Friday 14 October 2011

MeWaH DeNgaN SeNi BuDaYa

Hari ini seperti hari2 lain..mama bekerja seprti biasa cuma tidak dapat penuhi semua jemputan.mama terpaksa tolak jemputan ke Majlis Penyerahan Bantuan kepada OKU dan Orang Miskin oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Peneroka Bandar Jengka sebab penuhi jemputan ke Program Perkongsian Ilmu Kebudayaan Malaysia dan Perasmian Galeri Warisan anjuran Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Jempol, Maran, Pahang.

Majlis dengan moto "Warisi Warisan Cintai Khazanah Alam" ini cukup meriah dengan penglibatan pelajar pelbagai kaum yang mempersembahkan seni tarian. Pelbagai booth dibuka untuk pameran seperti booth sains dan matematik, booth ayam serama, booth badan beruniform, booth songket dan tenunan, booth kuih tradisional, booth adat istiadat melayu dan pelbagai lagi.

Tahniah kepada penganjur atas inisiatif menganjurkan majlis meriah sebegini dan usaha mereka memelihara seni warisan untuk tatapan generasi akan datang wajar dicontohi dan dipuji.

Persembahan tarian kaum cina dari pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Jerik.

Persembahan tarian kaum india dari pelajar sekolah SJK (C) Sg Jerik..


 Lagi tarian kaum cina yang dipersembahkan..mama t'lambat utk tgk persembahan tarian joget pahang dari pelajar melayu SKUJ..


                                    Pelajar yang juga penari bergambar bersama tetamu kehormat.

Selain tarian daripada pelbagai kaum yang disajikan, hadirin turut dapat menyaksikan demonstrasi permainan tradisional yang mungkin lagi tidak dimainkan oleh kanak-kanak zaman ini iaitu batu seremban, congkak. Malah kewujudan Galeri Warisan yang diisi dengan pelbagai barangan lama seperti periuk tembaga, seterika arang dan pelbagai lagi menggamit memori zaman silam malah dapat menjadi tatapan anak-anak generasi akan datang.



Pelawat yang hadir dapat menyaksikan barangan antik/barangan yang digunakan zaman dahulu.

Permainan batu seremban dan congkak mungkin lagi tidak dimainkan oleh kanak-kanak generasi kini.

Adat berendoi dan berzanji yang diamalkan kaum melayu sebagai tanda kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata.

Adat merenjis mawar kepada pasangan pengantin antara adat yang masih lagi diamalkan masyarakat melayu kini.


                                       Pengunjung turut dapat mencuba teknik mencanting batik.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsudin mencuba alat menenum songket sambil diperhatikan Ahli Parlimen Maran, datuk Ismail Abd Muttalib di majlis tersebut.

Syabas sekali lagi saya ucapkan untuk SKUJ kerana berjaya membawa kami pelawat mengimbas kembali kesusahan masyarakat zaman dahulu serta membuat kami bersyukur atas kemudahan yang kami nikmati hari ini.Masa beredar namun peredaran tersebut wajar dirakamkan untuk tontotan masa hadapan.

Semoga generasi kini dan akan datang lebih menghargai dan bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang dinikmati sekarang..sekian pena mama menulis..wassalam..

No comments:

Post a Comment