Sunday 9 September 2012

Alhamdulillah..selesai rawatan D&C


28 0gos 2012 (Selasa)

Selepas 2 mgu aku kne jpe doc smla utk scan lg perkembangan kandungan.aku kena pergi sendiri untuk checkup coz hubby kerja.Hospital Pusrawi di Kajang.Jarak dari rumah di Putrajaya sekitar 15-20 minit kalau tak jammed.Sampai di Pusrawi aku bagi kad appointment so seperti biasa nurse minta timbang berat masih di 38 kg.Nurse pon tak percaya aku pregnant.

Saat masuk jumpa doktor aku cuba tabahkan dan persiapkan mental dan fizikal sekiranya aku bakal menerima berita kurang gembira kerana hati ini kuat mengatakan ada berita kurang enak hari ini.Saat doktor scan seperti biasa doktor tak dapat lihat jelas so doc minta izin untuk scan dalam (melalui faraj).nampak jelas kandunganku tak sihat dan tidak mengikut umurnya.supposed after 2weeks kandungan masuk 7minggu dh nampak janin dan jantung tp kandunganku mula meruntuh (gugur).

doc cakap aku perlu D&C.saat dengar tue aku masih diawang-awangan.doc ckp xper,dia bg tempoh 2minggu tapi jangan lama bimbang kandungan tak jadi tue beri effect buruk kat ibu (aku) mungkin jangkitan kuman dalam darah or blh sebabkan kanser.

Masa tue aku amat perlukan support hubby.aku tengok gambar scan doc kandungan meluruh.sedih  dah lar terima berita itu sendiri dan sekarang aku perlu drive pulang ke rumah sendiri.doc bg MC sehari.

Balik rumah aku bercelaru.apa harus ku lakukan.Hubby balik so kami bincang untuk dapatkan pengesahan doc lain jugak.so aku pegi Jabatan Kecemasan Hospital Serdang.seperti biasa orang ramai.tunggu doc dan ketika doc scan, doc mengesahkan kandungan aku meluruh (miscarriage) tapi tak keluar habis so dia perlu rujuk kes kepada pakar Ginekologi & Onkologi.

Tunggu pakar pun lama jugak dan ketika itu pengasuh telefon yang dia ada emergency ayah masuk wad.kelam kabut aku dan hubby. Hubby kerja petang dan terpaksa balik sekejap amik anak dan datang semula ke hospital.

Masa pakar cek dan dia mengesahkan (walaupun dalam keadaan yang sombong dan angkuh).dia cakap di Pusrawi pakar dah sahkan kes aku dan apa lagi yang aku nak dengar dengan membawa kes aku ke Hospital Serdang kerana resultnya sama.kandungan aku gugur dan perlu D&C.aku Tanya apa yg dia suggest tp dia xjwb dia ckp ini badan akau dan aku tentukan sendiri lar.biasa kalau org tahu mereka gugur, mereka akan lakukan D&C secepat mungkin.

Dah lar dia tak suggest langsung buat rawatan di hosp berkenaan so aku keluar terus ajak hubby g Pusrawi untuk buat D&C.malas layan doc kurang ajar kat situ.di Pusrawi kita dilayan baik dan diberi penjelasan yang jelas.Doc minta pergi makan dulu dan masuk wad jam 3.00pm untuk rawatan D&C jam 3.30pm.

Masa masuk wad, biasa lar mesti kne cucuk kt tangan tue nk msk ubat dan air.hu~~lama tak rasa coz last rasa masa bersalinkan Aqil.bila doc dtg, nurse masukkan ubat aku terus lelap dan terjaga jam 6.30pm.lama jgk terlelap.nk pergi toilet pon still terhuyung-hayang.

Malam tue bermula lar episode berpantang penuh emosi aku.ye lar aqil terpaksa ku hantar ke Bandar Tasik Selatan (rumah kakak ipar) sebelum aku buat rawatan.Bila selesai rawatan aku masih tak larat so kami tinggalkan Aqil kat sana buat satu malam.Malam tue hanya aku dan hubby jer.Sedey pon ada.tidur berlinang air mata tapi tak pasti apa punca.jam 3.00am aku sejuk terketar so hubby bangun panaskan tungku dan letak kat badan aku.
The next day hubby hantar aku balik kampung untuk berpantang kat sana.doc bagi MC 2minggu sebelum jumpa doc semula 12/9 nie.
Nak balik lepas raya pon jammed lagi..hu~~
Duit raya!!
Tidur pon tak lepas kuih kat tangan.tak boleh amik nanti Aqil sedar so biarkan jer..asal dia tak ngamok..

Kami redha dengan ketentuan ini dan mungkin ini bukan rezeki kami.Ibu pon nasihatkan untuk rehatkan badan.Ada hikmah semua ini berlaku.InsyaAllah..

1 comment: