Tuesday 6 March 2012

Buah-Buahan Nadir

Pertama kali mendengar istilah buah-buahan Nadir aku agak confius namun setelah dijelaskan gelaran ini adalah merujuk kepada buah-buahan yang semakin jarang ditemui antaranya buah-buah hutan..

Kebetulan ketika pelancaran Karnival WOW! Putrajaya 2012, kami rombongan media dibawa melawat ke seluruh karnival.Ada lebih 200 peniaga dan peserta.Pelbagai acara termasuklah pameran kebudayaan daripada lebih 5 negara termasuklah Korea, German, Afrika,Indonesia dsg.

Antara yang menarik ada Pelancaran Aborikultur & Buku Panduan Hortikultur Master Gardener Putrajaya 2012 di mana Perbadanan Putrajaya (PPj) memperkenalkan Program Master Gardener bagi menggalakkan orang ramai menghijaukan Putrajaya termasuk di taman-taman awam, persekitaran pejabat kerajaan dan kawasan perumahan penduduk. 

Ketika kami singgah di booth Master Gardener Mega apa yang menarik perhatian kami adalah puluhan buah-buahan Nadir yang dipamerkan dan antaranya semakin susah untuk didapati kini.

Rombongan media bersama Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman ketika melawat ke booth Master Gardener di Karnival WOW! Putrajaya 2012 baru-baru ini.

Haa..bagi siapa yang pernah membesar di kawasan kampung pasti mengenali buah ini..Buah Kerkup..buah ini perlu digentel menggunakan kedua-dua belah tapak tangan dahulu sebelum dimakan..rasanya manis seperti buah Ceri.
Teringat waktu sekolah rendah dulu, selalu lalu jalan pintas untuk ke sekolah agama sebab belakang rumah makcik tue ada pokok kerkuk.

Ini pulak buah Nona.biasa saya jumpa yang belah kiri tue..saiznya lebih kecil.Rasanya manis dan sedap lar.

Markisa.Sekarang dah dikomersialkan menjadi jus malah sekarang air Yogurt Nestle pon ader perisa Markisa.sedap..tak silap saya ini pon antara buahan-buahan hutan sebelum sekarang dikomersilakan dan ramai menjadikan ini antara tanaman untuk pasaran tempatan.
seingat saya pakcik berhampiran rumah ibu pernah bagi buah nie.pakcik tue memang selalu masuk hutan.rasanya agak masam n ada biji2 kecil dalam macam buah Delima.

Ini baru lar buah Melaka..hik~~bukan kuih jer ada nama buah Melaka.ini ori punyer..

Ini buah Berangan kalau saya panggil lar.kat kampung banyak lar sebab nie buah-buahan hutan.rasanya lemak2.biasa kalau orang tua2 tahu cara nak masak.seingat saya dogoreng dalam pasir.
Sekarang dah dikomersial jugak.kat pasaraya besar pon banyak tapi saiz buah tue agak besar.saya rasa itu buah yang diimport dan bukan buah Berangan tempatan dari hasil hutan di sini.
Kalau kat belakang R&R Genting Sempah berderet orang berniaga buah Berangan nie..boleh beli kalau nak rasa.lemak2 manis rasanya dan enak dimakan masa tengah panas.

Menurut Pembantu Pertanian kat situ, ini buah Jentik kalau tak salah saya.rasanya agak masam.

Buah Keriat.kat sebelah rumah nenek kat Terengganu ada.menurut Pembantu Pertanian tue,buah nie banyak kat belah Pantai Timur terutamanya Terengganu,.rasanya agak masam.

Ini namanya buah Asam Kandis yang apabila siap diproses menjadi asam keping yang digunakan dalam masakan tue.

Buah Johor..first time rasa buah nie.rasanya manis dan seakan2 buah Kerkuk sket.

Buah Mertega.tak pernah rasa tapi ada sebut Mentega.saya pon tak pasti.

Setakat nie, ini sajelah yang sempat saya rakamkan sebab masa tue mengejar rombongan melawat ke booth2 lain lak.nak patah tumit kaki pakai wedges kejar Tan Sri..kelass Maria kann..

No comments:

Post a Comment