Tuesday 7 August 2012

Sepetang di Pusat Jagaan Nur Hasanah


17 Julai 2012 (Selasa)

Lepas PC di IPD Kajang kes samun n dadah OCPD Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab bgtau ptg nie ada lawatan dan sumpangan ke Pusat Jagaan Nur Hasanah, Penempatan Pesakit-Pesakit Terdampar Tanpa Waris Kg Sesapan Kelubi, Beranang, Kajang.
Kes samun n dadah..byk kn dadah..

So lawatan sblm nie dah terlepas kali nie jgn terlepas lg lar..dah lama tak follow program.

Habis PC balik rumah ketuk story n get ready nak pegi Beranang..
Kebetulan hubby msk keje malam minta hubby teman..
Jauh jgk nak sampai Beranang..nak cr rumah tue lg..

sampai2 OCPD dh abes berucap pon..pas2 pengerusi pusat jagaan lak berucap..


Pengerusi pusat jagaan tersebut, Mohiadin Bahado berkata, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan dan sumbangan tersebut sekurang-kurangnya dapat membantu lebih 25 penghuni di pusat jagaan tersebut.

“Pusat ini dikelolakan oleh Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia bagi mengendalikan kes pesakit terdampar di hospital kerajaan tanpa waris, yang tidak diterima waris mahupun gagal untuk menjejaki waris.

“Penubuhan awal tujuh tahun lalu hanya mempunyai tujuh orang penghuni namun bilangan dan keperluan semakin meningkat sehingga kini mempunyai 25 penghuni dan sepanjang tempoh ini 15 penghuni telah meninggal dan diuruskan di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohiadin berkata, pihaknya turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi sukarelawan di pusat jagaan malah turut memerlukan sumbangan untuk keperluan penghuni seperti makanan harian, rawatan, penyelenggaraan, pakaian dan sebagainya.

“Setiap tahun lebih RM200,000 diperlukan oleh pusat jagaan ini bagi menampung semua kos yang terlibat dan sumbangan sangat diperlukan.

“Pusat ini baru sahaja menerima sumbangan berupa van daripada Bank Islam malah pihak Touch n Go juga turut bersetuju menyumbangkan RM1 bagi setiap penjualan kad Touch n Go bermula Julai hingga Disember ini kepada pusat ini,” katanya.

Menurut Mohiadin, 99 peratus barangan dan keperluan di pusat jagaan ini adalah sumbangan orang ramai samada dalam bentuk baru mahupun terpakai ekoran keperluan penempatan yang meningkat, sebuah lagi pusat jagaan orang Islam baru dibuka di Sungai Sekamat, Kajang,

==================================================
so bagi sapa-sapa yang ingin memberi sumbangan dalam apa jua bentuk boleh terus ke Pusat Jagaan Nur Hasanah, Lot 842, Lorong Datuk Dagang Hj Tahir, Kampung Sesapan Kelubi, 43700 Beranang, Selangor.

Atau hubungi terus pengurusan pusat terbabit di talian 03-8766 8100.
semoga sumbangan kita dapat membantu golongan yang memerlukan.

sedih bila berkongsi cerita dengan penjaga dan sukarelawan di sini.ada warga emas yang ditempatkan di sini tidak diterima keluarga ekoran sakit terdampar yang menyukarkan mereka menjaga pesakit.

Kebanyakan sukarelawan di sini adalah pegawai sosial hospital sekitar selangor so penghuni di sini adalah pesakit yang dah discharge dari hospital kerajaan tapi tidak dituntut keluarga/waris mahupun waris gagal dihubungi.

so sementara pihak pegawai jejaki waris, pesakit akan ditempatkan di sini.ekoran jumlah pesakit yang tidak dihirau waris semakin bertambah, membuatkan pusat jagaan ini mewujudkan sebuah lagi pusat baru.

nanti sy update lawatan saya ke pusat jagaan baru yg daif dan amat perlukan sumbangan dan sokongan org ramai samada dalam bentuk barang mahupun bantuan fizikal (bantu kemas/gotong royong).
Tuan ocpd sampaikan sumbangan kepada penghuni pusat jagaan..baju raya..
pakcik yg baju purple tue bekas penyanyi vetera..
penjaga pusat bgtau..
pakcik nie lak dh cerai lebih 20 tahun..
menghidap asma kronik yang memerlukan dia bergantung dgn mesin 24 hours..
dia cakap, dia gagal jejak anak dan dan cerai lebih 20 tahun..
dia tepon anak tp xdpt..
mayb anak die ddk oversea katanya..
dr percakapan pakcik nie educated jgk..
dlu die kje salesman jer..
penghuni ini lak dilaporkan hilang oleh family dia
orang jumpa kat ladang sawit tgh terpinga2..
dia tak ingt nama dia sdri so org kt pusat pgl daud
family dia dpt dijejaki..
family dia perlu masa utk bwk pulang memandangkan penghuni nie krg sihat lps hilang..
nama sebenar dia tak cilap sudirman..
dia langsung tak pernah cakap lepas dijumpai di ladang..
dia seolah dengan dunia dia sdri..
tuan ocpd menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dapur, bantal,selipar dan pelbagai lagi keperluan lain..
pakcik nie lar bekas penyanyi veteran tue..
dah lama dia duduk sini..
tapi ingatan dia kuat lg..
sempat dia persembahkan 4 buah lagu untuk kami..

sempat jugak aku berborak dengan mama milah..
salah seorang sukarelawan juga pegawai khidmat sosial hospital..
menurutnya, sblm kita tuduh seorang anak itu menderhaka kerana membiarkan org tuanya terbiar, kita kena lihat sejarah kehidupan si ibu/bapa itu dahulu..
mungkin satu ketika dulu, si ibu/bapa itu sendiri menderhaka kepada anak dalam istilah mengabaikan anak sehingga anak sendiri tidak rasa sayang kepada ibu bapanya..
mustahil kalau anak yang dididik dan dijaga dengan penuh kasih sayang sanggup mengabaikan ibu/bapanya..
mesti mereka ingin berjasa di akhir2 hidup ibu bapanya..
wallahualam...

No comments:

Post a Comment