Tuesday 25 September 2012

Tinjauan bersama Presiden PPj ke Tasik Putrajaya


Selepas MC 2minggu, sudah tiba masanya kembali bekerja seperti biasa..Mula kerja dah kne followup kes pelajar Malaysia maut di Jordan.Semoga roh arwah dicucuri rahmat..Takziah kepada keluarga arwah yang sgt tabah terima berita ini.

14 Sept 2012 (Jumaat)

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) tan Sri Aseh Che Mat nak meninjau keadaan Tasik Putrajaya yang sudah cetek dan sebabkan perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya (CTP) tak boleh lalu..

My News:

H:Kerja dalamkan Tasik Putrajaya mula November
SH:Januari 2013 dijangka laluan boleh digunakan

O:TUAN NUR SUHAILA RAJA MUHAMMAD

PUTRAJAYA-Bagi Meningkatkan kualiti perkhidmatan Cruise Tasik Putrajaya (CTP) Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang di dalam proses untuk melaksanakan kerja-kerja pengorekan (dredging) di Tasik Putrajaya.

Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat berkata,ini kerana sebahagian daripada Tasik Putrajaya berhadapan Presint 17 dan 18 telah menjadi cetek akibat hakisan di kawasan pinggiran tasik dan akibatnya CTP tidak dapat membawa pelancong dan pelawat melalui kawasan tasik tersebut.

 Menurutnya, kerja mendalamkan semula kawasan Tasik Putrajaya yang cetek di mana kedalaman kurang daripada satu meter dan tidak mampu dilalui CTP akan dilakukan bermula pertengahan November ini dan bakal disiapkan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

“Kita jangkakan bermula Januari 2013 akan bermula era baru perkhidmatan CTP yang tergendala sejak 2007 di mana akan kembali menyusuri tasik sejauh 10.4kilometer mengelilingi Putrajaya.

“Buat masa ini laluan tersebut terpaksa dipendekkan ekoran CTP terpaksa berpatah semula apabila kira-kira satu kilometer laluan tasik di kawasan hadapan Presint 17 dan 18 cetek dengan kedalaman kurang 0.8meter,” katanya selepas membuat tinjauan ke Tasik Putrajaya,semalam.

Aseh berkata, ekoran hakisan di kawasan pinggiran menyebabkan keadaan tasik semakin cetek dan CTP gagal untul melepasi laluan tersebut sejak 2007 memandangkan sekurang-kurangnya memerlukan kedalaman empat meter untuk CTP melalui laluan tersebut.

“Kita akan menjadikan Tasik Putrajaya sebagai tarikan utama bukan sahaja kepada pengunjung luar negara malah juga kepada pengunjung tempatan,” katanya.

Aseh turut bercadang untuk menurunkan harga tiket pada masa akan datang agar lebih ramai pengunjung dapat mengikuti perkhidmatan CTP dan menikmati keindahan Putrajaya.

Habis//

Tan Sri Aseh (kanan) dengar taklimat daripada main kontraktor (Putrajaya Holdings) pasal kerja mendalamkan semula Tasik Putrajaya.
ok..media grup dah amik tempat masuk bot..



Kami naik dari Pusat Maritim Presint 5..
Dekat sejam jugak naik bot keliling Tasik Putrajaya..berjaya lar merakam view-view menarik nie..
Cantik kan lalu bawah jambatan..hu~~
Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat tengah cek kecetekan Tasik Putrajaya..hu~~
jalan-jalan lagi..kupon Cruise Tasik Putrajaya (CTP) yg dah xpired tue boleh lagi diguna..dah cakap ngan en zul, bos cruise tasik sdri..bila2 jer dia soh dtg..nanti lar bawak Aqil jalan2..hik~~sibuk sgt mama nie..


No comments:

Post a Comment