Wednesday 12 October 2011

Khasiat Jering dan Pantang Larang Melayu Lama


Selesai tugas hari ini..tempuhi hari yang tenang..ari nie lunch dgn ulam yg sedap..mmg aku suka even hubby tak suka..ari nie makan ulam jering relung (tak pasti tapi relung nie b’dsrkan ibu aku maksudnya tanam)..
Ramai xsuke ulaman b’bau nie tp ulam2 nie sdp n b’khasiat..

 Jering sememangnya tumbuhan asli di negara ini. Daripada kajian yang dijalankan didapati jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat, kalsium, fosforus, besi, dan vitamin A, B, dan C. Biji jering enak dimakan sebagai ulam dengan pelbagai sos pencicah tempatan mengandungi sejenis sebatian alkoloid yang boleh memberi rangsangan membuang air besar. Tetapi biji jering juga mengandungi bahan toksid yang dikenali sebagai asid jengkolik. Sekiranya kita memakan terlalu banyak kita akan mengalami ‘sembelit jering’. Ini berlaku kerana asid jengkolik yang banyak terkumpul dalam badan akan membentuk hablur dalam buah pinggang dan akhirnya akan menyumbat pundi kencing. Namun bagi pesakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan. Ini kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
(kajian oleh slh seorang pensyarah di UKM)

Lagi sdpt ulam2 nie cicah dgn budu..aku peminat budu..smpi pernah ibu ckp nnt berarak (rombongan pengantin) mandi hujan lar sbb aku suka mkn hirup budu (tak sopan betol kn..)..tp biasa lar..pantang larang org tua nie sbnrnyer nk jaga adab anak2 dowg itu yg ada pantang larang jgn b’silang kaki masa menerap nnt bimbang ibu bapa meninggal..sbnrnyer tindakan tue kn tak sopan..pengantin jangan lalu bawah ampaian nnt ader unsure buruk..sbnrnyer kn zmn dulu ampaian tali jer,dowg bimbang kalau lalu nnt t’jerut leher ker..kn bahaya..hu~~pandai org2 tua zmn dulu..
 
ini lah rupa buah jering yg kat pokok lg..blkg umah aku ader pokok jering tp dh tebang sbb bsr sgt..takot timpa rumah lak..

ini lak jering muda..sedap jgk cicah ngan budu..buat ulam..perghh...sedap sengoti mkn ngan nasi panas..


ini lak jering rebus..kalau blk kg kt pasir akar,terengganu blh jumpa..jering nie akan dimakan dgn kelapa parut yg tlh digaul dgn garam n sedikit bhn perasa..dulu ibu ader jgk wt tp skg ssh nk cr kot jering tua..jering nie kena rebus lama2..ibu ckp byk kali kne rebus, buang air n salin air baru n then rebus lg.ibu ckp ader jgk petua org2 dulu rebus jering tua dgn paku or air abu (abu dapur kayu tue) utk hlgkn dia pyer toksid kot.kalau org2 tua ckp rebus lama2 utk elakkn terkena sakit 'kepit jering'..menurut ibu sakit 'kepit jering' nie buatkn pesakit akn sakit n ssh nk buang air kecil..

haa..ini lak budu..sdp tue..ltk budu,potong asam limau n ltk cili..cicah ngan ulam ulaman..

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.(dari blog http://salampantaitimur.com/rahsia-budu-terbongkar/)

Pernah jgk aku dgr bdk2 terengganu n klantan cerdik sbb byk mkn budu tp xtahu lar kesahihannya..hik~~ tp apa slhnya..budu bkn lg stau mknn kuno..jgn pndg rdh pada org yg suka mkn budu..mne tahu pmknn budu slh satu faktor lahirnya ahli cendekiawan negara..hik~~

hmm...ape2 pon yang kita suka makan apa yg penting sentiasalah b'syukur atas rezeki kurnian Allah SWT..aminn..murah rezeki di bumi Allah SWT..

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete