Monday 21 January 2013

Terima Kasih Suamiku atas penghargaan ini..

Walaupun lebih sebulan hadiah ini telah ku terima namun penghargaan yang diberikan suami ini akan kuiingat selalu...Terima kasih syg..

Kerjaya 3 tahun 2 bulan dalam bidang yang ku pelajari dan ku minati ku korbankan dmei keluarga dan hasrat suami yang mahukan kerjaya yang lebih mesra family dan dekat dengan keluarga dan anak..

walau berat hati ini namun ku sahut cabaran dan ku gagahi kudrat untuk menggalas tanggungjawab baru sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat Taska) S27 a.k.a Cikgu Taska di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)..

Dua bulan ku dihantar berkursus di Terengganu..kadangkala aku lemah dan rasa nak tarik diri dari menggalas tanggungjawab sebagai penjawat awam ini kerana  sblm ini telah biasa di sektor swasta..lain dan mmg berlainan sekali dunia ini..

Sokongan keluarga dan suami menguatkan semangatku..bukan hadiah,bukan  sebarang pulangan mahupun penghargaan dari suami yang kuharapkan namun tindakan ini aku perlu rela dan redha..kebahagian rumah tangga..

Ikhlaskan diri untuk kehidupan mendatang..InsyaAllah..Allah hilangkan mentari namun Allah gantikan pelangi yang indah..

Dua minggu sebelum latihanku tamat sebelum lapor diri untuk bertugas, en hubby memberikan aku hadiah kerana berani mengambil risiko resign kerjaya untuk kerjaya baru ini..

Walau dalam hati mmg ler suka sangat namun ini semua untuk keluarga kita syg..Senang hati aku dengar bila terbit kata-kata indah dr mulut suami "Kan best bila mama suka camnie..tak stress cari berita and kejar deadline..kita boleh cuti dan jalan dengan tenang tanpa mama kalut jawab kol urgent case..nak hantar berita"

Benar..memang benar..sangat terasa release tensionnya namun kerjaya baru ini pon bukan mudah..dulu dealing dgn org dewasa yang pelbagai ragam namun kini aku perlu handle kanak-kanak umur 2-4 tahun..sebaya anak aku..besar jgk cabaran..

Namun itu semua pengalaman..take it positive Suhaila..semoga dipermudahkan segala urusan kelak..aminn..

HU~~abah suruh pilih nak kaler apa..dh lar mama masih di pusat latihan..pki whatsapp  jer soh pilih..so mama pilih blue..hu~~
Samsung Galaxy s3 untuk mama..thanks abah even dalam hati mama nak Note 2..haha..
Ingat beli satu..rupa beli dua untuk diri sendiri..HTC One-X..screen ketuk pki paku pon xjejas apa2..wahh..menarik..
so Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus bg kat aqil je lar..
We're Samsung Family..

No comments:

Post a Comment