Sunday 20 November 2011

Aqiqah Putera Aqil Harith dan Aidiladha 1432H di Kg Peragap, Temerloh

Assalamualaikum WBT..

Salam keceriaan daripada mama untuk semua..Pada Aidiladha 1432H pada 6 November 2011 lalu, mama dan abah ambil peluang ini untuk melaksanakan Aqiqah untuk anak mama..

Untuk perkongsian dgn semua:

1. MAKSUD AQIQAH : 
Menyembelih binatang an’am yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda mensyukuri kurniaan Allah.


2.       HUKUM :   

·         Sunat muakkad

·         Bagi lelaki    = sunat 2 ekor kambing

·         Bagi perempuan       = sunat 1 ekor kambing.

·         lembu / kerbau / unta boleh dibahagi 7 bahagian

3.       WAKTU AKIKAH :               

·         Harus ( dari dilahirkan hingga ia baligh )

·         Afdal ( hari ke-7 selepas dilahirkan )

4.       SYARAT SAH :       

·         niat akikah ketika sembelih

·         tidak cacat serta cukup umur

·         ikut syarat sah sembelihan

5.       DAGING SEMBELIHAN AKIKAH :

·         mestilah binatang an'am

·         tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin

·         sunat dimasak manis dan dibuat jamuan

·         sunat agar tidak mematah-matahkan tulang daging yang dipotong

6.       SUNAT AKIKAH :

·         berdoa ketika hendak menyembelih

·         menyembelih ketika matahari sedang naik

·         dagingnya dimasak manis sebelum disedekahkan

·         tidak mematahkan tulang binatang akikah

·         mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah

·         dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran

7.       HIKMAH MELAKUKAN AKIKAH :         

·         sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaan zuriat

·         untuk menghebahkan kepada orang ramai atas kesyukuran / kurniaan Allah

·         bagi memulakan kehidupan anak dengan perkara kebaikan

·         mengeratkan hubungan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran dan masyarakat setempat

·         sebagai tanda menjalinkan kasih sayang ibu bapa dengan anak

·         menggalakkan amalan sedekah bagi ibu bapa yang mendapat cahaya mata

·         mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam.

8.       CARA MENYAMBUT KELAHIRAN :

·         lafazkan azan di sebelah kanan dan qamat di sebelah kiri

·         baca doa di kedua-dua belah telinga

·         sapu lelangit dengan benda manis

·         menamakan anak dengan nama yang baik pada hari ke-7

info dari http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=sj83hio9rbite7lbo410sb9hn6&
 ----------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...selesai sudah..semua lapan beradik dapat berkumpul kebetulan sama2 melaksanakan ibadah korban dan aqiqah untuk cahaya mata masing2..lapan beradik bila berkumpul riuh juga..cucu nenek 14 semuanya..bergotong-royong siapkan juadah..alhamdulillah..erat ukhwah kita..



sunat daging aqiqah dimasak manis2 sblm disedekahkan..menu hari nie mihun/mee sup jer..





No comments:

Post a Comment