Friday 25 November 2011

Penyamun Tarbus Ditangkap..

Asslamualaikum WBT..

Lama sudah rasanya mama tidak mencoret..kurang kelapangan kerana sibuk sedikit..kebetulan selasa lalu mama ada mesyuarat di Kuantan..ekoran mesyuarat abes lewat mama kita stay umah pak lang kt Batu 11, Kuantan.

keesokan harinya mama ingt nk trn lwt sket tp pagi2 dpt kol ada kes samun lagi di Felda Jengka 10..bergegas mama siap utk blk ke Jengka..nenek dan aqil pon ader..mama anto aqil blk rumah dlu sblm terus ke tmpt kejadian..

tdk clp mama baru jer 12 hari sblm nie mama cover kes samun melibatkan peneroka Jengka 10 jgk..cedera kene libasan parang..xsmpi dua minggu, ada lagi kes samun..kali nie menyebabkan tiga mangsa tercedera dan tiga penyamun yg cabut lari tetapi berjaya ditumpaskan hasil kerjasama orang kampung dan polis sendiri..

Tahniah atas keprihatinan penduduk untuk terus menjaga keharmonian dan keselamatan kampung mereka..harap kampung-kampung yang lain juga dpt contohi dan terus memberi sumbangan untuk menjaga keselamatan kawasan kita dari terus diceroboh..aminn..

Ini liputan kes pertama untuk kes samun di Jengka 10 yang mama buat..dapat muka hadapan Sinar Harian 7 September 2011..kes pecah rumah dan samun..menyebabkan mangsa juga peneroka tercedera akibat tetakan parang dan menerima lebih 50 jahitan..

namun daripada maklumat yang mama dapat, kes ini merupakan kes ketiga dilaporkan kepada pihak polis melibatkan penduduk Jengka 10.


Kes kedua yang mama buat turut melibatkan peneroka Felda Jengka 10.Muka hadapan Sinar Harian pada 11 November 2011.

Mangsa tercedera dan menerima lebih lima jahitan.Penyamun sengkek tersebut hanya berjaya membawa lari tiga biji telefon bimbit sahaja yang nilainya sekitar RM1,000.

Ini kes samun terbaru juga melibatkan peneroka Jengka 10.Namun apa yang istimewanya kes ini adalah apabila penyamun tersebut turut berjaya diberkas hasil kerjasama penduduk juga sokongan anggota dan pegawai polis yang terlibat.

Dari pengamatan mama berdasarkan cerita mangsa, penyamun ini seolah-olah nekad untuk tetap menceroboh mana-mana rumah pd malam kejadian walaupun rumah sasaran pertama mereka gagal diceroboh ekoran tuan rumah tersebut masih belum tidur dan sedar kehadiran penyamun tersebut sblm bertindak menghubungi penduduk kampung agar berkumpul untuk menangkap penyamun kira-kira jam 3 pagi.

dalam mereka sdg b'kumpul di hdpn rumah sasaran penyamun tersebut, tuan rumah cuba b'tdk utk menghubungi jiran yang tinggal selang dua buah rumah untuk memberi amaran bahawa terdapat penyamun namun tanpa mereka sedar rupanya rumah tersebut telahpun dinaiki penyamun dan penghuni rumah sdg b'gelut dgn penyamun .

Ketika penyamun b'tdk melarikan diri melalui pintu blkg rumah, pddk kampung yang sdg b'kumpul tdk jauh dr rumah t'sebut nampak dan terus mengejar suspek sblm berjaya menahan salah seorang drpd 3 suspek berkenaan kira-kira 100 meter dr rumah mangsa.

suspek kedua berjaya ditangkap orang kampung di dalam ladang sawit kira-kira jam 1.20 petang pada hari yang sama manakala suspek ketiga berjaya diberkas di kawasan Jengka 10 juga hasil bantuan pihak polis.

tangan mangsa yang tercedera akibat bergelut dengan penyamun.

Senjata yang digunakan penyamun yang juga dikenali Geng Lan juga merupakan warga asing.penyamun kini mmg nekad menyerang jika kemahuan mereka gagal dipenuhi.

Pada pandangan mama jenayah seperti ini tidak layak hanya ditudingkan pada sebelah pihak shj.Mari kita lihat secara keseluruhannya..ada sesetengah warga asing yang datang untuk bekerja namun sesetengah majikan mengambil kesempatan atas kesempitan diri mereka (pendatang tanpa izin tanpa pasport dan segala kebenaran lain) dengan mengerah tenaga dan kudrat warga asing ini tanpa upah mahupon gaji.

Mana perikemanusiaan majikan tersebut apabila penat jerih buruh-buruh ini tidak dibayar.Rentetan daripada tindakan tersebut, sbg manusia yang mempunyai akal,nafsu..mereka memerlukan makanan untuk meneruskan hidup..jika majikan gagal memberikan wang/gaji,maka mungkin ada di kalangan warga asing ini bertindak liar mencari rezki mudah dengan melakukan jenayah.

Namun tidak kurang juga warga asing yang datang sememangnya mengambil kesempatan atas kebaikan orang kita melayan mereka sehingga ada yang bertindak liar melakukan jenayah ekoran terlalu mudah ataupun kita sebagai penduduk emmberikan mereka peluang untuk melakukan jenayah apabila kita sendiri tidak endah akan keselamatan diri,saudara,keluarga juga masyarakat sekeliling.

Oleh itu, betapa pentingnya kita sebagai masyarakat perlu berganding bahu mempertahankan keselamatan kawasan kita daripada terus diceroboh orang luar/penjenayah.

p/s:mama kesian kadang-kadang tgk buruh kasar buat bangunan malah ada buruh wanita.kalau kita kata kita susah,ingatlah..ada yang lebih susah dari kita..Oleh itu,bersyukurlah atas nikmat kurniaan yang kita miliki sekarang..

Kenyataan dan coretan di atas atas maklumat daripada penduduk juga pihak polis..juga pandangan peribadi mama dan tidak ada kena mengena dengan syarikat tempat mama bekerja..TQ..

No comments:

Post a Comment