Thursday 10 November 2011

Terharu..Terima penghargaan Ketua Polis Daerah Maran

Assalamualaikum WBT..

Lama sudah rasanya mama tidak mencoret untuk tatapan anak mama juga semua sahabat mama..setelah lama bercuti sempena Aidiladha 1432H, mama lemau mkn ketupat, lemang dan rendang daging byk sgt..hik~~

Hari ini hari bersejarah untuk mama..sebelum ini mama dapat panggilan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran memaklumkan mama dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Polis Daerah Maran.

  Dan semalam sebuah kereta polis datang ke rumah hantar surat jemputan.masa tue mama ada di rumah tok ma (kebetulan abah cuti, kita semua balik umah tok ma). Anggota yang ditugaskan untuk hantar surat jemputan ke rumah nenek tetapi dimaklumkan mama tiada jadi mereka meneruskan perjalanan ke rumah tok ma..nenek tertanya2 kenapa lar polis dtg cari mama kt rumah..hik~~cian nenek..nenek fobia kalo polis datang rumah..

Bila anggota tue serahkan surat jemputan,perasaan mama teruja..mama xdpt bayangkn cmne majlis tue..senyum pun salah mama rasakan.Mama tak sangka diri mama sekerdil ini, jasa mama sekelumit ini sepanjang lebih dua tahun bertugas di Jengka juga di dalam masyarakat dipandang tinggi oleh pihak IPD Maran terutamanya.

semasa surat jemputan nie sampai ke tgn mama..mama menggambarkan majlis yang biasa dengan kehadiran ramai orang yang diberi penghargaan.mungkin tiada yang istimewa.


 namun mama tidak menyangkakan setinggi ini penghargaan yang diberikan.setelah sampai ke balai ditemani suami tercinta yang kebetulan bercuti sempena Aidiladha nie (abah lar tue), mama terharu dengan layanan yang diberikan.apalah jasa orang sekerdil mama berbanding dengan anggota-anggota polis yg laen terutamanya di Maran ini.tugas mama hanya sekadar melaporkan/menyampaikan dan membantu memaparkan kepada masyarakat jika mahu dibandingkan dengan anggota polis yang berusaha memerangi jenayah.



Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin menyerahkan surat penghargaan kepada mama.Terima kasih tuan atas penghargaan.jasa tuan sentiasa kami kenang.semoga terus berkhidmat dengan jayanya.




selain mama, rakan sejawat mama (adik beradik bak kata tuan joe) turut menerima surat penghargaan.kami mewakili warga kerja Sinar Harian amnya juga Sinar Harian Edisi Pahang khasnya mengucapkan jutaan terima kasih atas penghargaan yang diberikan pihak tuan joe  juga PDRM Pahang.




terima kasih buat suami tercinta yang sudi menemani untuk menerima surat penghargaan.kejayaan ini kejayaan kita berdua.penghargaan ini untuk kita..




selain daripada mama, terdpt dua lagi anggota polis bantuan Felda dan seorang pegawai TNB yang turut menerima penghargaan daripada kalangan orang awam dan selebihnya 14 orang merupakan anggota dan pegawai polis IPD Maran itu sendiri atas kecekapan mereka menyelesaikan kes jenayah yang berlaku.Tahniah kepada semua penerima.


Terima kasih kepada warga PDRM (termasuklah suami mama) khasnya IPD Maran juga Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin atas penghargaan yang diberikan.jasa tuan dikenang..


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, 
Boleh kita berjumpa lagi..

2 comments: