Saturday 14 July 2012

Diving With Syabas at Tasik Putrajaya



13 Julai 2012(Jumaat)


Selepas selesai asignment MCA Bahagian Serdang cover Elephant Man n Elephant Lady ku terus bergegas pulang untuk siapkan story ini dahulu


Sebab jam 3.00 petang ada satu lagi asignment: Pemeriksaan Jajaran Paip SYABAS di Dasar Tasik Putrajaya..berkumpu di Balai Polis Marin Putrajaya, sebelah Kelab Tasik Putrajaya.


Kebetulan hari nie hubbyku off so dapat temanku untuk melaksanakan tugas merangkap photograferku..hik~~mekasih sayangku.


Rupanya diver Syabas dah berkampung masuk hari ketiga kat Tasik Putrajaya nie sebab nak cek samada ada kebocoran atau tak kat jajaran paip dasar tasik nie..


bukan kerja senang dan hanya pakar jer dapat lakukannya sebab kadangkala even bubble kuar kat jajaran paip tue blm tentu paip tue bocor..perlu cek betol2..


sedikit petikan storyku:



PUTRAJAYA-Syabas buat kali ketiga melaksanakan pemeriksaan selepas 2008, 2010 ke atas dua jajaran paip jenis mildsteel berukuran 1,800milimeter serta satu jajaran paip 1,600 milimeter merentasi Tasik Putrajaya sepanjang 3.76 kilometer.
=====================================================
Menurutnya, ketiga jajaran paip ini menyalurkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Semenyih kepada kira-kira 400,000 unit kediaman di 194 kawasan di Putrajaya, Sepang,KLIA, Kuala Langat dan sebahagian kawasan Petaling.
=======================================
Ini kalau ada bocor yang serius,naya rumah aku pon tak dek air..sebab kapasiti agihan air dari jajaran paip nie luas..

sampai jer bot pertama sampai so mereka nak bawa photografer dulu ke lokasi diving untuk amik gambar n hubby follow lar..dia dh cakap awal takot mabok melambung2 nanti..

So kami tunggu giliran bot kedua tapi memandangkan keadaan dah suntuk n dah petang kami decide xperlu pergi tempat diving tue sebab kami juz nak tulis berita jer..jurufoto dah pergi itu pon dah cukup.apa yang lebih penting adalah Press Conference (PC) ok..

Hubby sampai kat jeti dah pening2..hu~~~
Pemandangan Masjid Putra dari pangkalan Balai Polis Marin Putrajaya yang sempat di snap hubby masa naik bot..
Lapan anggota unit penyelam Syabas yang terlatih telah membuat selaman ke dasar Tasik Putrajaya memasuki hari ketiga hari ini bagi mengesan sebarang kebocoran dan kerosakan paip menerusi kaedah menandakan lokasi penemuan kerosakan menggunakan pemberat dan pelampung.






No comments:

Post a Comment