Thursday 23 February 2012

Bayi Diserah Bersama Nota

Kebetulan kelmarin ada individu menghubungiku memaklumkan bahawa dia ingin buat hebahan untuk  cari waris bayi sebagai salah satu prosedur pengambilan anak angkat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Sudah menjadi tanggungjawabku berkhidmat untuk komuniti dan ketika menerima panggilan tue juz fikir ini mungkin kes biasa sahaja. Kami buat temujanji untuk jumpa so individu berkenaan boleh bagi maklumat untuk aku karangkan dalam berita nanti.

Pertemuan diaturkan di Bangi Kopitiam pada jam 3 petang namun terpaksa ditangguhkan atas sebab individu tersebut ada meeting yang perlu dihadiri..urgent..so kami postpone keesokan harinya di tempat yang sama.

Masa sampai kat tempat dijanjikan aku juz kol individu berkenaan..di hadapanku ada pasangan suami isteri kebetulan dia menjawab telefon..ya..memang orang yang aku nak jumpa tue ada di depanku..

So kami mulakan perbualan dan aku tanya sedikit tentang latar belakang bayi berkenaan..pada asalnya dalam hati fikir mesti pasangan nie ambil anak angkat yang dah ada di pusat jagaan under JKM..

Rupanya sangkaanku meleset sama sekali..bayi yang mereka nak ambil sebagai anak angkat tue diserah kepada mereka oleh seorang wanita yang tidak dikenali..

Menurut individu berkenaan..kira-kira jam 6.40pagi 29 Januari lalu selepas menghantar anaknya yang sulung berumur 13 tahun ke sekolah,dia pulang ke rumahnya di Bandar Seri Putra, Bangi..dalam keadaan suasana masih gelap, ketika pulang dia nampak seorang wanita di hadapan rumahnya sedang menggendong bayi..

Ketika dia sampai di hadapan rumah, wanita tersebut menyerahkan bayi berkenaan kepadanya dan dia menerima dalam keadaan terkesima sebentar..Ye lar,dah lar gelap, ada pulak wanita pegang bayi..

Lelaki nie pon gelabah dan terus panggil isterinya yang berada di dalam rumah.tidak sampai beberapa minit dia berpaling,  wanita berkenaan telah meninggalkan perkarangan rumahnya menaiki sebuah motosikal yang telah sedia menunggunya dari tadi..

Ketika itu baru lar lelaki tue perasan ada nota yang diselitkan di blanket bayi tadi..
Maknanyer bayi tue diserahkan kepadanya ketika berumur dua hari..bayi sangat comel dan sihat tanpa masalah kesihatan..

Menurut lelaki nie,sebelum ini dia pernah menyuarakan hasratnya untuk mempunyai bayi perempuan kepada rakan2 berdekatan kawasan rumahnya setelah dua anak lelakinya dah dewasa..masing2 umur 13 dan 5 tahun namun ekoran usia isterinya sudah lewat so berisiko untuk mengandung lagi..

Katanya hendak menikah dua sangat tidak berbaloi hanya semata-mata untuk peroleh bayi perempuan..aku salute lelaki nie dia boleh 'melawak' camnie depan aku dan isterinya..dia cakap mayb ada yang panjangkan hasratnya so wanita terdesak nie serah bayi kat dia..

Tapi apa yang menjadi masalah apabila bayi berkenaan langsung tiada dokumen untuk urusan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Nama pon belom ada.

Lelaki nie dah buat repot polis dan maklumkan kepada JKM niatnya untuk ambil bayi berkenaan sebagai anak angkat namun ada prosedur yang perlu dia tempuh di mana dia perlu mencari waris sah bayi ini bagi urusan pendaftaran.

Oleh sebab itu lelaki nie cuba masukkan dalam akhbar sebagai salah satu usaha jejaki waris bayi comel tue..semoga hasrat murni pasangan suami isteri nie nak menjaga bayi tue dipermudahkan oleh-Nya..

Macam2 bermain di fikiran..kenapa wanita tue sanggup menyerahkan bayinya kepada orang lain.walauapepon mesti dia ada sebab dan kita tak berhak judge dia..kira baik lar tue dia serah kat orang..kalo die buang,dah tambah dosa..nauzubillah..

comelnyer anugerah Allah SWT..sedangkan anak kita yang dikandungkan 9bulan 10 hari demam,mengalir air mata ibu yang mengandungkannya..tak sanggup tengok anak sakit,demam..inkan pula anak nak diserah/ditinggalkan kepada orang..semoga Allah merahmati mereka..

bayi yang tidak mengerti apa2..sangat comel dan amat mudah dijaga menurut pasangan suami isteri berkenaan..






“Sekiranya waris atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga bayi perempuan ini diminta untuk menghubungi di talian 013-2985113,” katanya.



5 comments:

  1. smoga dpermudahkan urusan baby ni.. kecian sgt.. =,(

    ReplyDelete
  2. comelnya baby ni..aih kalo tinggalkn kat sy pun sy nk jaga walaupun anak sy baru 6bulan..

    ReplyDelete
  3. Itu lar...baek sgt baby nie...mcm faham keaadaan die...

    ReplyDelete