Sunday 16 October 2011

Anak Amanah Allah SWT yang Tidak Ternilai

assalamulaikum wbt..utk anak mama yang tgh lena dlm buai nie..kadang mengigau t'gelak sendiri dlm buai..menyaksikan aqil membesar dgn sihat dpn mata adalah saat2 indah yg sgt b'harga..

mama titipkan nukilan ini sebagai panduan untuk putera mama nanti..kehadiran aqil dlm hidup mama dan abah amat bernilai dan amat mama dan abah tunggu..aqil adalah anugerah Allah SWT kepada mama dan abah yang tidak ternilai dan aqil juga merupakan amanah kepada mama dan abah..semoga mama dan abah mampu menjaga amanah ini sebaiknya..semoga aqil membesar menjadi anak yang soleh, insan yang berguna kepada negara, bangsa dan agama..

kerisauan di hati mama ini tidak pernah  luntur setiap hari apabila melalui detik saat anak-anak remaja membesar dengan pelbagai karenah..zaman serba canggih, peredaran masa sgh cepat..sedar2 anak mama nie cpt membesar..

orang kata jaga anak perempuan lebih susah daripada jaga lembu sekandang..namun tidak kurang cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa untuk membesarkan anak lelaki yang bakal menjadi ketua keluarga sekiranya abah/ayah/abi/walid/daddy dsbgnya tiada kelak..

anak lelaki yang bakal menjadi wali kepada kakak dan adik-adiknya..anak lelaki yang bakal menggantikan tugas ketua keluarga..semoga anak mama membesar menjadi anak yang soleh dan berguna..


                                                   mama sayanggggg Putera Aqil Harith..

No comments:

Post a Comment