Sunday 30 October 2011

Moh Ler Ke Jengka

Salam dan bertemu kembali...


Jika ditanya apa ader di Jengka mama kadang2 memikirkan ape mercu tanda yang wajar untuk mama banggakan sebagai anak Jengka nie..bukan bermakna Jengka atau kini lebih dikenali Bandar Tun Abdul Razak Jengka tidak membangun cuma mungkin tidak sederas bandar laen..jika sebut Temerloh terkenal dengan ikan patinnyer..Maran dikenali Bandar Ayam Kampung..Pekan-Bandar Diraja..Rompin dengan Udang Galahnya..Jerantut dengan Taman Negara yang menarik untuk dilawati..sehari xckp nk teroka semuanya..Lipis dgn loghatnyer..Raub dgn Gulai Asam Rong..ape lg erk..Pahang mewah dgn warisan dan adat budaya masing2..

Ape lg daerah yg mama xsebut..tp mama masih berpikir2 aper yang mama ptt perkenalkan kpd org luar ttg kebanggaan dan mercu tanda Jengka..Jengka yang aman lg makmur..subur ladang sawit nan permai..bau asap kilang yg hitam..hik~~gurau ajer..


http://newzealandvillage.blogspot.com/2010/04/lagi-gambar-awal-nostalgia.html


blh tgk keadaan tanah rancangan masa mula2 penubuhan dulu tp sekarang Jengka pesat membangun..bangunan semakin rancak didirikan..malah tanggal 7 Julai 2011 Bandar Jengka  dinaiktaraf kepada bandar Tun Abdul Razak Jengka bersempana nama Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai pengasas tanah rancangan Felda juga bapa pembangunan Malaysia.


Dulu LKWJ kini MDM





Jengka dibuka secara rasmi pada 1967. Dalam tempoh tiga dekad (1967-1997), Jengka ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ). Setelah LKWJ dibubarkan pada 1997, Pentadbiran Jengka telah diserahkan kepada Majlis Daerah Maran (MDM) hingga ke hari ini.

Jengka ditubuhkan melalaui satu projek iaitu Segitiga Jengka oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Nama Segitiga Jengka digunakan dengan mengambil kira lokasi Jengka yang terletak diantara tiga daerah iaitu Temerloh, Maran dan Jerantut.

Jika berkunjung ke Bandar Tun Abdul Razak Jengka..

Kawasan Perbandaran Nadi Kota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka
Jika dahulu premis perniagaan seolah2 hidup segan mati tak mahu namun kini premis semakin maju malah bertambah menunjukkan kuasa beli penduduk Jengka semakin bertambah..faedah dapat dinikmati kedua2 pihak samada pembeli mahupon peniaga..sekarang turut wujud gerai mamak bagi yang suka masakan mamak, perkhidmatan perbankan, pejabat pos, terminal bas dan pelbagai lagi..

Terminal Nadi Kota sedang dinaiktaraf kepada Jengka Sentral
Jengka Sentral bakal ganti Terminal Nadi Kota


BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA – RM10 juta diumumkan Perdana Menteri untuk cadangan pembinaan Kompleks Pengangkutan Awam Bersepadu Bandar Tun Abdul Razak Jengka (Jengka Sentral) yang bakal menggantikan operasi Terminal Nadi Kota yang sedia ada kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail berkata, cadangan tersebut adalah untuk pembinaan semula juga menjadikan kawasan terminal berkenaan bukan semata-mata kawasan bas dan teksi sahaja.

Menurutnya, Jengka Sentral bakal menjalani transformasi menjadi hub perhubungan serta pusat match point di mana kawasan Jengka Sentral ini turut akan menjadi salah satu tumpuan aktiviti masyarakat di Bandar Jengka.

“Selain menjadi kawasan pengangkutan, pembangunan Jengka Sentral juga turut akan dijadikan kawasan tumpuan perniagaan, rekreasi dan rehat terutamanya untuk penumpang juga ahli masyarakat di sini.

“Cadangan pembinaan kompleks meliputi arkib, bazaar, gerai juga stesen teksi serta kaunter tiket bas malah turut dicadangkan untuk pembinaan pusat bowling bagi tujuan rekreasi,” katanya.

Wan Salman berkata, turut dicadangkan untuk diwujudkan gerai makanan segera (fast food), food court serta kemudahan wi-fi dan penghawa dingin untuk penumpang serta pengunjung kompleks berkenaan kelak.

“Pembinaan Jengka Sentral inbi turut bertujuan untuk membuka peluang perniagaan kepada masyarakat di sini terutamanya dan bukan semata-mata tertumpu kepada kemudahan pengangkutan tetapi turut membuka peluang kepada peniaga serta bakal mejadi tumpuan pengujung,” katanya kepada Sinar Harian.


Sumber: Sinar Harian Pahang

Apa lagi ada di Jengka???


1- Segitiga Jengka



Gugusan Jengka merupakan gugusan Felda terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran.

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 rancangan Felda yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25.

2 – Bandar Bumiputera

Dengan adanya tanah-tanah rancangan Felda ini, maka muncul sebuah bandar baru yang dikuasai 100 peratus oleh masyarakat Melayu iaitu Bandar Jengka.Bandar Jengka merupakan inspirasi mantan Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak untuk mewujudkan Bandar Bumiputera.

Bandar Jengka kini dikenali Bandar Tun Abdul Razak Jengka.


3- Bandar Tun Abdul Razak Jengka



Bandar Tun Abdul Razak Jengka dahulunya dikenali sebagai Bandar Pusat Jengka atau Bandar Jengka merupakan sebuah bandar utama dan menjadi pusat kepada Segitiga Jengka atau dikenali sebagai Felda Jengka.

Pada 7 Julai 2011 semasa Hari Peneroka 2011, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menamakan semula Bandar Jengka sebagai Bandar Tun Abdul Razak Jengka sempena memperingati jasa Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang merupakan pengasas Felda.

Bandar Jengka kini dikenali Bandar Tun Abdul Razak Jengka bakal membangun apabila turut menerima peruntukan bersepadu lebih RM250 juta oleh Perdana Menteri sempena pengisytiharan bandar tersebut baru-baru ini.

4- Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang kampus Jengka (Khazanah Alam)


Kerajaan Negeri Pahang telah menyediakan kawasan seluas 1,000 ekar di tepi Bandar Jengka untuk dijadikan kampus tetap UiTM Pahang.

Diikuti dengan kelulusan tersebut, Menteri Besar Pahang ketika itu yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyifatkan kelulusan itu sebagai usaha kerajaan negeri untuk menarik lebih banyak lagi pusat pengajian tinggi membuka cawangannya di Pahang untuk kemudahan pelajar-pelajar negeri ini.

Kini warga UiTM Pahang termasuklah para pelajarnya mencecah 10,000 orang dan turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi setempat.

5-Mercu View Resort

Salah satu kemudahan penginapan di Bandar TAR Jengka untuk kemudahan pengunjung
Mercu View Resort Bandar Jengka merupakan salah satu penginapan yang terdapat di bandar Jengka. Jaraknya dari Bandar Jengka adalah 1.5 kilometer sahaja. Hal ini memudahkan pengunjung yang berkunjung ke Jengka.

Antara kemudahan asas yang terdapat di Mercu View Resort ialah chalet, restoran dan trek jogging. Selain itu, terdapat juga beberapa motel di sekitar Bandar Jengka bagi pengunjung yang menyediakan bajet rendah.

6-Jengka Street (Pasar Panas)


Satu lagi tarikan utama Bandar Jengka ialah Jengka Street yang sering menjadi tumpuan para peniaga samada sekitar Jengka mahupun dari daerah terdekat juga luar dari Pahang.

Jengka Street merupakan pasar membeli belah yang menjual pelbagai barangan secara borong dan runcit, terutamanya kain, pakaian, tudung dan lain-lain barangan.

Waktu operasi adalah pada setiap hari Sabtu dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang pada setiap minggu.

Pelbagai barangan boleh didapati pengunjung pada harga yang berpatutan di Jengka Street malah mampu jadi salah satu produk pelancongan Bandar TAR Jengka.

7 – Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Salah seorang pengusaha IKS di Felda Jengka 20

Kerajaan Negeri Pahang berhasrat untuk menjadikan Bandar Tun Abdul Razak Jengka sebagai Bandar Pembangunan Bumiputera yang termoden. Ini menjadikan kebanyakan perniagaan dan perusahaan di bandar ini dimiliki oleh golongan bumiputera. Pelbagai perusahaan kecil dan sederhana seperti pembuatan songkok, perniagaan kuih tradisional, makanan ringan dan kerisik dijalankan.


8 – Aktiviti belia di Jengka

Antara produk pelancongan yang terdapat di Jengka melalui aktiviti anak-anak Felda melalui sukan permotoran seperti aktiviti motocross dan penganjuran Sprint Test dan Drag Challenge yang bakal dijadikan aktiviti tahunan bandar ini.










Malah seni mempertahankan diri “Muay Thai” atau tomoi semakin terkenal di kalangan penduduk di Bandar Jengka malah rata-rata tanah rancangan telah mempunyai kelab tomoi mereka sendiri.



Moh Ler Ke Jengka!!!

No comments:

Post a Comment