2012, kami rombongan media dibawa melawat ke seluruh karnival.Ada lebih 200 peniaga dan peserta.Pelbagai acara termasuklah pameran kebudayaan daripada lebih 5 negara termasuklah Korea, German, Afrika,Indonesia dsg.

Antara yang menarik ada Pelancaran Aborikultur & Buku Panduan Hortikultur Master Gardener Putrajaya 2012 di mana Perbadanan Putrajaya (PPj) memperkenalkan Program Master Gardener bagi menggalakkan orang ramai menghijaukan Putrajaya termasuk di taman-taman awam, persekitaran pejabat kerajaan dan kawasan perumahan penduduk. 

Ketika kami singgah di booth Master Gardener Mega apa yang menarik perhatian kami adalah puluhan buah-buahan Nadir yang dipamerkan dan antaranya semakin susah untuk didapati kini.

Rombongan media bersama Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman ketika melawat ke booth Master Gardener di Karnival WOW! Putrajaya 2012 baru-baru ini.

Haa..bagi siapa yang pernah membesar di kawasan kampung pasti mengenali buah ini..Buah Kerkup..buah ini perlu digentel menggunakan kedua-dua belah tapak tangan dahulu sebelum dimakan..rasanya manis seperti buah Ceri.
Teringat waktu sekolah rendah dulu, selalu lalu jalan pintas untuk ke sekolah agama sebab belakang rumah makcik tue ada pokok kerkuk.

Ini pulak buah Nona.biasa saya jumpa yang belah kiri tue..saiznya lebih kecil.Rasanya manis dan sedap lar.

Markisa.Sekarang dah dikomersialkan menjadi jus malah sekarang air Yogurt Nestle pon ader perisa Markisa.sedap..tak silap saya ini pon antara buahan-buahan hutan sebelum sekarang dikomersilakan dan ramai menjadikan ini antara tanaman untuk pasaran tempatan.
seingat saya pakcik berhampiran rumah ibu pernah bagi buah nie.pakcik tue memang selalu masuk hutan.rasanya agak masam n ada biji2 kecil dalam macam buah Delima.

Ini baru lar buah Melaka..hik~~bukan kuih jer ada nama buah Melaka.ini ori punyer..

Ini buah Berangan kalau saya panggil lar.kat kampung banyak lar sebab nie buah-buahan hutan.rasanya lemak2.biasa kalau orang tua2 tahu cara nak masak.seingat saya dogoreng dalam pasir.
Sekarang dah dikomersial jugak.kat pasaraya besar pon banyak tapi saiz buah tue agak besar.saya rasa itu buah yang diimport dan bukan buah Berangan tempatan dari hasil hutan di sini.
Kalau kat belakang R&R Genting Sempah berderet orang berniaga buah Berangan nie..boleh beli kalau nak rasa.lemak2 manis rasanya dan enak dimakan masa tengah panas.

Menurut Pembantu Pertanian kat situ, ini buah Jentik kalau tak salah saya.rasanya agak masam.

Buah Keriat.kat sebelah rumah nenek kat Terengganu ada.menurut Pembantu Pertanian tue,buah nie banyak kat belah Pantai Timur terutamanya Terengganu,.rasanya agak masam.

Ini namanya buah Asam Kandis yang apabila siap diproses menjadi asam keping yang digunakan dalam masakan tue.

Buah Johor..first time rasa buah nie.rasanya manis dan seakan2 buah Kerkuk sket.

Buah Mertega.tak pernah rasa tapi ada sebut Mentega.saya pon tak pasti.

Setakat nie, ini sajelah yang sempat saya rakamkan sebab masa tue mengejar rombongan melawat ke booth2 lain lak.nak patah tumit kaki pakai wedges kejar Tan Sri..kelass Maria kann..

Sunday 4 March 2012

Parking Oh Parking

Rasanya dah lebih dua bulan kami menetap kat Apartment Teratai, Taman Sutera, Kajang malah masa mula-mula kami masuk rumah nie kami ada hubungi Timbalan Pengerusi blok maklumkan yang kereta cop rasmi Sinar Harian tue kepunyaan kami...

So tak der lar mereka musykil bila selalu tengok kancil merah masuk kawasan apartment nie..takot ada yang tak selesa..ye lar,ada sesetengah orang memang tak selesa ngan orang media..ntah kenapa..alergic kot..hu~~

so far tak dek masalah malah sebelum nie pernah borak ngan abang yang duduk satu blok tanya nak parking kt depan blok nie,dia cakap tak dek masalah as long tak block kereta orang lain.

At first Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartment nie kuatkuasakan kereta kedua/pendua tidak dibenarkan masuk kawasan apartment bermula Feb 2012.so kena parking luar tp at last dowang benarkan kereta kedua masuk tapi kereta ketiga dan kereta pelawat perlu parking di luar kawasan.

Tapi apa yang melecehkan bila ada sedare mara datang melawat,kawan datang bertandang..itu yang jadi masalah..pihak pemaju apaker cerdik sangat ker..masa pelan pembangunan takkan tak dek guest parking..haisshh..

11 February sebelum nie ada pihak mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja meletakkan kon kat depan blok..tempat biasa kereta Sinar Harian park..pada fikiranku mayb JMB tak benarkan parking kat situ atas aduan penduduk.


So aku akur dan kebetulan kereta persendirian kami hubby guna pergi kerja so aku masuk parking yang disediakan untuk setiap rumah.1 rumah 1 parking..1 Malaysia sungguh kannn...

Kebetulan aku pergi kat security n tanya ada aduan tak yang diterima mereka si kancil merah Sinar Harian park kt blok tue..mereka maklum tiada so far kerana kereta kedua telah dibenarkan masuk kawasan apartment.boleh parking di mana-mana as long tak ambil parking orang dan tidak block kenderaan lain.

Lepas tue seperti biasa aku parking di situ dengan aman dan sehinggalah hari ini ketika hubby nak keluar beli breakfast ada satu nota dilekatkan di cermin hadapan kereta.

sungguh budiman,berhemah cara mereka..mengapa tidak dimaklumkan kepada pihak JMB so mereka boleh maklumkan kepada aku terus so aku tahu apa yang aku lakukan adalah mengganggu.

Duduk apartment tapi pemikiran konon duduk banglo or rumah teres.jika mereka betul2 mahukan privacy tanah hadapan kediaman dowg,they should buy a terrace house or bungalow not apartment.

Tapi tak pe..kami nak tunggu until orang datang ketuk pintu rumah, baru nak terima..hu~~degil tak kami sebab kami merasakan tak salah..yang salah JMB coz bg1 jer parking.kalo yg ada 2 kete cmne?kalo ada 3 kereta cmne?skrg adlh normal memiliki lbh dr 1 kereta coz suami isteri kerja lain2 tempat so perlu ada 2 kereta..hu~~

yang lagi memelikkan bila blok kami jer tak dek parking motosikal..blok laen ada..nak kata aku halang dan menyusahkan orang nak park motosikal kat sini,tak kot..motosikal kan senang nak cilok..hu~~

or maybe orang yang petak parking dia tepi parking motosikal nie susah nak masuk parking(that's mean dia tak terror or lesen beli..hahaha)..sebab setakat nie ok jer..menyampahh..grrr...

nanti nak request buat parking atas rumah lar...hu~~