Sunday 9 September 2012

Badan stress pon boleh sebabkan miscarriege yer


Mungkin tiada rezeki kami kali ini.aku keguguran dan baru sahaja selesai menjalani rawatan Dilatation & Curettage (D&C) atau nama bahasa pasarnya 'cuci rahim'.Aqil dh teruja nak jadi abang.ye lar awal Ogos lalu aku tahu aku mengandung lagi.memang kami tidak merancang untuk ada baby dalam masa terdekat ini tapi kalau dah rezeki Allah nak bagi kami terima namun mungkin ini yang terbaik untuk kami.tuhan lebih mengetahui dan memahami mengapa situasi ini yang ku alami.dipinjamkan berita gembira untuk sementara sahaja.

Ketika kandungan 5 minggu aku alami pendarahan (bleeding) untuk dua hari.aku rasakan hanya pendarahan biasa dan ramai di kalangan rakan-rakanku cuba mententeramkan aku dan katakana bleeding ini perkara biasa ketika awal pregnant walau ketika mengandungkan Aqil dahulu aku tidak pernah alami situasi ini.

Dalam debaran aku cuba sedapkan hati dan katakana tiada apa yang tidak baik berlaku pada kandunganku ini.masa tue seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri dan ekoran teruja untuk menyambutnya secara meriah dengan suami dan anak sulungku yang baru pandai bertatih, aku gagahkan mencari stok berita supaya dapat aku bercuti  lama.

Tahun lepas suami tidak dapat cuti raya tetapi tahun nie permohonan cuti diluluskan dan itu menambahkan keterujaan aku sekali lagi. Namun mungkin salah percaturanku dan mungkin aku bekerja membatasi keupayaan badanku. Ahad tue (12 Ogos) ada tiga asigment dan aku grab semua sekali untuk stok berita.

Pagi jam 9am, dah ada demostrasi oleh NGO JERIT di hadapan pejabat Syabas Kajang mendesak hak air dikembalikan kepada rakyaat.parking jauh kt KFC tue jalan jauh sbb pjbt Syabas xbkk kn nk parking tp mujur hubby teman n dia bwk anak.dan tegahari ada PC Pembela di Bangi isu Negara secular yang ditimbulkan Karpal Sigh.lama tunggu PC sampai anak mengamuk dalam kereta dan tertidur.balik rumah terus ketuk story dan siap untuk majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada oku, anak yatim dan ibu tunggal oleh Ahli Parlimen Putrajaya.

Kebetulan kakak ipar nak datang berbuka di rumah tapi sebab sibuk aku tak sempat masak dan hubby terpaksa masak tapi aku dah siapkan bahan untuk ayam masak kurma Cuma dia tinggal tumis dan campak jer bahan yang telah kusiapkan tue.pada asalnya hubby tak yakin dia boleh masak tapi aku mintak jugak dia masak.Dalam jam 8 lebih aku balik.

Keesokan isnin (13 ogos) pendarahan pertama. Dalam hati berdebar namun ku kuatkan semangat. 14 Ogos sekali lagi pendarahan dan ini memaksa aku untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi Kajang.

Aku terus jumpa Pakar Ginekologi dan Onkologi, Dr Jamilah untuk rawatan.Dia scan dan cakap kandungan masih awal dan mungkin badan aku stress sebab tue bleeding dan aku tak perlu risau.dia bagi tempoh dua minggu untuk next appointment (28 Ogos) untuk dia scan dan lihat status kandungan.masa scan untuk kali pertama sudah nampak kantung tapi doc cakap masih lagi kosong dan mayb dalam tempoh dua minggu lagi boleh estimate usia kandungan.

Doc nak bg MC seminggu tp aku mintak lima hari coz sabtu dah start cuti raya.Doc cakap nasib kamu lar dapat cuti raya awal.Tak sempat aku cr stok raya terus dpt MC n hubby tak bg kuar keje dan dia hantar balik kg awal.
kebetulan Aqil pon demam.balik raya awal lar untuk berehat sekali.


No comments:

Post a Comment